Tuesday 29 April 2014

Jurnal - Selasa (29 April 2014)



                Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 6.30 pagi. Apabila saya bangun,hati saya berasa nak menangis kerana saya tidak dapat bangun untuk solat subuh berjemaah dan tidak dapat melaungkan azan. Jadinya.saya solatlah di bilik. Selepas solat,saya ke dewan makan untuk makan. Setelah itu,,saya balik ke bilik lalu mandi. Seperti biasa,rutin harian saya,tiada apa-apa pun yang berubah. Kalau berubah,saya akan ceritakan. Oleh sebab itu,izikan saya terus menulis jurnal ini dengan terus melompat ke kelas hari ini pula. Pada waktu pertama kelas hari ini,ialah PJK.Saya telah bermain ping pong bersama cikgu PJK iaitu Cikgu Rezawana. Mula-mula bermain,cikgu telah ‘smash’ bola saya,  Saya berjaya menangkisnya tetapi  telah menyebabkan saya terjatuh.  Sebenarnya permainan ini kurang seronok kerana tiada jaring. Setibanya pukul 9.00 pagi,kami telah berhenti bermain. Kami mengemas alatan yang  telah kami gunakan.

         Setelah itu,kami ke kelas English. Seperti yang dijangkakan,Cikgu masih belum hadir dan saya menyambung menyiapkan jurnal dan tugasan matematik. Setelah selesai menyiapkan kerja matematik,saya berehat seketika. Selepas itu,saya ke dewan makan. Sebelum ke dewan makan,kami telah ke kelas Matematik untuk meletakkan beg.Barulah kami menuju semula ke dewan makan. Sewaktu di dewan makan,kami terpaksa duduk berhimpit kerana dewan makan telah digunakan oleh level 2 untuk membuat research. Selepas makan,saya kembali ke kelas Matematik. Sewaktu kelas Matematik,saya telah membuat ulalngkaji semula chapter 1 iaitu tajuk directed number. Kami telah membuat latihan. Saya telah salah empat daripada lebih kurang lebih 10 soalan .(tak ingat sangat soalannya berapa dah kami buat).Kami belajar matematik sampai pukul 12.00 tengah hari.

                 Selepas itu,kami ke dewan makan. Lauk hari ini ialah ayam kari. Selepas makan,saya ke asrama. Selepas balik,saya keluar kembali pada pukul 1.00 kerana niat saya nak azan. Tetapi,saya rasa kecewa kerana saya sahaja yang azan. Selepas solat zuhur,saya balik ke hostel lalu tidur. Saya tidur hingga pukul 2.05 petang sahaja kerana saya mahu berjumpa dengan Puan Jamaliah atas sebab hendak memulangkan seluar yang sempit dan belajar vocabulary. Lebih kurang pada pukul 2.15 petang saya telah berjumpa dengannya. Dia telah menyoal saya tentang apakah maksud vocabulary tersebut. Dia memuji saya kerana saya faham dan dapat menjawab soalannya. 

                Selepas itu,saya telah ke kelas Kimia. Di kelas Kimia,saya telah menyemak jawapan dari apa yang telah kami jawab. Saya bersyukur kerana mendapat banyak betul juga. Sekarang,saya gembira kerana sudah ada sedikit perubahan kerana saya tidak mahu lagi berada di tempat yang rendah dalam peperiksaan. Selepas waktu Kimia,saya telah ke kelas seni persembahan. Dalam 20 minit, baru cikgu sampai. Cikgu telah menyuruh kami membuat ayat tanya dan cuba mengenal diri seseorag tanpa bertanya dan hanya melihat sahaja. 

