Monday 25 January 2016

KONSEP BAHASA MELAYU TINGGI
1.     Bahasa Melayu Tinggi ialah satu bentuk bahasa yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu

2.    Istilah Bahasa Melayu Tinggi mendukung pengertian sosial dalam membezakan dengan bahasa rendah.

3.    Bahasa Melayu Tinggi dianggap  sebagai bahasa yang mendukung konsep dan pemikiran yang teknikal serta berfungis sebagai sarana budaya tinggi. Budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi.

4.    Bahasa Melayu Tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.

5.    Bahasa Melayu Tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial)

6. Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan.

7.    Bahasa Melayu Tinggi bukan istilah linguistik.  Tidak ada istilah atau konsep bahasa tingi atau bahasa rendah.  Yang ada ialah ragam atau variasi bahasa (Awang Sariyan;1996)

8.    Bahasa Melayu Tinggi sebagai bahasa baku, bahasa pengantar ilmu, dan bahasa yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi seperti dalam seminar, persidangan atau kongres.















Tuesday 19 January 2016

Petikan membincangkan impak negatif terhadap penggunaan internet

Antara natijahnya ialah masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas di samping mengubah cara manusia berkomunikasi yang boleh menimbulkan krisis.  Selain dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral  dan bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai-nilai murni bangsa, internet juga menyebabkan pelangggaran hak cipta penerbitan tanpa izin pemegang hak ciptaanya. Internet juga menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan.  Seperkara lagi, internet turut menjadikan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Antara cara-cara mengawalnya ialah memantau dan menghadkan penggunaan internet oleh  ibu bapa.  Selain itu, kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang jenayah siber serta menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral.

Kesimpulannya, penyalah gunaan internet ini perlu dibendung dan semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya.

                                                                                                              [ 120 patah perkataan ]

Monday 18 January 2016

Jawapan Tatabahasa dan Imbuhan Kertas 2

Yik ( Yayasan islam kelantan )

I.              mendokong               -             mendukung
dihasrat                     -             dihasratkan

II.           mengembang             -             berkembang
pelosok                      -             pelusuk

III.        jualan                         -             dijual
           ilmuan                        -             ilmuwan

Terengganu

       I.                   I..        ilmuan                         -              ilmuwan
          meningkat                    -             meningkatkan

    II.                   II.  kecerdekan                    -             kecerdikan
perlukan                     -             memerlukan

 III.                    III.      perkhidmatan              -            berkhidmat
otomatik                     -            automatik

SBP

I.                   motorsikal             -           motosikal
dilaku                    -           dilakukan

II.                e-mail                    -           e-mel
diharap                  -           berharap

III.             bekerja                   -           pekerja
tengahari               -           tengah hari


Sabah

I.                   meletih                  -           letih
pinggang               -           pinggang

II.                ketak                     -           ketat
bersidangan          -           persidangan

III.             ragot                      -           ragut
perdarahan            -           pendarahan

Perlis

I.                   mencadangkan      -           bercadang
bahru                     -           baharu

II.                kesampaian            -           disampaikan
pra kata                  -           prakata

III.             musoh                    -           musuh
berkelaku               -           berkelakuan

Monday 11 January 2016

Berita Re-Orientasi Pelajar lama menggunkan Bahasa Melayu Tinggi I


BANGI, Selasa – Peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi impian setiap insan yang bergelar pelajar apatah lagi jika dapat direalisasikan di Kolej Pusat  PERMATApintar Negara, Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.  Situasi ini menjadi realisasi kepada 210 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri semula di Kolej PERMATApintar untuk sesi persekolahan bagi tahun 2016.  

Sempena menyambut semula kedatangan pelajar lama ini,  pihak PERMATApintar telah mengadakan program minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai Hari Re-orentasi Pelajar Lama.

Program yang di adakan di auditorium, dimulai dengan cetusan informasi daripada  Puan Pengarah iaitu Prof. Datuk Dr. Noriah Bt. Mohd Ishak.  ‘Mindset’ telah  menjadi tajuk ceramah beliau.  Tidak ketinggalan juga,  Prof. Dr. Rorlinda Bt. Yusof selaku Penyelas Hal Ehwal Pelajar turut sama menyampaikan ceramah berkaitan etika dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai pelajar di PERMATA. 

Aktiviti pada sebelah petangnya lebih menjurus kepada taklimat daripada bidang kauseling oleh beberapa orang kaunselor.  Aktiviti penutup bagi hari Re-orentasi kali ini ialah taklimat ringkas daripada penyelaras kokurikulum, En. Mior Muhammad Saiful Nizan. Pelajar diminta mengemaskini pilihan kokurikulum mereka secara online. 
(152 patah perkataan)