Saturday 30 April 2016

JURNAL JUMAAT 29 APRIL 2016 )

                Hari ini tiada apa yang menarik, Pagi ini begitu liat sekali saya hendak bangun sendiri kemungkinan sudah beberapa hari saya dibangunkan oleh Akmal.   Tetapi saya gagahkan juga. Keletihan minggu ini begitu terasa dan masih belum hilang. 

Dengan langkah yang tidak bersemangat saya perlu juga ke kelas.  Waktu pertama kami ialah Fizik.  Hari ini kami terpaksa mengikuti post test.  Setelah itu kelas Mathematic dan Kimia.   Semasa kelas Kimia hari ini, kami tidak belajar.  Cikgu Mad Nor telah mengambil kesempatan  membincangkan topik tentang saya dan bergurau dengan saya.  Saya tahu Cikgu Mad Nor memang suka mengalan-alan dan bergurau dengan saya.  Saya tak kisah sangat kerana dengan inilah, ukhuwah saya makin rapat dengan cikgu Mad Nor 

Berbagai-bagai cikgu cerita pasal saya.  Kebetulan pula kaki saya kena cagu dan telah tercedera ketika acara tarik tali dan bermain raghbi, cikgu telah menakut-nakutkan saya. Hampir selama sejam ini, hampir semua topik pasal saya.  Selepas itu,, saya telah pergi ke PK dan Afiq telah menemani saya.  Saya dan Afiq dibawa oleh Cikgu Aisyah untuk ke PK.  Semasa di PK juga doktor telah membuatkan saya takut kerana memberitahu untuk baik saya perlu membuang kuku.  Saya tidak mahu kerana saya fikir saya akan bersama ibu dan ayah jika perlu berbuat begitu.  Memandangkan minggu ini kami dibernarkan pulang, saya akan ke klinik di kampung saya sahaja untuk mendapatkan rawatan.


            Pulang dari PK,  saya telah makan dan bersiap untuk ke solat Jumaat.  Saya begitu gembira kerana petang ini saya akan pulang ke kampung dan tahun ini sekali lagi dapat bersama-sama ibu dan ayah menyambut hari kelahiran saya nanti pada 1 Mei,Ahad ini.  

JURNAL KHAMIS ( 28 APRIL 2016 )

     












           Pagi ini, kami memang begitu bersemangat dengan azam yang membara untuk menjadi  johan plat bagi tahun ini. Kami akan pastikan  membawa berita gembira untuk warga PERMATA. 







Awal-awal pagi lagi, kami sudah tiba di Padang A UPM iaitu padang yang akan menentukan kejuaraan kepada pasukan yang berentap hari ini.   Setelah sampai, kami telah membuat 2 round mengelilingi padang ragbi itu.  Saya terasa yang amat penat, tetapi semangat sepasukan yang ada, mereka semua telah memberi  semangat untuk saya terus berlari dan bukan berjalan.Saya bangkit dengan semangat mereka.  Kelihatan beberapa bas sekolah lain telah sampai.  Kami dimaklumkan pasukan kami  akan bertemu dengan Sekolah Damai Perdana semula iaitu pasukan yang kami telah jumpa pada perlawanan pertama tempoh hari. 







            Perlawanan kali ini, saya telah diarahkan masuk pada first half kerana pemain biasa first half itu injured.  Kali ini saya telah membuat sehabis mampu dan yang boleh walaupun sewaktu scrum saya collapse.  Pasukan saya telah memberi sokongan dengan menjerit-jerit nama saya agar saya bangkit. Itulah kelebihan pasukan kami dengan menyokong antara satu sama lain. Pada second half, saya tidak mahu bermain kerana kecederaan jari saya yang amat sakit.  Sekolah Damai Perdana telah mendahului dengan mata 7-0.  Itu bukan mata kekal kerana kami telah berjaya merapatkan markah iaitu 7-5 kerana ‘ conversion ’  kami tidak masuk.  Dan wisel penamat dibunyikan, menandakan waktu perlawanan telah tamat.  Akhirnya tiada rezeki kami untuk menjadi Johan Plat.  Tapi kami bersyukur kerana berjaya juga membawa pingat walaupun naib johan untuk ditunjukkan kepada warga PERMATA. 

Kami berehat sambil menunggu waktu penyampaian hadiah.  Setelah mengambil medal, kami berkesempatan merakamkan gambar sebagai kenang-kenagan bersama medal yang telah dimenangi. Sebagai ganjaran kemenangan hari ini, cikgu telah membawa kami ke The Mines.  Peritiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika masuk di The Mines, saya hanya memakai seluar Tight pendek yang dipakai semasa perlawanan tadi sahaja kerana  terlupa hendak membawa persalinan lain hari ini.  Sebenarnya saya dan rakan yang lain pun tidak sangka akan dibawa ke The Mines ini.  Oleh sebab itu saya menjadi perhatian orang ramai.  Kami telah masuk ke panggung wayang dan melihat movies Civil War: Captain America dan hari ini juga merupakan hari di mana movie ini dikeluarkan.  Kami telah  berkumpul semula pada pukul 5.30 petang untuk pulang semula ke PERMATA.  



JURNAL RABU ( 27 APRIL 2016 )

                Pagi ini, pagi yang amat memenatkan sekali.  Kami telah pulang ke asrama pada pukul 2.15 pagi. Saya dan semua pemain ragbi perlu menghadirkan diri ke perlawanan seterusnya lagi hari ini.

Seperti hari-hari sebelumnya, kami bertolak ke UPM pada pukul 6.30 pagi  setelah bas sampai.  Sesampai di UPM, kami dimaklumkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan kedua.  Kami terus warming up. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan suku akhir, jika kami menang, kami masuk ke separuh akhir cup dan jika kami kalah, kami perlu lawan untuk separuh akhir plat.  Perlawanan kami kali ini ialah pasukan juara untuk 2 tahun lepas.  Tetapi itu bukan penghalang bagi kami.  Saya telah masuk sekejap untuk kali ini memandangkan kaki saya yang telah tercedera semasa perlawanan semalam dan semasa acara tarik tali. Saya bermain dengan ibu jari saya berbalut setelah menerima rawatan daripada pasukan PBSM malam tadi.

            Perlawanan separuh masa pertama, memang kelihatan pasukan kami sangat keletihan.  Faktor tidak cukup tidur dan rehat kerana acara kemuncak Hari Sukan malam tadi mungkin juga penyebabnya. Kemungkinan itu jugalah, kami telah kalah dengan ketika bertemu dengan KOSAS.  Ini menyebabkan kami tidak dapat masuk ke Cup, tetapi hanya layak masuk plat.  Perlawanan kedua kami hari ini adalah dengan SMK Bandar Baru Bangi.  Kekalahan kami di awal tadi bukanlah kekalahan yang berkekalan, kekalahan di awal tadilah yang menyebabkan kami menang dengan sekolah Bandar Baru Bangi dengan mata 19-0.  Tidak dapat digambarkan kegembiraan pasukan kami apabila layak masuk hingga ke peringkat akhir bagi tahun ini  walaupun plat sahaja. 


Dengan kemenangan ini pasukan kami akan berentap lagi buat terakhir esok.  Cocah telah mengucapkan tahniah dan mengharapkan kami melakukan yang terbaik untuk perlawanan akhir.