          Selepas itu,kami ditugaskan untuk mencari pasangan dan terangkan ciri-cirinya. Pada waktu Aqil dan Amer tiba,Amer menyuruh Aqil supaya tidak memberitahu sifatnya sepenuhnya kerana sifat yang paling digemari oleh Amer ialah Playboy. Jadinya,Aqil akur. Pada kelas itu,hanya Zoey sahaja tiada. Saya teringat sebelum ni, dia ada marah saya kerana tak datang.Hati ni ada juga rasa macam nak marah pada dia kerana dia pun tak datang hari ini tapi terfikir tak baik sebab mesti dia ada sebab kenapa tak datang.Kita tak baik menuduh dan jaga tepi kain orang.Ianya tak baik. Selepas habis seni persembahan,
pelajar kelas 1K3 telah pergi ke kelas Miss Ing untuk mengambil Br1M. Saya gembira kerana wang itu dapat membantu kedua orang tua saya untuk diri saya.

           Selepas itu,saya balik ke bilik lalu solat. Selepas solat,saya menyambung semula jurnal dan buat latihan Fizik. Selepas mandi saya ke dewan makan. Selepas itu,saya bergegas untuk melaungkan azan. Hari ini, saya sangat gembira kerana dapat melaungkan azan solat maghrib. Seperti biasa,saya berjemaah solat maghrib. Selepas solat maghrib,saya ke asrama untuk ke tandas.Saya sempat ke bilik Zoey.Saya sudah menjangkakan bahawa dia tidak turun  berjemaah. Selepas solat isyak berjemaah,saya ke prep.

           Waktu prep,abang senior yang baik dengan saya iaitu dari kelas 5K3 antaranya abang yang baik itu ialah abang Bakhtiar,abang Afieq dan abang Amir Sa’ari. Pada mulanya,saya telah membuat kerja Fizik,kemudian saya telah membuat jurnal. Selepas membuat jurnal,saya menyambung membuat Fizik. Saya duduk bersebelahan dengan abang yang akan ke German kerana kepakarannya bertutur dengan Bahasa Jerman iaitu abang Afieq. Abang Bakhtiar pula akan ke UK. Dia mengambil bidang Kardiology. Selepas habis prep,seperti biasa saya akan membersihkan diri saya sebelum tidur.Saya rasa sangat mengantuk kerana hari ini sangat letih.

  The world is a book and those who do not travel read only one page.

Jurnal-Isnin (28 April 2014)

         
                Hari ini macam biasa semua pelajar akan berkumpul untuk ke perhimpunan.Apabila hari Isnin sahaja, saya akan sedih sebab tidak dapat memakai uniform Permata yang lengkap seperti rakan-rakan lain.Seluar yang diberi kepada saya untuk menggantikan yang koyak telah diberi tapi tidak muat untuk saya.Terpaksalah saya pakai seluar lain dahulu.

              Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 6.05 pagi. Niat saya pada pagi ini ialah bangun untuk melaungkan azan seperti hari itu, Saya terus ke surau. Alangkah terkejutnya saya,jemaah pada hari ini hanya empat orang sahaja. Dua orang sedang baca doa manakala dua orang sedang solat dan saya baru sahaja nak mula  solat. Selepas solat,saya ke dewan makan. Menunya ialah mi dan sosej. Selepas makan,saya ke bilik mandi untuk mandi. Selepas mandi,saya bersiap lalu ke perhimpunan Isnin.

               Hari ini, semasa perhimpunan,beberapa pasukan yang mewakili Permata telah menerima pingat bagi kemenangan yang telah dicapai.Terdapat tiga kumpulan iaitu  kumpulan softball,hoki dan taekwando telah menerima pingat yang dimenangi. Walaupun saya tidak terlibat dan menyertainya,saya tetap turut gembira dan bangga atas kejayaan yang dimenangi oleh wakil Permata kerana kami adalah satu keluarga.

              Seperti biasa, selepas perhimpunan,saya ke kelas jati diri. Hari ini,kami menjawab soalan kuiz. Selepas waktu jati diri,kami ke dewan makan. Saya telah makan popia dua keping,mi sedikit dan susu horlick. Selepas makan,saya ke kelas English. Disebabkan cikgu tiada kerana cuti pembedahan,saya membuat jurnal.  Selepas tamatnya waktu English,kami bergerak ke kelas seterusnya iaitu kelas Bahasa Melayu. Kami ditugaskan supaya membuat puisi/sajak berkenaan kekejaman Zionis. Kami juga ditugaskan untuk membuat tugasan yang berada di blog cikgu. Selepas waktu Bahasa Melayu,saya dan rakan sekelas ke dewan makan untuk makan. Selepas makan,saya balik ke bilik lalu solat. Selepas saya solat saya tidur. Saya tidur pada pukul 1.25 petang sehingga 2.20 petang. 

