Monday 27 October 2014

Surat Kiriman Rasmi

Muhamad Al Hakim Bin ‘Asri
No 55 Jalan Lingkaran Puteri 2,
Taman Bandar Baru Tangkak,
85000 Johor,Ledang
Johor Darul Takzim

Yang Berbahagia,                                                                                                                                
Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor,
Penaung Program Permata
62505 Putrajaya                                                                                                                                            1 MEI 2002

Puan

JEMPUTAN  KE  MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IC GATE DI PUSAT PEMATAPINTAR NEGARA

                Berhubung perkara di atas,saya sebagai pelajar Permata Pintar,ingin memohon kerjasama Datin untuk Merasmikan Program IC Gate seterusnya merasmikan AUDITORIUM Pusat Permatapintar Negara.
2.            Kami memohon untuk merasmikan program tersebut seperti mana berikut:
Nama Program: IC GATE
Tarikh                :18 Disember 2014
Hari                   :Khamis
Masa                 :8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat            : Auditorium Pesatpermata Pintar Negara,Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.            Bersama-sama ini,saya sediakan cadangan laporan yang telah kami sediakan.

Keperihatinan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada Datin Seri terhadap jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengamn ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

MUHAMAD AL HAKIM BIN ‘ASRI
Pelajar Permatapintar Negara
No 55 Jalan Lingkaran Puteri  2,
Taman Bandar Baru Tangkak,
85000 Johor,Ledang
Johor Darul Takzim








Monday 20 October 2014

Gelaran atau pangilan kehormat
Dalam pergaulan dgn masyarakat yg lebih besar,pangkat dan status merupakan faktor penting dlm menentukan bahasa sapaan yg di gunakan.
Bahasa yg di gunakan hendaklah mempunyai unsur sopan,hormat, dan budi bahasa yg tinggi.Gelaran atau pangilan kehormat berdasarkan pangkat ataupun meliputi;
Gelaran keturunan
Gelaran anugerah
Gelaran ikhtisas.

Gelaran Warisan.
Gelaran warisan di sebut juga gelaran keturunan.Terbahagi kpd 4 jenis,iaitu;
►Gelaran warisan drp raja-raja.
Contoh;Raja=Perak,Selangor.
Tunku/Ungku=Johor,Kedah.
►gelaran warisan drp keturunan orang besar-besar.
Contoh;Abang =sarawak.
Datu=sabah
►Gelaran drp keturunan Nabi Muhamad s.a.w.
Contoh;Syed,Syaid,
►Gelaran warisan yg berada di luar malaysia
Contoh;Raden=Jawa,Sultan=Arab


Gelaran kurnian ikhtisas.
Di perolehi sebagai hasil kejayaan seseorang dalam bidang akedemik atau ikhtisas.contoh;
Gelaran keagamaan.
Gelaran ini biasanya di kurniakan kepada orang yg beragama islam seperti orang yg menunaikan fardhu haji dan orang yg berpengetahuan dalam bidang agama.contoh;
Haji @ hajah=utk lelaki @ perempuan yg menunaikan fardhu haji di Mekah.
Lebai=utk lelaki yg berpengetahuan dlm bidang agama islam.
Gabungan gelaran
Gabungan kurniaan kerajaan,warisan dan ikhtisas mestilah mendahului semua gelaran lain.Contoh;
Kekeluargaan+keagamaan=Mak Haji,Pak Haji.
Pergaulan tak bersahaja + keagamaan=Tuan Haji.
kekeluargaan+warisan=Pak Ungku.
Warisan+Keagamaan=Tengku Hajah Hermayantie,Raja Haji Alimin.
Kurnian kerajaan+ikhtisas+warisan+keagamaan=Tan Sri Profesor Raja Haji Osman.