JURNAL SELASA ( 26 APRIL 2016 )






                Seperti biasa. pagi ini juga saya dikejutkan oleh Akmal.  Hari ini di dalam bilik saya bukan saya seorang sahaja yang dikejutkan tetapi Aqil, Mursyid dan Nabil turut tidur bersama saya.  Ini tidak langsung telah memudahkan Akmal. Saya terus bergegas menyiapkan diri dan keperluan yang perlu dibawa sebelum berkumpul di Audi seperti yang diarahkan pada pukul 6.30 pagi. Kami menaiki bas dengan semangat berkobar-kobar.

Setelah sampai di UPM, perlawanan hari ini bagi pasukan kami ialah perlawanan ke tiga.  Oleh itu, kami sempat berehat menanti perlawanan tersebut. Sebelum tiba masa pasukan kami berlawan, coach mengarahkan kami melakukan aktiviti memanaskan badan.  Kami diarahkan mencari pasangan yang sama saiz.  Malangnya saya tiada pasangan dan menyebabkan terpaksan berpasangan dengan coach. Sewaktu meregangkan badan apatah lagi dengan coach, coach telah meregangkan saya dengan seregang-regangnya dan membuatkan saya telah melepasi tahap maksima diri saya.  Tetapi, selepas meregangkan, saya merasakan diri saya seperti ringan, senang bergerak dan senang melentur.  Itulah kelebihan kalau meregangkan badan dengan lakuan dan gerakan yang betul.

                Tiba masanya perlawanan bermula, kami berkumpul di depan coach dan seperti biasa akan mendengar kata-kaata akhir beliau serta membaca doa serta selawat.  Amanat coach juga dengan melangkah kaki kanan untuk masuk ke padang.    Lawan kami kali ini ialah sekolah Perimbun.  Seperti biasa, saya akan bermain pada separuh masa kedua.  Kali ini saya tidak dapat bermain sepenuhnya kerana kaki saya kebetulan memang sakit dan telah dipijak pula ketika bermain membuatkan sakit itu bertambah.  Alhamdulillah, kami telah memenangi dengan mata 22-0.  Dan hari ini, kami hanya ada satu perlawanan sahaja. 

Setelah kami sampai di PERMATA kira-kira pukul 11.30 pagi, saya bergegas ke padang kerana pada hari ini ada Hari Sukan.  Saya akan menyertai acara lontar peluru.  Saya segera bergegas ke padang kerana takut acara tersebut terlepas.  Rezeki saya tiba-tiba kedengaran suara di speaker diumukan acara lontar peluru , lompat tinggi dan acara balapan yang masih belum habis akan diadakan pada waktu petang.  Senang hati saya mendengarnya tapi penatnya beria-rialah saya berlari risaukan acara akan terlepas dengan dalam keadaan penat dan kaki sakit. 

Tepat jam 3.15 petang, saya telah bangun daripada tidur dan bersedia untuk menyertai acara lontar peluru.  Selepas itu, saya turun ke padang.  Kali ini saya berjaya ke pusingan akhir bersama Muaz dan Kamal. Tetapi  malangnya, saya hanya mendapat tempat ketiga.  Pada petang itu, saya juga telah mendapat piala bagi kedua-dua acara ping pong yang telah dimenangi.  Pada pukul 7.20 malam pula, kami naik untuk makan dan solat serta perlu hadir semula ke padang untuk acara kemuncak.  Malam ini turut hadir pelajar USIM.







                Sebelum pukul 8.00 malam , saya telah turun ke padang.  Malam ini saya telah dipilih untuk masuk acara tarik tali melawan pelajar USIM.  Saya dan Aizu sahaja terpilih mewakili faudation 3 kerana perlawanan ini hanya bagi pelajar di bawah umur 14 tahun yang boleh menyertainya.  Wakil PERMATA yang lain adalah dari faundation 1 dan 2.
Perlawanan kali ini, saya telah menjadi orang yang perlu berada dibelakang sekali ataupun anchor.  Pusingan pertama kami menang dan pusingan kedua kami kalah.  Pada pandangan kami , faktor kedudukan tempat pusingan kedua ialah di atas tanah yang berpasir telah menyebabkan kekalahan bagi kami. Ini menyebabkan kami perlu berlawan satu pusingan lagi bagi menentukan kemenangan.  Kebetulan rakan saya Muaz melihat reaksi saya yang begitu penat dan kaki saya telah berdarah dia telah menyarankan saya tidak duduk di bahagian belakang sekali.  Lega rasanya dan saya telah berpindah dengan duduk ketiga dari belakang.  Alhamdulillah,Kolej PERMATApintar telah menang.


                Akhirnya penamat Hari Sukan tahun ini yang mengembirakan saya ialah pengumuman pasukan Topaz telah menjuarai untuk acara balapan dan merangkul kejuaraan pasukan rumah sukan untuk tahun 2016.. Yeayyyyyyy. Hidup Topaz.

JURNAL ISNIN ( 25 APRIL 2016 )

                Pada hari ini, seperti biasa saya dikejutkan awal oleh Akmal Haron.  Pagi ini, pagi yang dinanti-nantikan oleh pasukan raghbi saya dan rakan-rakan kerana hari ini kami akan menghadiri perlawanan raghbi peringkat daerah.  Ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidup saya untuk bermain ragbi malah seterusnya bermain hingga di peringkat MSSD.  Saya bingkas bangun dari tilam dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bermain dan seterusnya merangkul kemenangan.  Selepas mandi dan solat, saya memakai baju Ragbi yang telah diberikan.  Ini menambahkan lagi semangat saya seolah-olah  menjulang setinggi burj khalifa.  Setelah siap, saya segera turun ke compoud menolong apa yang patut sebelum ke audi untuk menaiki bas.  Tepat jam 6.30 pagi, bas pun sampai.

            Perlawanan Ragbi untuk MSSD Hulu Langat kali ini diadakan di UPM padang B.  Di dalam bas, Kapten kami iaitu Akmal Haron menggesa kami supaya jangan tidur kerana takut kita akan mamai sewaktu bermain memandangkan kami merupakan perlawanan pembukaan.  Jesteru itu, kami membuat akiviti yang bising di dalam bas seperti menyanyi sambil memasang lagu dan berbual-bual.  Saya pula duduk bersama Mursyid bermain game di dalam Tab saya.  Setelah sampai, kami disambut oleh Coach, Miss Sue dan Cikgu Azrina.  Selepas itu, kami memanaskan badan dan membuat latihan ‘ handling ’.  Selepas beberapa minit kemudian, nama pasukan kami disebut. Dengan segera,kami pun berkumpul di depan coach untuk mendapat dan mendengat kata-kata terakhir daripada beliau sebelum perlawanan kami bermula. 

            Perlawanan pasukan kami yang pertama ialah menentang Sekolah Damai Perdana.  Saya bermain di separuh masa kedua.  Memang agak gentar kerana badan mereka semua besar, tetapi rupa-rupanya tidak disangka saya telah berjaya jatuhkan seorang daripada ahli pasukan mereka.  Tetapi malangnya, bukan rezei kami, kami kalah dengan 1 try sahaja iaitu 7-0.  Selepas itu, kami pulang ke tempat berehat.  Coach mengatakan kami masih’ blur’ dalam padang.  Selepas mendengar kata-kata itu, kami ingin membuktikan kepada coach yang kami tidak ‘blur’ seperti yang diucapkan oleh beliau sebentar tadi dan akhirnya untuk perlawanan kedua, kami dapat mengalahkan  sekolah SAAS dengan mata 25-7.  Dengan kemenangan ini  akhirnya pasukan kami dapat bermain lagi untuk hari esok.