                Selepas itu,saya ke kelas Biologi. Pelajaran hari ini kami bermain di luar kelas dan di dalam kelas. Selepas waktu Biologi,saya ke kelas Fizik. Di dalam kelas Fizik,kami masih belajar pelajaran hari itu kerana tajuk linear motion agak mengelirukan. Selepas waktu Fizik,saya ke dewan makan. Selepas makan,saya ke asrama lalu solat. Selepas solat,saya telah pergi bermain ping-pong. Perlawanan hari ini sangat seronok kerana saya dapat menewaskan lebih 8 orang. Antara lawan yang kuat  dapat saya kalahkan ialah Zuhdi,Mursyid,Tey Kay Yang dan Wardina. Apabila berjumpa dengan Mursyid buat kali ketiga,pada waktu itulah saya tewas dalam ‘Deuce’ . Pada pukul 6.30 petang,saya telah ke dewan makan bersama Izwan untuk makan. Menunya ialah ikan masak lemak cili api dan telur. 

              Selepas makan,saya balik ke bilik lalu bersiap untuk ke surau. Saya turun ke surau pada pukul 7.00 malam kerana tidak sabar hendak melaungkan azan. Sekarang,hati saya berasa tenang selepas saya sudah dapat peluang melaungkan azan lagi-lagi waktu subuh. Selepas saya azan,saya ke dewan serbaguna untuk solat. Seperti biasa,kami solat maghrib,bacaan hadith,pengisian ilmu,solat isya dan ke prep. Di prep,saya telah membuat jurnal dan vocabulary. Sehabisnya prep,saya pulang ke hostel dan tidur.Sememangnya apabila balik prep saya tidak dapat melakukan tugasan yang banyak selain bersihkan badan dan baca sekejap sebelum tidur.

  Pendidikan adalah senjata paling mematikan, karena dengan itu Anda dapat mengubah    dunia

Saturday 26 April 2014

Jurnal Jumaat (25 April 2014)



                Pada hari ini,saya bangun agak lewat. Saya rasa badan saya lemah.Tangan saya menyentuh dahi dan terasa panas.Saya letakkan tangan saya depan mulut dan menghembusnya.Terasa bahang panas nafas saya.Berat sungguh untuk berdiri.Saya gagahkan juga.Saya ke pantri untuk mengambil wudhu’ lalu masuk ke bilik dan solat. Setelah itu, dengan langkah yang longlai saya kuatkan juga ke bilik mandi.Harapan saya setelah saya mandi tentu panas badan saya surut.Hari ini ada merentas desa.Jadi saya kena juga kuatkan semangat.Inilah kali pertama saya akan menyertai larian merintas desa diPermata.Walaupun badan ini memang rasa lemah saya tetap seronokkan hati untuk sama-sama menyertai larian merintas desa itu.  

