Saturday 17 May 2014

Jurnal - Jumaat (16 Mei 2014)



Hari ini saya bangun agak lambat.Sebenarnya macam biasa, set jam pukul 5 lebih , bangun, mengantuk, tidur, bangun, mengantuk, tidur.Tengok-tengok dah 6.40pagi.Apa lagi macam lipas kudung le siapkan diri.Tetap tidak berubah.Tidur tetap nombor satu.Awalnya nak ulangkaji tapi tidur pula.Menyesal sekejap aje tapi nanti dah mengantuk lupa.

Hari penghulu hari.Saya dan kawan-kawan lain akan menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Kimia dan PJK.Tapi yang penting hari ini ialah Hari Guru.Selamat Hari Guru buat guru-guru saya diPermata Pintar.Tidak lupa juga kepada semua guru saya sebelum ini dan juga tidak lupa kepada ibu dan ayah saya.Tiada mereka yang bergelar guru, tiadalah saya di sini semuanya berkat tunjuk ajar, bimbingan dan doa mereka.Terima kasih cikgu....
Saya ke dewan peperiksaan sebelum pukul 9.00pagi.Setelah mendapat kertas peperiksaan bagi kimia saya terasa amat sukar sekali untuk menjawabnya.Tetapi saya cuba yang termampu.Saya keluar dewan dengan bermacam perasaan.

Saya pulang ke asrama dan bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat.Sebelum itu saya ke dewan makan untuk makan.Saya dapat menaiki bas untuk ke masjid.Sebelum masuk ke dalam masjid, saya dikejutkan dengan satu suara memanggil nama saya.Rupa-rupanya ayah Zoey.Dia mengajak saya menaiki keretanya apabila pulang ke asrama.Saya mengajak Hafiz bersama.Kami telah singgah di kafe Kris Mas dan makan.

Waktu petang, pukul 3.00 saya menjawab soalan PJK pula.Kami pelajar foundation menjawabnya dalam masa yang singkat sahaja tidak sampai 30 minit dewan telah tiada orang.Agak-agaknya semua pelajar rasa macam senang.

Setelah sampai di asrama, saya mengemas barang-barang untuk dibawa pulang.Ibu dan bapa saya akan menjemput.Mereka begitu risau apabila minggu peperiksaan ini saya tidak bersungguh-sungguh mengulangkaji.Apabila mereka menelefon saya pasti tengah tidur atau baru bangun atau hendak tidur.Itulah yang merisaukan mereka.Tapi sebenarnya duduk di Permata ini memang selalu nak tidur sahaja apabila nampak katil dalam bilik.

Selepas solat Asar, saya menelefon Hafiz mengajaknya ke makmal bahasa untuk menyiapkan tugasan Self Development.Tajuk tugasan kali ini ialah 21st Century Skill.Alhamdulillah akhirnya siap juga tugasan kumpulan kami.

Setelah siap, saya lihat ibu dan ayah saya telah menunggu di tapak asrama.Dalam pukul 7.15malam sebelum maghrib, kami bertolak ke rumah.Seperti biasa, setelah solat Mahgrib di Perhentian Nilai,saya akan tidur sepanjang jalan.Kali ini saya bangun dan berada di halaman rumah pengasuh kakak saya.Rupa-rupanya pengasuh kakak saya telah berjanji membuatkan makanan kegemaran kakak saya iaitu lempeng dan sambal lada.Rupa-rupanya sebab itulah ayah singgah.Akhirnya saya sampai di rumah dalam pukul 10.00malam.



Thursday 15 May 2014

Jurnal - Khamis (15 Mei 2014)



Pagi ini tidak seperti biasa.Sifat liat, malas,lemah dan macam-macam lagi kalau nak bangun.Tapi,pagi ini saya begitu bersemangat untuk mengulangkaji pada waktu pagi.Sebelum ke dewan peperiksaan saya telah membaca bahasa Melayu.Saya begitu berharap peperiksaan bahasa Melayu ini akan membantu menaikkan pointer saya dan meningkatkan kedudukan saya.

Saya melangkah ke dewan peperiksaan.Soalan berkaitan gaya bahasa,aspek kajian sastera antara tajuk yang kami perlu jawab.Keluar dari dewan peperiksaan kali ini tidaklah sebimbang subje-subjek lain.Petang pula saya menjawab kertas Sejarah.Tamadun awal manusia dan zaman jahiliah adalah antara soalan yang keluar.

Jurnal perlu dibuat.Habis jawab sejarah, saya sambung jurnal.Tapi maaf junal-jurnal semasa minggu periksa ini ceritanya sama sahaja-baca buku dan ulangkaji.Tidak banyak yang menarik tapi mencabar bagi saya.

Malam saya mengulangkaji di dalam bilik.Pening,pening rasanya nak memahami kimia.Ulangkaji dan baca mesti dan cuba.PJK pula tak tahu nak baca apa.Harap-harap esok saya boleh menghadapi kedua-duanya denganbaik.