            Kami pulang ke PERMATA dengan hati yang gembira.  Di dalam bas sewaktu pulang, semua pemain tidur dan pada anggapan saya kami semua bemimpikan johan untuk permainan seterusnya.  Kami sampai di PERMATA kira-kira pukul 5.30 petang.


            Seperti biasa apabila esok menjelang sukan, saya dan rakan-rakan serumah sibuk membuat persiapan untuk pasukan rumah Topaz.  Walaupun penat bermain di siang hari tetapi saya seronok dapat menyumbangkan tenaga untuk rumah Topaz.

JURNAL JUMAAT ( 22 APRIL 2016 )

                Hari ini merupakan hari dan pagi yang sangat teratur.  Ini adalah kerana, saya telah bangun awal pada pukul 5.30pagi.  Di dalam bilik saya, Aqil dan Muryid juga kawan abang Fawaz iaitu Don telah tidur bersama saya dan abang Fawaz.  Pada pukul 6.15 pagi, seperti biasa Akmal telah menyuruh semua pemain ragbi turun berjogging.  Saya telah turun dulu kerana Aqil dan Mursyid mahu menukar baju dahulu tetapi saya tidak kerana saya terus sahaja berjogging dengan baju tidur lenan pendek saya dan seluar pendek saja.  Saya telah turun dan menggantikan pusingan semalam.Pagi ini saya telah menghabiskan 12 pusingan.  Tetapi mungkin kerana faktor saiz badan saya, Aqil dan Mursyid telah habis terlebih dahulu walaupun mereka turun lambat dari saya. Saya redha tetapi saya bangga kerana mereka tetap memberi sokongan kepada saya.

            Saya naik ke asrama jam 7.30 pagi.  Saya duduk sebentar menghilangkan peluh sebelum mandi.  Setelah selesai mandi, saya pulang ke bilik dan terkejut kerana Aqil dan Muryid telah berada di bilik saya dan rupanya mereka menunggu saya untuk ke kelas bersama-sama.  Pagi ini kami telah terlewat untuk ke perhimpunan. Hari ini pula perhimpunan pagi lambat habis.  Saya telah dimaklumkan oleh Afiq kerana ada taklimat Hari Keusahawanan untuk hari esok.  Hari ini saya menjalani P&P saya seperti biasa. 


Pada malam ini, perlawanan akhir perseorangan ping pong.  Saya adalah pesertanya yang akan bertemu dengan Raymand.  Kami berdua adalah wakil Topaz. Kawan-kawan saya iaitu kesemua pelajar batch saya iaitu rakan Empayar Lelaki saya telah datang untuk menyaksikan perlawanan ini dan mereka semua memberikan sokongan dan semangat kepada saya walaupun bukan pasukan rumah saya.  Saya bertekad untuk tidak menghampakan mereka. Set pertama dimenangi oleh Raymand, ‘ 11-8 ’. set kedua saya telah menang, ‘ 12-14 ’ dan tetapi set ketiga Raymand telah menang dengan mata ‘11-9’.  Saya begitu terharu kerana setelah habis sahaja perlawanan, semua rakan saya menghampiri dan memeluk saya.  Mereka memberikan kata semangat dengan mengatakan saya telah buat yang terbaik. Saya begitu sedih kerana saya tidak dapat mengekalkan kejuaraan saya dan memenuhi impian rakan-rakan saya untuk menang seperti tahun lepas. 

Selepas itu, saya pergi pula ke perjumpaan Topaz kerana setiap rumah perlu membuat satu aktiviti untuk mengumpul dana hari sukan semasa Hari Keusahawanan esok.  Kapten rumah Topaz telah membuat 4 aktiviti.  Saya, Muaz, Aqil dan Syed telah menjaga bahagian Maze.  Setelah mendapat arahan itu, kami berempat perlu menyediakan kelengkapan untuk esok.  Roomade saya abang Fawwaz telah datang menolong kami berempat kerana esok dia tiada untuk ke pertandingan Math. Rupanya dia juga perlu menjaga bahagian ini bersama kami.Kami hanya menggunakan kerusi dan meja sahaja untuk maze ini.  Hampir pukul 1.20 pagi baru kami selesai tugasan dan pulang. 










Saya tidak sabar untuk menunggu hari esok kerana akan ibu bapa saya akan membelikan boot baru untuk saya menyertai perlawanan raghbi nanti. Esok juga saya akan bersama rakan-rakan mencari dana menolong rumah Topaz bagi sukan tahun ini.

JURNAL KHAMIS ( 21 APRIL 2016 )

            Hari yang begitu menggemberikan saya kerana malam tadi saya telah menjadi juara beregu ping pong.  Saya telah mengalahkan pasukan rumah Emerald ( Hijau ) iaitu Meor dan Zahir dengan 11-6, 11-8.  Dengan kejuaraan ini bukan sahaja membanggakan rumah sukan saya, tetapi saya dapat mematikan ego mereka kerana mereka berdua memang selalu berlagak dan mereka terkenal dengan sikap berlagak yang teramaat apabila menangi sesuatu.  Pengajaran di sini ialah jangan kita terlalu berlagak dengan kehebatan diri kita kerana kemungkinan ada orang yang lebih hebat dari kita.Segalanya telah ditentukan oleh Ilahi.

            Opss maaf, saya sambung kembali cerita saya bermula dari bangun tidur tadi.  Malam tadi, Aqil dan Mursyid telah tidur bersama di dalam bilik saya kerana kami bercadang pagi-pagi nanti mudah untuk dikejutkan dan kami bertiga akan ke padang untuk training rahhbi bersama-sama. Seperti pagi-pagi  biasa sebelum ini, Akmal Haron telah mengejutkan semua pemain Ragbi untuk berjogging di padang.  Tetapi tak tahulah, nafsu telah menguasai kami, rupa-rupanya kami telah menyambung  tidur semula.  Apabila bangun, kami bertiga menyesal kerana tidak turun berjogging.  Kami telah berazam agar kesilapan ini tidak berulang dan akan bangun pada pagi esok.  Selepas itu, kami bertiga bersiap ke kelas.  Pembelajaran pagi ini bermula dengan kelas Self Development dan disambung dengan kelas Math.  Selepas rehat waktu  kelas Sejarah.  Cikgu telah memberikan kumpulan untuk present dan saya telah mendapat kumpulan dengan Amer dan Nadia dengan tajuk Konflik Arab Israel.  Waktu kelas Philo,   Dr.Sakinah telah memberi kami aiskrim Magnum.  Saya begitu suka dengan Dr. Sakinah kerana sejak saya melangkah di PERMATA beliau memang rajin untuk memberi makanan yang mahal dan sedap kepada pelajarnya. 

Pada malam ini mengikut perancangan merupakan perlawanan final bagi badminton dan ping pong.Saya akan bermain ping pong dan roomate saya bermain badminton.  Petang ini seperti biasa saya dan rakan-rakan raghbi mengadakan latihan raghbi.  Badan ini terasa begitu penat sekali tetapi apakan daya saya terpaksa juga mengharunginya.    Malam ini juga dimaklumkan saya perlu hadir ke kelas Arab.  Baiklah malam ini rupanya perlawanan akhir ping pong ditangguhkan kerana Exco sukan perlu menghabiskan perlawanan separuh akhir dahulu.

Minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan dan sibuk sekali.  Tetapi itulah kelebihan berada di PERMATA kerana saya perlu juga mengharunginya. 