Pada pukul 7.30 pagi,saya turun ke dewan serbaguna untuk aktiviti memanaskan badan. Selepas itu,kami bersedia untuk merentas desa. Mula-mula,level 1 dan level 2 lelaki yang bergerak dahulu diikuti foundation 1 lelaki.Kemudian barulah pelajar perempuan bermula level 1,level 2 dan foundation 1. Saya berlari bersama Hafiz. Permulaan berlari, saya telah terasa hendak muntah tapi saya cuba melupakannya.Saya tidak berlari tetapi berjalan sahaja. Walaupun begitu, dada ini rasa berat dan penat untuk bernafas.Saya tetap masih berjalan tapi semakin mahu terasa hendak termuntah.Tiba-tiba Cikgu Zaim menahan saya dari depan dan menyuruh saya supaya berhenti. Cikgu Zaim menyuruh saya menaik kereta kawannya lalu kawannya menghantar saya pulang ke dewan serbarguna. Selepas itu,saya berehat.Tapi saya rasa bersyukur kerana dapat juga mengelurkan peluh supaya panas badan saya kurang. Selama kira-kira 15 minit kemudian,sampailah dua orang pelajar foundation 1 iaitu Syed dan Kamal berlumba di garisan penamat. Pemenangnya ialah Syed. 
Selepas acara merentas desa tamat,saya terdengar Muhammad Nabil memberitahu kepada rakan lain bahawa saya telah putus asa. Sedihnya hati saya, kerana dia tanpa usul periksa telah menuduh dan mengata saya.Saya bersabar lalu ke dewan makan. Apabila sampai di dewan makan, makanan masih belum tersedia. Kerana tidak larat saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik.Sampai di bilik,saya berehat sekejap untuk menghilangkan peluh dan mandi.Setelah itu,saya ke dewan makan semula dan dalam pukul 10.15 saya balik semula ke bilik.Saya rasa badan ini begitu lemah sekali dan matapun panas dan susah untuk buka.Saya pun baring atas katil dan tertidur.

Pada pukul 12.45 tengah hari,tiba-tiba saya terdengar deringan telefon.Rupa-rupanya ibu saya menelefon saya.Dengan malas dan tidak berdaya dia menyuruh saya agar bangun dan turun ke bawah kerana mereka sudah sampai. Selepas itu,saya bangun lalu ke pantri membasuh muka lalu turun ke bawah untuk menjumpai mereka. Selepas itu,kami ke Masjid UKM bersama ayah,ibu dan kakak.Pada pukul 2.15,saya pulang kembali ke Permata lalu kami makan bersama di pondok . Makanan yang dibawa oleh ibu saya ialah makanan kegemaran saya iaitu rendang daging.Baiklah ibu saya bawa hidangan tengah hari buat kami sekeluarga.Hari ini saya memang tidak larat untuk ke dewan makan. Selepas makan,saya bersiap untuk pulang.Kali ini saya tidak pulang ke rumah tetapi saya sekeluarga ke rumah pak cik sebelah ayah.Esok kakak saya ada temuduga di Kolej MARA Banting.Sebelum itu, saya menyiapkan sedikit lagi tugasan Kimia dan Biologi yang perlu dihantar hari ini juga.

Kami tiba di rumah pakcik saya lebih kurang pukul 8.45 malam.Kebetulan malam itu,pak cik saya mengadakan kenduri bacaan Yasin. Setelah memasukkan barang-barang ke dalam bilik, saya yang kepenatan cuba juga kuatkan diri untuk menolong apa yang patut.Tapi saya masuk semula ke dalam bilik untuk mandi dan solat.Saya menjengah ke luar dan lihat ramai tetamu telah pulang.Pak cik dan ayah mengajak saya makan.Tapi menu mi hoon yang dihidangkan adalah menu yang kurang saya gemari.Jadi saya hanya makan nuget ayam sahaja.Sebelum tidur saya buka laptop dan menyiap sedikit tugasan video Jepun.Hampir 12.30 malam saya pun tidur.

Life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it.

Thursday 24 April 2014

Jurnal - Khamis (24 April 2014)



            Assalamualaikum,apa khabar. Sihat tak?Sekarang,saya cuba nak ubah gaya karya jurnal saya. Sebelum ni saya rasa sama je, skema sangat.,Mesti bosan. Ok,hari ini,saya telah bangun pada pukul 5.50 pagi.Saya terus pergi ke dewan makan untuk makan supaya saya tak perlu bergesa-gesa untuk ke perhimpunan. Setelah saya sampai di dewan makan,rupa-rupanya makanan masih belum tersedia,hanya sosej sahaja yang ada dan yang lain belum lagi. Tiba-tiba,terdengar suara azan subuh,saya terus ke surau. 

