Monday, 15 February 2016

Esei Pengubahsuaian Bajet 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia (Budget 2016 Revision) pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Secara keseluruhannya Pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia yang dibentangkan itu adalah dengan mengambil kira senario ekonomi semasa yang tidak menentu supaya kerajaan mampu untuk menjana pertumbuhan ekonomi berpaksikan rakyat selain membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaannya. Keputusan semakan semula Bajet 2016 disifatkan sebagai dibuat dengan wajar berikutan unjuran harga minyak mentah yang jatuh mendadak mencecah kira-kira AS$30 setong berbanding AS$48 setong ketika pembentangan bajet oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2015 . Najib sebelum ini turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk penganalisis ekonomi, peneraju industri, anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), wakil persatuan pengguna dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memuktamadkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Semakan bajet 2016 adalah mengambil kira dua aspek penting iaitu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan kedua adalah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraa rakyat. Terdahulu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan mengurus menyumbang RM215.2 bilion dan baki RM50 bilion dalam perbelanjaan pembangunan. Langkah mengurangkan kos mengurus dan pembangunan itu akan menjimatkan sebanyak RM9 bilion antaranya  termasuk mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 3% dari Mac 2016 hingga Disember 2017 dengan kadar caruman majikan kekal sama.Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan awam sehingga sebanyak RM8 bilion setahun. Kerajaan juga akan memberi perlepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah untuk tahun taksiran 2015.  Di samping itu, bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan antaranya akan meliberalisasikan kawalan kuota import bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging, FAMA akan buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang menjual barangan makanan pada harga jualan 5 hingga 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran untuk membela nasib pesawah pula, kerajaan menyediakan tambahan tunai RM50 bagi setiap 1 tan metrik padi bersih. Program MyBeras turut diperkenalkan.

Langkah seterusnya pula, berkuatkuasa serta merta, semua penjualan rumah berharga hingga RM300 ribu terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja. Sementara, bagi projek Perumahan Rakyat berharga RM35 ribu, kerajaan menerusi BSN dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus yang memberi manfaat kepada lebih 10 ribu pemilik rumah. Di samping itu, sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang diberhentikan. Kerajaan juga turut akan menyentuh usaha bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil antaranya seperti  kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai, menstruktur semula saluran jualan rokok, minuman keras dan kenderaan import, mengoptimumkan pendapatan spektrum telekomunikasi, serta kerajaan akan membangunkan beberapa kawasan  strategic millik kerajaan sendiri untuk melaksanaan proses bidaan.
Pengubahsuaian bajet 2016 ini juga menyentuh usaha kerajaan untuk memperkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada dua kategori iaitu tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan bersetuju akan laksanakan program Pengajian dan Penempatan Semula PATI bagi memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutama bekalan dan perkhidmatan menerusi usaha merasionalisasikan pemberian geran.Bagi perbelanjaan pembangunan pula akan memfokuskan kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan dan langkah terakhir bagi kos mengurus dan pembangunan ialah pihak GLC disaran laksana inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja akan dipantau oleh EPU.
Selain itu, kerajaan akan memperhebatkan  sektor pelancongan dengan membuat promosi kepada pelancongan domestik.  Kemudahan kemasukan pelancong asing dipermudahkan dengan memperkenalkan eVisa, serta memberi keistemewaan kepada peancong dari negara China akan diberi Visa Free dengan syarat tempoh berada di Malaysia tidak melebihi 15 hari lawatan sahaja. Program Pemberian BR1M akan terus dilaksanakan. Kerajaan juga akan mengekalkan kadar GST dan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat. Selain itu, kerajaan akan  tetap meneruskan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada para penjawat awam pada 1 Julai tahun 2016 seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet 2016 yang diumumkan sebelum ini serta turut menegaskan bahawa tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam.
Kerajaan juga tetap akan memberi jaminan terhadap ehwal pendidikan antaranya kerajaan telah bersetuju meneruskan  4 program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis , Program Lepasan Bursary bagi 744 pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara serta pengambilan baharu seramai 8,000 pelajar akan diberikan biasiswa untuk ikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam Negara.
            Akhirnya penambahbaikan berkaitan pembangunan fasiliti juga disentuh antaranya 10 UTC seperti di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar akan dibina, projek utama MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High Speed Rail tetap akan diteruskan. Kadar hutang negara juga akan terus berkurang dan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK. Kerajaan juga tidak akan dikenakan kawalan modal tambatan ringgit.  Kerajaan juga akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada AS$ 30-35 setong. Kerajaan komited capai sasaran 3.1 peratus kepada KDNK.
Secara kesimpulannya, perutusan penstrukturan dan pengubahsuaian ini, dinyatakan sama juga seperti perutusan tahun lepas, bukanlah satu bajet yang baharu. Ia masih di dalam ruang lingkup inisiatif serta peruntukan yang telah diluluskan oleh Parlimen bagi Bajet 2016. Daripada apa yang diperjelaskan, rakyat perlu faham bahawa, perihal-perihal bersangkut ekonomi dan fiskal negara, bukanlah perkara-perkara yang mudah dihadam, mahupun difahami oleh semua peringkat. Bahkan, ia tidak sekadar terletak kepada tanggungjawab dan amanah di peringkat tertinggi pentadbiran negara.


Gaya Bahasa dalam Teks Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016


1.     Bahasa Asing (Arab)
Saya mulakan dengan memetik tafsir oleh para ulamak merujuk firman Allahu-Taala dalam surah Al-Insyirah bahawa, pada setiap kesulitan dan dugaan yang kita hadapi, pasti beriring dengannya kesenangan atau kebahagiaan yang berhikmah.

      2.     Anafora
pandanglah yang Satu kepada yang ramai,
pandanglah yang ramai kepada yang Satu,
itulah dia sumber kekuatan.
  
      3.     Epifora
Jadinya, atas situasi yang melanda itu,
Kerajaan yang memimpin pada tempoh itu,
telah mengambil langkah-langkah drastik termasuklah pelaksanaan kawalan modal atau capital control dan tambatan matawang pada 3.8 ringgit berbanding 1 dolar Amerika. 

      4.     Responsi dan Aforisma


Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup,... langit pula tidak selalunya cerah. Menjengah senario ekonomi negara pada tahun lepas, yakni 2015,  Malaysia diuji lagi dengan pelbagai cabaran yang tidak terduga dan berada di luar kawalan kita.  

      5.     Inversi
Hakikatnya ringgit kini di rendah nilai daripada yang sewajarnya, seraya tidak mencerminkan asas-asas ekonomi negara. Oleh itu, ringgit dijangka akan lebih menggambarkan kekuatan sebenar asas ekonomi apabila keadaan pasaran kewangan global kembali stabil kelak, dan harga minyak kembali kepada paras yang lebih munasabah.

      6.     Personafikasi
Menyedari hakikat ini, demi menggalas amanah sebagai Ketua Kerajaan yang bertanggungjawab, bersama Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri, pada hari ini, kita mengambil tindakan proaktif untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan langkah-langkah pengubahsuaian terhadap Bajet 2016.

       7.     Asonansi
Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

       8.     Aliterasi
Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

       9.     Hybrid
Selanjutnya, bagi mempastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.

       10.         Apakop

Tidak cukup sekadar pakej-pakej itu, selanjutnya, selepas sahaja saya mengambil tampuk kepimpinan Negara, pelbagai prakarsa telah Kerajaan rencana dan laksanakan, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN sehingga kini.