JURNAL RABU ( 20 APRIL 2016 )

            Pagi ini, saya bangun pada pukul 5.50 dengan dikejutkan oleh ibu saya yang telah begitu lama tidak menggunakan telefon bimbit untuk mengejutkan saya.  Hari ini kami pelajar Asas 3 akan ke PERMATA Insan USIM untuk mendengar ceramah oleh seorang penceramah terkenal antarabangsa iaitu Dr Zakir Naik.  Sudah tentu nama penceramah ini tidak lagi asing bagi majoriti rakyat Malaysia kerana beliau telah berjaya mengislamkan ramai orang sewaktu ceramah beliau dan menjawab pelbagai persoalan yang ramai orang sendiri tak terfikir nak jawab dan beliau berjaya menjawab dan membuatkan orang lain tak boleh berdebat dengan beliau.

             Selepas saya bangun, bingkas saya mandi dan seusai mandi, saya bersiapkan diri dan terus pergi ke dewan makan untuk makan.  Tetapi, rupa-rupanya, kami sudah dibungkuskan makanannya dan kami akan makan di dalam bas.  Oleh itu, saya dan rakan saya pergi ke tempat berkumnpul yang telah diberitahu.  Sebeum memasuki bas, Karamie telah mengedarkan makanan yang sudah dibungkus sebenar tadi kepada kami dan kami pun menaiki bas.  Di dalam bas, saya telah mengambil tempat di belakang sekali kerana saya mahu tidur dan saya telah menjagakan tempat Mursyid, tetapi kerana kelewatan Mursyid lambat masuk dalam bas, Izwan telah duduk di sebelah saya.  Tak apalah.  Dan dalam jam 7.45, kami sampai di PERMATAinsan USIM.  Ini merupakan kali pertama saya melihat Kompleks PERMATAinsan.  Corak binaan kompleksnya berteraskan keislaman, cuma nampak sesak kerana antara 1 blok pembelajaran dan 1 blok pembelajaran lain dekat. 

            Kami pun turun daripada bas.  Kami bergerak ke Dewan mereka.  Dan kami pun disambut oleh pelajar PERMATAinsan.  Dan kami mengambil tempat duduk.  Setelah menunggu 15 minit, Dr Zakir Naik pun tiba.  Dan mulalah ceramah beliau.  Dalam pukul 10.30, ceramah beliau tamat.  Dan sesi fotographi pun dimulakan dengan PERMATAinsan seterusnya kami.  Dan kami pun pulang ke UKM.  Di dalam bas, saya tidur.  Apabila bangun, tahu-tahu, sudah berada di depan Auditorium.  Dan jam menunjukkan pukul 11.25.  masih ada satu kelas terakhir yang kami perlu datang.  Kelas saya iaialah Muzik.  Saya berfikiran mungkin Dr Ridzuwan tidak hadir kerana tadi di PERMATAinsan, beliau ada.  Oleh demikian, saya Afiq dan Syed balik ke asrama.  Dan sampai di asrama, kami pun berpecah.  Oleh itu, saya pulang ke bilik dan tidur.  Saya bangun dikejutkan oleh Aqil kerana menyuruh saya solat.  Saya tengok jam sudah pukul 3.30.  saya bergegas ambik wuduk dan solat.  Selepas itu, saya tanya dia bahawa muzik ada kelas ke tidak, dia kata ada.  Kiranya, saya tidak hadir ke kelas Muzik.  Saya ingatkan tak ada kelas sebab Dr Ridzuwan di USIM.  Dan saya tanya kepada Syed dan Afiq, mereka pun sama tidak pergi.  Tak apalah, lain kali jangan tidur.


            Itu sahaja cerita menarik untuk hari ini.

Wednesday 20 April 2016

JURNAL SELASA ( 19 APRIL 2016 )

        Seperti pagi semalam, pada  pukul 6.50 pagi saya perlu ke stadium untuk menjalani latihan fitness ragbi.  Pagi ini kami perlu berlari 6 pusingan.  Pada mulanya, saya sudah mahu pasrah, tetapi Shail dan seorang pemain ragbi yang lain telah datang menemankan saya dan berlari bersama untuk sama-sama saya menghabiskan pusingan terakhir.  Alhamdulillah, saya berjaya melakukan 6 pusingan tersebut sehingga habis.  Memang betul kata-kata mereka, penat berlari itu hanya sementarsa sahaja, selepas itu akan hilang sudah rasa penat itu. 

Setelah itu, saya dimaklumkan bahawa hari ini hari sukantara untuk balapan.  Oleh itu, saya perlu berlari 100m untuk menyumbangkan mata bagi rumah pasukan saya.  Keputusan yang sudah diketahui, rupa-rupanya saya mendapat tempat terakhir dalam larian tersebut.  Bagi saya, ini juga merupakan kejayaan kerana saya berjaya berusaha berlari ke garisan penamat walaupun tidak dapat menyumbangkan mata.

            Kira-kira pada pukul 9.55 pagi , setelah aktiviti sukantara tersebut habis, saya dan rakan batch  pergi makanKemudian kami ke dewan sebarguna untuk perlawanan ‘ semi final ’ double dan single bagi acara perlawanan ping pong pula.  Mula-mula sekali, perlawanan beregu bagi saya ialah bersama kumpulan rumah rumah Emerald ( Hijau ) untuk melayakkan diri ke final.  Alhamdulillah saya dan pasangan telah memenanginya dan layaklah ke final.  Setelah berehat, saya perlu bertanding lagi tapi kali ini bagi perlawanan single. Saya telah bertemu dengan ahli pasukan rumah Emerald iaitu  Karamie.  Alhamdulillah juga saya telah menang dengan mata 11-6, 11-9.  Saya begitu berterima kasih kepada roomade saya, abang Fawas,, Aqil, Muaz, Mamu dan Don yang telah bersungguh-sungguh memberikan sokongan dan sorakan tanpa henti sewaktu saya bermain sehinggakan pasukan lawan kelihatan ‘down’ dan akhirnya saya menang.  Akhirnya tahun ini saya berjaya ke peringkat final bagi single dan beregu dalam perlawanan ping pong. Kali ini saya akan bertemu dengan kumpulan saya sendiri, Topaz.  Harapan saya semoga tahun ini saya akan berjaya mengekalkan lagi kejuaraan saya pada tahun lepas, In Sha Allah.

  

JURNAL ISNIN ( 18 APRIL 2016 )

            Pada pagi ini saya telah menjalani latihan ragbi untuk kali ketiga setelah sebelum ini pertamanya saya bermain ialah pada petang Ahad.  Sememangnya Ragbi merupakan sukan yang memerlukan badan yang kuat, tegap dan fit.  Jadinya, saya perlu berlari 5 pusingan sekeliling padang di atas track dengan membaling bola ragbi.  Asalnya hanya 5 pusingan tetapi disebabkan saya lambat dan ketinggalan jauh, saya perlu menambah lagi pusingan. 

Selepas itu, semua pelajar  dikehendaki untuk ke kolam renang bagi perlawanan water polo dan berenang freestyle dan breaststroke.  Saya telah memasuku water polo.  Tetapi malangnya, Topaz telah kalah.