            Selama 15 minit menunggu,tetapi saya dan abang Azhar sahaja yang ada. Tunggu punya lah tunggu rakan yang lain untuk berjemaah, jadi saya pun menawarkan diri saya untuk azan di asrama supaya pelajar lelaki dengar. Kebetulan speaker rosak.Dalam perjalanan nak azan, hati kecil saya berkata “Alhamdulillah,ini adalah buat pertama kalinya setelah hampir tiga bulan aku di Permata dapat juga akhirnya melaungkan azan pada waktu subuh”.Saya berharap setelah saya azan adalah rakan-rakan yang lain terbangun dan sama-sama ke surau berjemaah. Alhamdulillah,sewaktu saya azan,ada juga orang yang berjalan menuju ke surau dan ada juga bilik yang menyala lampunya. Walaupun saya tahu ada diantara bilik yang masih belum menyala lampunya,tetapi saya tetap gembira  kerana dapat mengejutkan mereka untuk solat berjemaah,walaupun ada yang solat dalam bilik sahaja.

            Selepas itu,saya turun ke surau. Kami menunggu selama 5 minit lagi dan jemaah semakin ramai. Selepas solat Subuh,saya ke dewan makan untuk makan.Nak tahun menu apa yang belum terhidang tadi?Rupa-rupanya makaroni dan sosej. Selepas makan,saya pulang ke bilik dengan hati yang tenang dan gembira. Sesampainya di bilik,saya mengemas katil saya yang sudah saya biarkan tanpa berkemas buat seketika waktu setelah bangun tadi. Sesudah mengemasnya,saya ke bilik mandi untuk mandi. Selepas mandi,saya bersiap untuk ke perhimpunan. 

            Sebelum saya ke perhimpunan,saya ke bilik Zoey untuk membangunkannya tidur. Saya lihat, macam biasa rupanya dia masih tidur bersama laptop yang terbuka dengan permainan Minecraft.Tapi tak apalah kerana itulah minatnya.Sewaktu saya membangunkannya,dia menghalau saya dan menengking saya,Sedihnya saya kerana dia bukan berterima kasih kepada saya kerana telah membangunkannya yang memang telah lewat untuk ke tapak perhimpunan. Sebaliknya dia telah menunjukkan sikapnya yang negatif tapi saya bersabar sahaja kerana ada hikmahnya. 

            Selepas itu,rakan sebilik dia bagi tahu saya kemungkinan  zoey sudah tidak mandi pagi lebih dari dua hari kerana dia tidur hingga pukul 1 atau 2.Jadi sebab itlah dia bangun lambat dan tidak dapat menunaikan solat subuh.Saya bersama dengan abang kerana hendak membangunkan Zoey saya dan abang sebilik telah terlambat ke perhimpunan.Terkejut saya.Tapi selamatlah juga kerana ada ramai lagi yang lambat,jadi tidakllah saya malu sangat. 

            Selepas perhimpunan,kami ke kelas Agama Islam. Hari ini, cikgu tiada kerana cikgu kurang sihat,Nak tahu hari ini apa terjadi di dalam kelas? Zoey telah menolak meja saya sehingga menyebabkan senak pada perut saya.Geram betul saya kerana tiba-tiba dia bersikap begitu.Jadi saya menolak balik. Selepas itu, saya beredar kerana malas nak layan dan membesar-besarkan perkara ini. 

            Selepas waktu Agama Islam,kami ke kelas Sejarah. Hari ini,kami kena present tugasan yang telah diberi hari itu. Saya telah membentangkan tugasan bagi kumpulan saya.Hari ini saya dapat satu pujian yang sangat mengembirakan hati saya.Cikgu memuji saya kerana saya seorang yang pandai dan berani bercakap dan membuat perbentang di hadapan kelas. Cikgu juga sempat menegur kumpulan yang membuat perbentangan yang kurang jelas suaranya seperti perlahan.Sebelum saya ke kelas seterusnya,saya ingin bertanya kepada cikgu adakah betul zaman paleolitik,zaman mesolitik,zaman neolitik,zaman gangsa dan zaman logam tidak pernah wujud kerana baru-baru ini ketika di surau telah ditayangkan video ‘Dunia Akhir Zaman’ . Tetapi,tiba-tiba Amer pula menegur saya supaya tidak perlu bertanyakan soalan itu. 