Milikilah pemikiran yang kuat, tapi selalu tempatkan hatimu lebih kuat. Kerana pada akhirnya, perasaan selalu mampu mengalahkan logik

Jurnal - Rabu (14 Mei 2014)



Hari ini bangun pagi agak liat dan malas walaupun telefon dan jam tetap berbunyi membangunkan.Semalam sudah cuti sehari rasa tak puas jadi melaratlah ke hari ini.Bangun, tidur, bangun, tidur itulah yang saya lakukan lebih-lebih lagi pagi-pagi waktu hendak mengulangkaji.Seperti biasa sebelum melangkah ke dewan peperisaan, diri perlu disiapkan.Mengemas tempat tidur,mandi,solat dan makan itulah rutin harian yang saya akan lakukan pada pagi-pagi.

Hari ini subjek peperiksaan saya ialah Biologi dan Matematik.Kedua-duanya susah bagi saya.Saya rasa terlalu takut dan gelisah untuk mengambil kedua-dua kertas ini.Tapi saya akan cuba juga buat yang terbaik.Sebenarnya saya masih kurang faham terutama bagi subjek-subjek sains kerana semuanya dalam bahasa Inggeris.Itulah masalahnya.Sekarang saya sedar, saya kena mengusai subjek-subjek itu bahasanya dan isi kandungannya.Tapi itulah masalahnya.Walaupun memang susah tapi saya kena berusaha dan menghadapinya juga.

Huh!!! Biologi dan Matematik akhirnya telah dijawab.Saya telah cuba yang termampu.Memang sukar dan susah.Setelah ini saya perlu mengulang kaji pelajaran esok.Bahasa Melayu dan Sejarah pula.Kedua-duanya saya rasa tidak sesusah matematik dan subjek-subjek sains kerana menggunakan bahasa kebangsaan kita dan merupakan subjek yang saya suka dan gemari.Esok Bahasa Melayu dan Sejarah menunggu....


You can if you say can but you can't,if you say can't

Tuesday 13 May 2014

Jurnal - Selasa (13 Mei 2014)



Hari ini cuti.Selamat Hari Wesak.Seronok kerana sekurang-kurangnya satu hari ini saya dapat mengulangkaji lagi kertas yang akan diambil esok dan hari-hari seterusnya.Pagi ini saya bangun dengan agak malas.Tapi kuatkan juga semangat kerana subjek biologi masih belum habis diulangkaji.Sedihnya hari ini kerana hari cuti, saya terlambat turun ke dewan makan.Dewan makan telah dikunci.Laparnya terasa pagi ini.Tapi tak apa, pukul 10.00pagi nanti saya akan ke dewan makan untuk makan.

Saya dan rakan-rakan Foundtion yang lain ke kelas tambahan Matematik.Cikgu Suzaina sangat prihatin dan baik hati kerana waktu cuti begini pun dia datang dan sanggup mengadakan kelas tambahan untuk kami. 

Petang ini setelah tidur sebentar, saya sambung ulangkaji semula.Hari ini memang target ulangkaji,ulangkaji dan ulangkaji hinggalah ke malam.


 
A truly rich man is one whose children run into his arms when his hands are empty.

Jurnal - Isnin ( 12 Mei 2014)



 Hari yang dinanti-nanti akhirnya datang juga.Hari ini kami semua pelajar Permata akan menduduki peperiksaan kedua bagi semester ini.Saya berharap saya dapat membaiki semula keputusan peperiksaan petama hari itu.Saya akan buat termampu saya sekurang-kurangnya dapat  memperolehi 3 pointer ke atas.InsyaAllah.

Hari ini saya melangkah ke dewan peperiksaan dengan hati berdebar-debar.Peperiksaan pertama adalah subjek Fizik yang bermula pukul 9.00pagi sehingga pukul 11.00pagi.Setelah mendapat kertas soalan saya mula menjawab.Soalan itu sememangnya sukar bagi saya teruutamanya menggunakan bahasa Inggeris.Saya keluar dari dewan setelah hampir pukul 11.00pagi.

Setelah sampai ke bilik saya mengambil keputusan untuk tidur sebentar.Saya bangun hampir pukul 12.00 tengah hari.Petang ini saya akan menduduki peperiksaan kertas English pula.Saya sempat menelek-nelek sekejap buku English sebelum ke dewan peperisaan.Pukul 2.30 petang saya dan rakan-rakan menduduki peperiksaan English.Ketika hendak pulang, habis peperiksaan hujan turun dengan begitu lebat sekali.Saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke asrama.Saya pergi ke makmal komputer sementara menunggu hujan reda.Saya mengambil kesempatan yang ada melayari internet dengan mencari nota biologi.Hampir pukul 4 lebih hujan masih belum.Saya pun rasa sudah terlalu lama berada dalam lap kom, jadi saya pun redah sahaja hujan untuk balik ke asrama.

Petang ini,saya telah bilik Ikwan sebenar untuk berbual-bual.Malamnya pula, saya duduk di dalam bilik sahaja untuk mengulangkaji pelajaran.Saya seronok kerana abang Sahmil telah mengajar saya Matematik.Saya telah pergi kebiliknya untuk belajar bersama.Hampir pukul 12.00malam barulah saya pulang untuk tidur.


There are no traffic jams along the extra mile.