Berita yang sangat mengembirakan pada hari ini kerana saya telah berjaya mengalahkan lawan saya untuk saya mara ke ‘ semi final ’ dalam perlawanan ping pong.  Saya telah masuk untuk kategori Double dan single.  Setiap rumah sukan perlu menghantar dua orang wakil bagi setiap kategori, Oleh itu, saya dengan Raymad merupakan wakil Topaz.  Bagi acara beregu, pasanangan  saya ialah Azam.   Perlawanan pertama saya ialah pasukan rumah Ruby ( Merah ) dana  saya Berjaya menanginya. 

Pada petang ini saya telah menjalani lagi latihan ragbi. Kami telah mempelajari  gerakan ‘ cutting, loob, and hook ’ Malam ini juga saya telah berlatih bermain ping pong dan saya telah memberi semangat untuk pasukan saya sendiri.  Tidak dapat dinafikan malam ini merupakan malam yang penat ditambah pula kaki dan badan saya yang lenguh akibat baru melakukan latihan fitness.  Tetapi saya akan meruskan latihan ragbi ini supaya manalah tahu saya juga akan terpilih mewakili pasukan PERMATA suatu hari kelak.

JURNAL JUMAAT ( 15 APRIL 2016 )

Hari ini merupakan minggu terakhir sekolah untuk minggu ini.  Pada petang ini juga akan diadakan program kem jambori badan beruniform PERMATA.  Oleh itu, petang ini kami perlu ke Audi untuk perasmian penyerahan  pelajar kepada jurulatih badan beruniform masing-masing.  Sebelum saya menerangkan lanjutan cerita ini, saya mahu menceritakan dahulu  aktiviti kami pada pagi Jumaat ini.

            Pada pagi ini, kelas fizik tiada kerana urusan penyambungan pembelajaran PHD cikgu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.  .  Oleh itu, kami membuat aktiviti masing-masing.  Sewaktu kelas Mathematics,  kami mengambil kesempatan mengenali cikgu dengan lebih dekat kerana topik pembelajaran kami dengan beliau sebelum ini telah banyak yang dipelajari. Ini mungkin juga kerana beliau mengajar kami telalu laju dan banyak.  Kami dimaklumkan hanya tinggal satu topik yang perlu kami belajar.  Kami mengambil kesempatan juga untuk mendengar pengalaman beliau berada di perantauan menuntu ilmu bersama rakan-rakan yang pelabagai Negara. Ketika inlah kami baru tahu ibu beliau berasal dari Jepun.

Semasa kelas Kimia,cikgu telah membuat ‘ post test ‘ secara mengejut.  Setelah itu kami telah dimaklumkan agar segera ke dewan serbaguna untuk mendengar taklimat berkenaan kem jambori yang akan bermula petang ini.

Bermulalah semula catatan jurnal saya mengenai program kem jombori badan beruniform. Saya merupakan badan beruniform BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia ).  Aktiviti yang kami lakukan hanya ice breaking pada petang ini.  Kami juga telah dimaklumkan aktiviti  pada malam ini yang sangat ditunggu-tunggu  oleh saya iaitu perlawanan permainan dengan badan beruniform lain. Antara perlawanan yang menyeronokkan tersebut  ialah menaikkan tiang bendera, tiup bola ping pong, pijak tanpa mata, bersatu tegoh bercerai roboh, futsal kain pelikat dan akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh saya  ialah perlawanan tarik tali.  Pada mala mini, saya telah menyertai acara  tiup bola ping pong dan tarik tali.

Semasa acara tarik tali, perlawanan pertama pasukan kami ialah menentang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).  Keputusannya kami kalah.  Tetapi peristiwa yang menyebabkan kami kecewa atas kekalahan tersebut, rupa-rupanya seorang ahli pasukan kami yang duduk di bahagian belakang sekali telah terbelit tali dilehernya.  Pasukan BBSM akhirnya mendapat tempat ketiga.


            Mala ini saya tidur dalam keadaan kesakitan kerana kaki saya telah berdarah kerana dipijak tanpa sengaja dalam perlawanan tarik tali tadi.  Saya perlu tidur lena untuk menumpul tenaga bagi menyambung kem jambori ini sehingga hari Ahad penutupnya.

Tuesday 19 April 2016

JURNAL KHAMIS ( 14 APRIL 2016 )

Hari ini merupakan hari yang malang.  Saya tertangkap tidak pergi subuh oleh ustaz Khair.  Rotan yang mengerikan itu akhirnya melekat di punggung saya.  Ini mungkin pengajaran untuk saya.  Dengan segera  saya terus solat dan terus bersiap untuk ke kelas. 
Kelas pertama hari ini ialah Self Development.  Di kelas self development, kami ditugaskan untuk  menulis keburukan diri masing-masing.  Kami jugaa perlu mencari pasangan kerana pasangan itu pula akan menulis keburukan diri saya.  Saya telah berpasangan dengan Amer.  Amer telah menulis 5 keburukan tentang diri saya iaitu,  1. Suka mengalan cikgu 2. Makan dalam kelas ketika cikgu mengajar ajar 3. Suka buat lawak tidak sesuai waktu atau  ketika keadaan tidak mengizinkan  4. Suka meminta cikgu mengubah tarikh menghantar tugasan walaupun cikgu telah kata muktamad (tujuan sebenar saya ialah menolong kawan-kawan) 5. Suka mengajuk  Dr. Rorlinda.  Semua kenyataan kawan saya itu saya akui dan akan cuba untuk mengubahnya.

Kini tiba waktu pembelajaran Mathematics.  Hari ini kami belajar tajuk Line And Angles in Plane.  Tajuk ini hanya ada dua subtopik sahaja.  Subtopik pertama senang manakala subtopik kedua susah.  Tetapi Alhamdulillah,  saya dapat memahaminya apabila saya bertanyakan soalan demi soalan dengan cikgu dan kawan-kawan.  Selepas itu, kami pergi rehat.  Semasa kelas Sejarah, seperti biasa kami telah diberikan kumpulan dengan  tajuk perbentangan masing-masing. Kami akan masuk tajuk baru.  Kali ini ahli kumpulan saya yang lain ialah  Amer dan Nadia.  Tajuk perbentangan kami ialah Konflik Arab-Israel.  Malangnya kali ini kumpulan saya mendapat tajuk pertama .  Apakan daya, kuasa bukan di tangan saya. 


Mala ini saya telah menyaksikan suatu kejadian yang boleh dikatakan ngeri juga bagi saya. Ketika dalam pukul 11.45 malam sewaktu saya keluar daripada bilik untuk masak maggi, saya terlihat sorang pelajar moral telah terhuyung haying dengan menutup bahagian kepalanya.  Kebetulan ketika itu bekas roommade saya Akmal Haron sedang bermain dengan rumitnya di luar bilik mereka.   Apabila saya dan Akmal melihat, darah berlumuran kami secara segera terus bertindak.  Akmal terus berlari memanggil cikgu dan saya pula berlari memanggil exco kebajikan untuk meminta medical box.  Tidak berapa minit kemudian, cikgu Faddzhil telah sampai danterkejut. Beliau segera memberikan bantuan. Ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk refleksi hari ini.

JURNAL RABU ( 13 APRIL 2016 )

Tidurku dimulai dengan kesakitan badan.  Sudah dua hari aku mula membuat ‘ workout ’ atau bina badan kerana aku mula sedar implikasi obesity.  Harapan aku suatu hari nanti aku akan jadi sado.   Dengan berbekal kudrat yang sedikit lemah walaupun baru bangun dari  tidur, saya bangun untuk ke surau.  Tetapi, pagi ini seperti mendengar bisikan syaitan di telinga saya tidak jadi ke surau.  Saya hanya bersembahayang di dalam bilik.  Setelah selesai solat subuh, saya teringat tugasan kumpulan bahasa Inggeris yang perlu dihantar hari ini dan masih belum siap. Oleh itu, saya segera menyiapkan tugasan untuk bahagian saya.  Saya tahu, seperti kebiasaan, Aqil dan Mursyid akan singgah ke bilik saya setiap selepas solat subuh.  Bolehlah nanti saya akan meminta Aqil menyambung untuk menyiapkan bahagian dia selebihnya.
Seperti jangkaan saya, tepat sekali Aqil singgah ke bilik saya dan terus bertanyakan tugasan tersebut. Saya menunjukkan laptop di atas meja dan tanpa disuruh, dia menyambung untuk menyiapkan tugasan bahagian dia pula. Setelah selesai, saya pergi untuk print tugasan itu.  Tetapi kali ini mengambil masa kerana laptop saya tidak dapat ‘ detect printer ’.  Saya terpaksa bergegas bersiap untuk ke perhimpunan. 


Waktu PJ, kami telah bermain badminton.  Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh Cikgu. Saya satu kumpulan dengan Muaz dan telah bertemu dengan kumpulan  Aqil dan Syed.  Kumpulan saya telah menang.  Huhu, bosan juga asyik menang sahaja, just kidding.  Setelah waktu PJ< kami ke kelas Muzik.  Kami belajar rekorder menggunakan lagu kanak-kanak ‘Kacang’.  Apabila kami bermain lagu ini, kami teringat balik zaman kanak-kanak kerana ketika itulah cerita Kacang ini berkumandang.  Jurnal hanya ini tamat sehingga ini sahaja.  Tiada apa yang  menarik hendak diceritakan lagi..

Thursday 14 April 2016

JURNAL SELASA ( 12 APRIL 2016 )

Hari ini tiada apa pun yang menarik untuk saya tulis di dalam jurnal ini.  Cuma Alhamdulillah, saya telah mendapat markah penuh dalam ujian mathematics saya hari ini iaitu 10/10. 


Hari ini juga ada waktu seni persembahan. Yeayyy.

JURNAL ISNIN ( 11 APRIL 2016 )

Hari ini hari perhimpunan rasmi.  Oleh itu, saya perlu bersiap awal untuk ke perhimpunan.  Sewaktu perhimpunan, seorang penulis wakil sebuah majalah telah datang untuk membuat liputan terhadap kolej PERMATA untuk dimuatkan di dalam dalam majalah tersebut. Beberapa orang pelajar Level 2 yang berkebolehan telah dipilih untuk diwawancara. 

Selepas perhimpunan, kami bergerak ke kelas Sejarah.  Sewaktu sejarah, kumpulan saya termasuk Amer dan Faten telah memperbentangkan perbentangan kami iaitu perbentangan kedua kumpulan kami setelah minggu lepas Faten gagal  untuk menerangkan bahagiannya dengan baik.  Alhamdulillah, kumpulan kami tidak perlu memperbentangkannya semula lagi. 

            Selepas rehat, saya ke kelas BI dan seterusnya ke kelas Bio.  Sewaktu kelas Bio, cikgu telah memberitahu saya bahawa eksperimen ujian air kencing akan diadakan selepas hari sukan iaitu 2 minggu dari hari ini. 

Pada petang ini, saya telah meminta bantuan Mursyid untuk menemankan saya  ke pejabat untuk mengambil tangga.  Tujuan saya ialah untuk membersihkan kipas bilik saya yang dah kotor.  Mursyid dengan senang hati menemankan saya.  Bak kata pepatah, ‘ sambil meyelam minum air ’ , beberapa orang rakan saya telah menyuruh saya membersihkan kipas bilik mereka juga.  Mereka telah memberikan saguhati kepada saya atas kerja yang saya telah lakukan.  Saya terima dengan ikhlasnya. Pada pukul 4.30 petang, saya telah memulangkan semula tangga itu.

Petang ini, saya telah bermain ping pong sebagai persediaan saya untuk perlawanan ping pong pada minggu hadapan. Alhamdulillah, kemahiran saya semakin baik.

Sunday 10 April 2016

JURNAL JUMAAT ( 8 APRIL 2016 )

Keletihan semalam masih belum hilang hilang.  Namun, Alhamdulillah  suara saya sudah semakin pulih semula.  Kegembiraan  semalam yang masih segar dalam ingatan dan fikiran hinggakan terkadang saya tersenyum sendiri mengingatkan semula persembahan saya yang sangat tidak diduga oleh saya sendiri.  Persembahan tersebut menjadi kenangan yang penuh bermakna buat saya.

            Bemula dengan kelas Fizik kemudian diikuti kelas Mathematic.  Ketika kelas Kimia pula, Cikgu Mad Nor sempat bergurau dengan saya dan rakan-rakan sekelas.  Beliau mengatakan bahawa persembahan saya telah membuatkan beliau berasa malu kerana geli melihatkan lenggokan badan saya yang dapat dilakukan dengan bersungguh-sungguh itu.  Belaiu menjelaskan juga beliau marah kerana beliau salah seorang daripada guru PERMATA.  Tetapi rupa-rupanya sebelum beliau keluar beliau sempat menyatakan kata-kata beliau tadi hanya gurauan seamata dan  beliau tidak sangka persembahan tersebut mendapat pujian yang hebat. Saya bangga kerana telah menjadikan persembahan pasukan ghazal saya menyerlah kali ini.
Pelajar lelaki telah diarahkan ke surau bagi bacaan Yasin. Setelah selesai, saya bergegas ke Dewan Makan untuk mengelakkan terlewat kerana jika terlewat saya terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk mendapat makanan.  Buat sementara waktu ini, kami tidak makan berhidang memandangkan menyukarkan pihak dewan makan kerana ketiadaaan air.  Setelah itu saya bergegas ke bilik menggosok untuk menggosok baju yang telah berkedut.  Saya mengambil kesempatan berehat sebentar di dalam bilik sebelum menunggu  bas untuk ke  masjid solat Jumaat.

Hari ini pelaja PERMATA  dibenarkan pulang bermalam kerana masalah air.  Sesampainya di masjid, saya duduk bersama Izwan di bahagian atas sebelah kiri.  Kerana keletihan yang amat sangat  walaupun telah berehat sebelum ke masjid tadi,rupa-rupanya saya terlelap juga di masjid. Izwan telah mengejutkan saya.  


Arahan daripada Prof. Rorlinda pelajar hanya dibenarkan pulang selepas pukul 5.00 petang.  Saya mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang memandangkan kelas sesi petang itu dibatalkan.Saya sempat tidur juga sebentar walaupun belum hampir mengemas.  Saya dibangunkan dengan bunyian talipon daripada ibu saya mengatakan beliau telah sampai di Kris Mas.  Saya segera bangun dan solat. Hampir pukul 6.00 petang, saya menginggalkan PERMATA untuk pulang ke rumah.

Saturday 9 April 2016

JURNAL KHAMIS ( 7 APRIL 2016 )


                Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh kami pasukan ghazal. Hari ini kami akan membuat persembahan di hadapan 3 sekolah yang juga mewakili Malaysia ke Romania untuk perbentangan research  di sana.  Pada pukul 8.30pagi , kami telah pergi ke bilik Muzik untuk mebuat persiapan diri yang terakhir.  Semua kawan saya telahsiap  memakai baju Melayu dahulu kecuali saya.  Saya tidak mahu terus memakai pakaian tersebut kerana takut berpeluh.  Hampir pada pukul 9.00 pagi, Zoey telah memberitahu saya  bahawa majlis akan bermula tidak lama lagi dan cikgu telah memanggil kami untuk ke Auditorium.  Dengan segera, saya telah bergegas ke sana dan akhirnya, berpeluh juga.  Kami dimaklumkan bahawa kami akan membuat persembahan yang terakhir selepas sekolah ASIS ( Sekolah Menengah Sains Alam Shah ) membuat persembahan.  Sekolah ASIS telah  membuat dikir barat. Saya telah menggunakan masa ini untuk mengumpul suara saya.

            Tidak berapa lama kemudian, giliran kumpulan ghazal mengadakan persembahan.  Secara tiba-tiba perasaan saya begitu gementar. Saya masih ragu-ragu untuk menyahut cabaran cikgu Hafiz serta mampukah saya seperti malam tadi memberikan persembahan yang terbaik kepada para penonton hari ini.  Cabaran cikgu dan rakan-rakan yang memberikan galakan kepada saya dengan hadiah yang lumayan menjadikan saya bertekad untuk melaksanakannya bersungguh-sungguh.  Jika saya berjaya tentunya hadiah lumayan tersebut akan dapat kepada saya.

            Saya berserta kawan-kawan yang lain telah naik ke pentas. Dengan iringan alat muzik yang pelbagai kami telah membuat persembahan yang menarik.  Saya melakukan seperti yang diarahkan,  tetapi tanpa disedari ketika hendak melenggokkan kepala, songkok saya hendak terjatuh, dengan serta merta sambil menari, menyanyi, memalu kompang, saya cuba menyambut songkok.  Tidak disedari reaksi saya itu  menjadikan penonton ketawa dan bermula detik itu saya menjadi tontonan.  Lenggokan saya bersama pukulan kompang seterusnya rupa-rupanya menjadi bahan gelakan penonton hinggakan suasana dewan penuh dengan sorakan yang tidak diduga.  Saya begitu teruja dan gembira kerana mendapat tepukan yang gemuruh hinggakan berdiri daripada para penonton.  Saya sendiri tidak menyangka dapat memberikan persembahan sedemikian dan mendapat sokongan penonton yang sedemian juga.  Hari ini saya terasa seperti artis. Saya telah dipanggil oleh abang-abang daripada sekolah-sekolah tersebut untuk bergambar.

            Saya telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya dalam kumpulan ghazal dengan bersungguh-sungguh.  Saya terlalu bersyukur dan gembira persembahan kumpulan ghazal kami mendapat sorakan di luar jangkaan daripada penonton.  Cikgu Hafiz dan Dr, Ridzuan juga  mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saya kerana berjaya menyahut cabarannya.

JURNAL RABU ( 6 APRIL 2016 )

Hari ini hari yang menarik juga untuk diceritakan kerana kami  kelas PJ.  Tetapi PJ kali ini, kami tidak bermain Dodgeball, tetapi kami telah bermain badminton.  Saya satu kumpulan dengan Aqil.  Alhamdulillah, saya dan Aqil sentiasa menang dalam perlawanan antara kumpulan lain dalam kelas kami.  Perkara yang paling mengembirakan saya ialah saya dapat mengalahkan Muaz yang merupakan juara badminton dalam sukan tahunan tahun lepas.  Alhamdulillah.  Tapi tidak jadi masalahkan Muaz, menang kalah adat perlawanan, In Sha Allah kita sama-sama tingkatkan kemahiran bermain kita nanti.

Kelas saya juga telah ke Bilik Muzik untuk menjalani latihan ghazal yang majlisnya akan berlangsung esok.  Cikgu Hafiz telah hadir dan melatih kami bermain alat-alatan masing-masing manakala Dr.Ridzuwan pula telah menyiapkan pakaian yang akan dipakai oleh kami.

                Pada sebelah malam, kami telah berlatih lagi.  Cikgu Hafiz  minta kami  ke bilik Muzik pada pukul 7.30 malam dan solat berjemaah di sana.  Selepas solat, kami telah pergi ke Audi bersama-sama dan kami telah berlatih hingga pukul 10.30 malam. Cikgu Hafiz telah memberi tanggungjawab yang besar kepada saya kerana di berharap agar sayalah orang yang akan menjadikan persembahan kumpulan Ghazal ini tidak hambar dan perlu memberikan audion terpegun dengan persembahan kami hingga boleh membuatkan mereka ketawa.  Dalam fikiran saya, adakah saya boleh memenuhi permintaan cikgu Hafiz tersebut.  Adakah penonton berjaya untuk saya menyebabkan mereka ketawa. Mala mini, saya menggunakan semua pancaindera yang ada, lidah, gerak tubuh dan kepala  juga lenggokan badan saya serta suara sewaktu latilhan.  Batch saya sendiri adalah penonton pada malam ini. Malam ini saya telah bersungguh-sungguh membuat latihan hinggakan suara saya telah serak dan hilang.Cikgu Hafiz telah memuji saya dan mencabar saya agar dapat buat yang sama untuk hari esok.  Pada mulanya, saya rasa cuak tetapi apabila memikirkannya semula dengan cabaran tersebut saya perlu yakin kerana mala ini saya sendiri telah berjaya menbuatkan batch saya  ketawa terbahak-bahak , In Sha Allah esok pun saya akan membuatkan penonton lain juga lebih dasyat ketawanya daripada malan ini. Oleh itu, saya perlu menyimpan suara saya yang telah kehabisan itu untuk esok.  Sedang leka kami  berlatih, kami telah dikejutkan dengan kehadiran Prof. Noriah di Auditorium.  Beliau telah meminta kami berhenti sehingga pukul 10.30 malam untuk kami ke Dewan Serbaguna bagi hadir roll call.  Sewaktu Roll Call, Prof. memberitahu bahawa semua talifon akan dikumpulkan pada Isnin minggu hadapan.  Beliau kecewa kerana melihat ramai pelajar yang menghabskan masa dengan Phone berbading buku terutama waktu prep.


Malam ini sebelum tidur saya ke bilik Izwan untuk mengambil ubat sakit suara. Saya perlu menyiapkan diri untuk persembahan esok.Malam ini saya tidur dalam keadaan yang amat penat dan sebelum tidur saya berdoa agar Allah permudahkan urusan saya esok hari.

JURNAL SELASA ( 5 APRIL 2016 )

Hari Selasa merupakan hari yang dinanti-nantikan kerana jadual waktu kelas saya ada waktu Seni Persembahan pada sesi petang.  Tentunya saya akan berlatih bermain kompang lagi.Sesi pembelajaran waktu pagi kelas saya hari ini ialah BM à Bio à English à Math.  Hari ini, saya telah menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan supaya tidak bertangguh-tanguh tugasan tersebut antaranya tugasan Biologi.

            Selepas makan tengah hari saya terlelap bersama Afiq di dalam bilik saya.  Sesi petang ialah waktu Cikgu Mohd Nor.  Alhamdulillah, Aqil telah mengejutkan saya dan Afiq kalau tidak tentunya kami akan di CIMR oleh cikgu Mohd Nor.  Terima kasih rakan-rakan. Petang ini kami telah membuat ujikaji bersama cikgu Mohd Nor. 