            Hari ini,saya tidak ke dewan makan kerana sudah kenyang,saya pergi ke makmal Biologi. Selepas tunggu dalam beberapa minit,rupanya kelas Bio tiada. Tiba-tiba Zoey datang. Saya ingin bergurau dengannya.Saya sempat bergurau dengannya tetapi kata-kata saya telah menyinggungnya.Saya kata siapa kencing tak tutup pintu,dia datang lalu menendang saya dan membawa lari beg saya. Selepas waktu itu,saya ke Makmal Komputer lalu membuat jurnal di sana sampai pukul 11:30. Kemudian,saya ke kelas Bahasa Melayu di Makmal Bahasa. Pada hari ini,kami telah diajar cara membuat novel dan kami ditugaskan untuk membuat 5 novel dan minimum 3 dan maksimum lebih 3. Sebelum kami diajar membuat Novel,cikgu telah menyemak blog kami untuk memastikan jurnal dibuat setiap hari. Tiba-tiba,rupanya ada orang yang tidak pernah membuat langsung iaitu Zoey Zeffey. CIkgu telah memoton markahnya. Sebenarnya,Zoey tidak pernah mendengar apa yang diajar oleh cikgu sewaktu Bahasa Melayu,sebaliknya dia bermain 'Minecraft' sewaktu cikgu mengajar. Rupanya,hari itu dia telah 'download' pada komputer yang telah selalu dia duduk tu.

            Selepas waktu BM,saya turun bersama Cikgu Mior dan kawan saya Hafiz. Selepas itu,kami berpecah. Kami ke dewan makan dan Cikgu Mior ke blok Pensyarah. Menu pada hari ini ialah ayam rendang.Emmmmmmm sedapnyaaaa. Sehingga menjilat jari. Saya balik ke bilik lalu solat dan membuat jurnal. Petang ini saya tidak tidur. Pada pukul 2:17 petang ,rakan sebilik saya telah mengambil kain mandinya lalu menghembuskan hingusnya, ini telah menyebabkan saya rasa nak termuntah.

            Selepas itu,saya ke kelas bahasa Jepun bersama Harith 1K1. Di kelas bahasa Jepun,saya telah belajar sedikit Katakana. Sebelum kelas bahasa Jepun berakhir,ketua darjah 1K3 memberitahu bahawa pada pukul 5:15 petang nanti akan ada ‘story telling’ bagi  yang belum mempersembahkannya. Selepas giliran saya , saya pergi ke makmal muzik untuk mini orckestra pula tetapi malangnya apabila saya sampai tiada kelas. Penat naik tingkat 3 . Selepas itu,saya balik ke bilik lalu mengambil bed ping pong dan mengambil jaring. Kemudian,saya pergi ke dewan seberguna untuk bermain. Sewaktu perlawanan antara saya dan dia , saya memberi  bola yang tidak pernah orang lain dapat tangkis tetapi dia  berjaya. Perlawanan hari ini saya kalah 11- 8. 



          Selepas mandi,saya ke dewan untuk solat maghrib dan isyak. Selepas solat, walaupun saya demam saya tetap pergi ke kelas prep. Saya menyambung buat lab report chemistry. Selepas prep,saya balik ke bilik,siapkan sedikit jurnal dan tidur.Semoga demam saya sembuh hendaknya.