Wednesday 8 October 2014

Kalendar 2015


Kalendar Cuti 2015


Pra Bajet 2015

PASIR SALAK: Tiga aspek iaitu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kedudukan fiskal dan peningkatan kos sara hidup menjadi fokus utama dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji ketiga-tiga aspek tersebut supaya ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.3 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Apabila membuat belanjawan, kita tidak boleh melakukannya secara 'adhoc'. Kami akan memastikan terdapat kesinambungan daripada sebelum ini, semasa dan akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak di sini, Ahad

Katanya usaha untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi yang mampan menjadi faktor utama supaya matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

"Selain itu, kita mahu mempastikan kedudukan fiskal adalah kukuh dari segi pendapatan.

"Ia mesti mampan, dan ini bermakna LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Jabatan Kastam dan agensi lain adalah kukuh dan pendapatan bertambah untuk pembangunan negara," katanya.

Katanya belanjawan pada kali ini juga memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dengan melengkapi mereka dengan kemahiran tinggi.

Beliau berkata nisbah gaji pekerja di negara ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ialah 33 peratus dan negara perlu mencapai 40 peratus dan ke atas untuk menjadi negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020.

Ahmad Husni berkata untuk memastikan Bajet 2015 memenuhi kehendak rakyat, beberapa pandangan yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan individu dipertimbangkan.

"Kita akan mengkaji mana-mana cadangan atau pandangan yang boleh membawa manfaat untuk meningkatkan ekonomi negara ke peringkat lebih tinggi," katanya

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/21/bajet-2015/

Petua Jimat Petrol

Tahukah anda bahawa ada jalan untuk jimat minyak kereta tanpa kurangkan jarak dan kekerapan perjalanan anda sebagaimana biasa?

Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan yang lebih baik, selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.
Sebagai rakyat biasa kita tak ada kuasa untuk ubah keputusan kerajaan yang berpendapat masanya telah tiba untuk naikkan harga minyak.

Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.30 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.


Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar dari poket.

Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:
  1. Buka boot kereta dan kosongkan – Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda ke dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta. Jika sukar untuk kurangkan berat badan sendiri, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humban keluar dengan segera.
  2. Jangan isi minyak penuh – Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja dari ‘full tank’. Berat akan berkurangan sebanyak 0.7 kilo setiap satu liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.
  3. Masukkan angin ngam dengan tayar – Jangan biarkan walau sedikitpun tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.
  4. Pergi servis kereta ikut jadual – Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin ikut jadual. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.
  5. Ubah cara memandu – Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera, tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.
Cukuplah setakat 5 petua mujarab di atas untuk jimat minyak kereta. Jika anda amalkannya pasti  boleh jimat minyak kereta sehingga ke tahap 30%….tak percaya cuba sendiri dan selepas itu berikan komen di bawah.

Selamat memandu dan bergembiralah dengan aktiviti jimat minyak kereta!!! Hidup perlu diteruskan.
Sumber : By Hann Liew.

Takwim Peperiksaan


TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2014
UPSR
Ujian Bertulis 9-11 September 2014
(Selasa - Khamis)
 
   
SPM

Ujian Bertulis
3 November - 2 Disember 2014
(Isnin - Selasa)
STPM
Ujian Lisan proses perbincangan
Ujian Bertulis proses perbincangan
STAM
Ujian Lisan 7-11 Julai 2014
(Isnin - Jumaat)
Ujian Bertulis 13-15 Oktober 2014
(Isnin - Rabu)

20-21 Oktober 2014
(Isnin - Selasa)
SPM (ULANGAN)

Ujian Bertulis
9-12 Jun 2014
(Isnin - Khamis)

STPM 2014  
Peperiksaan Penggal 2
Ujian Lisan Bahasa Arab
Peperiksaan Penggal 3
19 - 22 Mei 2014
22, 23, 24, 25 September dan 29, 30 September 2014
3, 4, 5, 6, November dan 10 November 2014
MUET SESI JULAI 2014  
Ujian Speaking
Ujian Bertulis
17, 18, 19 Jun dan 23, 24, 25 Jun 2014
5 Julai 2014