Sewaktu kelas Seni Persembahan, saya telah berlatih bermain kompang bersungguh-sungguh bagi persediaan majlis ICYS ( International Conference Young Scientis ) yang akan diadakan pada Khamis ini.  Pelajar asas 3 perempuan pula telah membuat latihan persembahan kompang perarakan masuk VIP.  Pada mulanya, cikgu telah  menyuruh saya bermain kompang secara solo, tetapi saya tidak mahu atas 2 perkara iaitu pertama, ianya akan memalukan saya kerana saya seroang sahaja bermain kompang dan kedua tangan saya masih belum baik secara sepenuhnya. Alhamdulillah, saya akhirnya akan  bermain kopang dengan 4 orang rakan yang lain.

Hanya cerita ini sahaja yang menarik untuk diceritakan hari ini.

Monday 4 April 2016

JURNAL ISNIN ( 4 APRIL 2016 )

Hari ini, hari Isnin.  Hari ini merupakan hari perhimpunan rasmi buat semua pelajar Kolej PERMATApintarTM bersama semua guru.  Ketika ini kami akan  memakai pakaian uniform rasmi PERMATA.  Walaupun saya kurang selesa memakai pakaian tersebut, tetapi saya terpakasa akur  kerana saya terikat dengan peraturan sebagai seorang peajar.  Pada hari ini, saya telah lewat sedikit ke tapak perhimpunan  kerana saya terlewat mengemas bilik.  Hari ini akan diumumkan pemenang bagi kempen Hey I’m not Rubbish yang telah diadakan pada minggu lepas.  Malangnya pengumuman tersebut amat mengecewakan kerana  kelas saya tidak memenanginya dan amat menyedihkan lagi keputusan kali ini tidak meletakkan satu pun kemenangan ke atas kelas Asas 3.  Kemungkinan usaha kami belum mencukupi dan rezeki belum memihak kepada kami. 

Selepas perhimpunan, kelas saya bergerak ke kelas Sejarah.  Hari ini kumpulan saya yang terakhir akan membuat perbentangan.  Malam tadi saya telah membuat persiapan  untuk perbentangan bahagian saya.  Rupa-rupanya hari ini malang buat kali dua saya jumpa. Kali ini salah seorang ahli kumpulan saya, Faten tidak bersedia dengan bahagian yang telah diamanahkan kepadanya.  Dia hanya membaca slide dan tidak dapat menerangkan dengan lebih jelas.  Oleh itu, kumpulan saya terpaksa membuat semula perbentangan tersebut. Saya tidak dapat menolongnya kerana saya hanya membuat persediaan untuk bahagian saya sahaja.

Hari ini waktu Biologi kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan ketika waktu itu juga.Kami dimaklumkan Cikgu Biologi tidak dapat masuk ke kelas kerana atas urusan. Alhamdulillah saya dapat menyempurnakannya.

Waktu malam pula, saya menjalani aktiviti biasa iaitu ke auditorium untuk latihan ghazal.Saya begitu seronok ketika latihan walaupun penat hinggakan tapak tangan saya merah dan sakit memukul kompang. Yang penting saya suka. Yeyyyyy…..

Friday 1 April 2016

JURNAL JUMAAT ( 1 APRIL 2016 )

Hari ini satu program telah dirancang kepada kami pelajar PERMATA iaitu  kempen Hey I’m not rubbish.  Saya begitu gembira. Kelas saya telah membuat prototype Self-soating-money.  Kami telah memberikan kerjasama dalam sepasukan. 

Sebelum solat Jumaat, kami ada usrah.  Ketua kumpulan, Naqib ialah rumit saya sendiri iaitu abang Fawas. Saya amat suka berada di dalam kumpulan beliau.  Semasa usrah , kami telah membicangkan tentang Hidayah: Petunjuk kebenaran.  Saya telah tertarik dengan satu ayat yang disampaikan oleh oleh rumit saya.  Kita telah diberikan hidayah khawa ( Pancaindera ).  Inilah kurniaan yang berupa pancaindera yang lima kepada kita.  Dengan mata, kita boleh melihat, dengan lidah dapat merasa, hidung menghidu, dengan telinga kita mendengar dan dengan sentuhan kita dapat bertindak balas terhadap sesuatu.  Dengan hidayah inilah kita dapat hidup untuk merasa makanan, selamat daripada sesuatu bahaya fizikal, berjalan dan sebagainya.  Dengan hidayah Khawas, hidup tidak lagi sekadar hidup, tetapi kita telah dapat menikamti hidup. Namun, hidayah khawas juga terbatas.  Pandangan mata hanya boleh melihat yang tersurat.  Tetapi ia tidak mampu mentafsirkan apa yang dilihat.  Kerana itu kerap kali manusia tertipu dengan pandangan matanya.  Kita selalu melihat fatamorgana, dari jauh ia kelihatan seperti air yang tergenang, tetapi apabila dekat barulah kita sedar ia hanya panas yang sangat membahang.


Begitulah, tidak semua yang kita lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa, benar atau betul seperti hakikatnya.  Mata, tangan, telinga, lidah boleh tertipu.  Tafsiran adalah peting bagi semua hidayah khawa itu.  Ilmu yang bernilai ini akan saya gunakan untuk menyuluh kehidupan saya yang mendatang.  Alhamdulillah akhirnya jurnal untuk minggu ini dapat saya selesaikan dengan sempurna mengikut tempohnya.  Jumpa lagi kawan-kawan pada jurnal minggu hadapan dengan cerita yang lain.

JURNAL KHAMIS ( 31 MAC 2016 )

Perlukah hidup kita dimulakan dengan tangisan.  Tangisan ini ada maknanya tersendiri.  Tangisan bayi yang lahir ke dunia diibaratkan adalah berpunca daripada gangguan syaitan.  Mungkin manusia berkata, ‘ Tidak !’  terhadap gangguan syaitan itu.  Begitulah erti tangisan.

Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan pertama perlu untuk mengepam oksigen.  Di mana tangisan itu adalah untuk mengepam oksigen ke paru-paru yang baru berfungsi.  Apapun makna dan tafsirannya, hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri  dengan tangisan.  Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa !

Begitulah mukaddimah saya untuk jurnal hari ini.  Hari ini memang hari yang penuh cabaran bagi saya.  Tangan saya yang sakit sudah beransur baik dengan izin  Allah dan mungkin juga dibantu oleh usaha saya menggunakan ais batu.   Hari ini, waktu pertama  pembelajaran kelas saya ialah self development. Sewaktu kelas tersebut, Dr Rorlinda telah membuat pelbagai aktiviti yang sangat menarik.  Waktu Mathematic bersama cikgu baru iaitu cikgu Elena kali ini, saya dapat simpulkan ada sedikit perubahan berbanding sebelum ini kelas pertama beliau yang sangat senyap dan hambar.SAya berharap kelas-kelas tersebut cikgu Elena dapat menambat hati kami untuk minat belajar dengan beliau memandangkan matapelajaran Mathematic ini amat penting kepada kami. Pada mulanya, saya rasa agak susah tajuk yang diajar oleh beliau, tetapi saya telah membuat ulang kaji terlebih dahulu kerana memandangkan esok saya juga telah dimaklumkan ada post test. Rupa-rupanya tidaklah begitu sukar cuma mungkin cara pengajaran cikgu  yang kurang untuk saya  mudah memahami .  In sha Allah semuanya kerana saya terpaksa berusaha sendiri dan lebih untuk berjaya lebih ke hadapan.