              -The most difficult thing is the decision to act, the rest is merely tenacity-

Jurnal - Rabu (23 April 2014)



            Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 5:15 pagi dan  membuat kerja dan tidur balik pada pukul 6:05 pagi dan bangun semula pada pukul  pukul 6:20 pagi untuk solat. Selepas solat di dalam bilik,saya mandi dan bersiap untuk ke perhimpunan. Selepas perhimpunan,kami ke kelas English.  Hari ini, kami diminta menyampaikan ‘Public speaking’. Sememangnya saya berasa tidakah berapa  gentar kerana sebelum ini saya memang sudah biasa tampil dikhalayak ramai seperti berpidato dan bersyarahan. Yang menjadi masalah ialah sebelum ini saya menggunakan bahasa Melayu atau Bahasa Arab tetapi hari ini dalam English. Waktu English itu begitu lama rasanya hari ini.  Rupa-rupanya giliran saya tidak sampai pada hari ini kerana masa tidak cukup.Rakan-rakan yang telah mempersembahakan ‘public speaking’ ada yang terhenti-henti dan ini menyebabkan masa tidak cukup.Jadi saya dan beberapa orang rakan yang terpaksa menunda ‘public speaking’ pada hari yang lain.

            Selepas waktu elektif habis iaitu yang digantikan dengan English tadi,kami turun ke Dewan Makan untuk makan. Selepas makan,kami  ke kelas kimia. Pada kelas kali ini,kami telah menanda kerja yang kami dapat tetapi tidak perlu kira markah lagi kerana ada yang belum disuruh oleh cikgu. Selepas waktu Kimia pula,kami ke kelas Muzik yang berada di atas makmal Kimia. Semasa  kelas muzik kali ini,saya tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya kerana kelas kami telah bergabung dengan kelas 1K2.Jumlah yang seramai 27 orang itu menyebabkan saya telah bermain game. Selepas waktu Muzik,saya ke dewan makan untuk makan. Lauk hari ini ialah ayam percik. Selepas makan,saya ke bilik lalu mengambil wudhu’ lalu solat da terus tidur sebentar.

            Saya bangun kira-kira 2:20 petang Selepas itu saya ke kelas Fizik. Pelajaran hari ini ialah menjawab beberapa soalan yang diberi. Soalan mula-mula senang tetapi 3 soalan terakhir susah kerana soalannya bergabung dengan algebraic. Tetapi saya mengatasi masalah itu dengan bertanyakan soalan. Ni adalah antara formula yang susah
u=initial velocity
v=final velocity
t=time taken
s=displacement
a=constant acceleration
Example
v=u + at
s=ut+1/2 at2
v2=u2+2as

Yang ni adalah formulanya. Selepas waktu Fizik dalam pukul 3:30 petang,saya berbual-bual bersama Kay Yang berkenaan Fizik sambil menunggu sampai pukul 4:50 petang kerana mahu ke kelas tambahan. Hanya 10 minit sahaja kerana selepas itu saya ke bilik mesyuarat .Pelajar CGPA di bawah 3.12 perlu berkumpul di bilik mesyuarat. Semasa mesyuarat ,kami telah diberi semangat oleh Prof Noriah,Prof Arif dan Ustazah Syakinah. Kerana ramai gagal subjek Biologi, Kimia dan Bahasa Antarabangsa. Kami telah diajar seketika subjek Kimia. Prof. memuji saya kerana dapat membuat lagu yang mudah untuk mengingati elemen. Hampir satu jam lebih kami berjumpa. Pelajar 1K3 kena bergerak cepat dan berlari pulang ke asrama kerana giliran pelajar 1K3  pula untuk mengemas dewan. Saya singgah ke dewan makan dahulu sebelum balik ke bilik.Selepas makan,saya pulang ke bilik lalu mandi dan pergi ke dewan pada pukul 7:15 petang. Mengah rasanya terpaksa mengejar masa.Selepas solat Isyak,saya ke prep. Pelajar 1K3 tidak duduk di kelas prep kerana kelas dikunci. Jadi,saya duduk di kelas 1K1. Malam ini, saya membuat kerja Kimia dan sedikit jurnal yang belum siap. Balik prep saya cuba juga siapkan jurnal sebelum tidur.

 I’ve missed more than 9000 shots in my career. I’ve lost almost 300 games. 26 times I’ve been trusted to take the game winning shot and missed. I’ve failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed.