1. Bahasa
Asing (Arab)
Saya mulakan dengan
memetik tafsir oleh para ulamak merujuk firman Allahu-Taala dalam surah Al-Insyirah bahawa, pada setiap kesulitan dan
dugaan yang kita hadapi, pasti beriring dengannya kesenangan atau kebahagiaan
yang berhikmah.
2. Anafora
pandanglah yang Satu kepada yang ramai,
pandanglah yang ramai kepada yang Satu,
itulah dia sumber
kekuatan.
3. Epifora
Jadinya, atas
situasi yang melanda itu,
Kerajaan yang
memimpin pada tempoh itu,
telah mengambil
langkah-langkah drastik termasuklah pelaksanaan kawalan modal atau capital
control dan tambatan matawang pada 3.8 ringgit berbanding 1 dolar Amerika.
4. Responsi dan
Aforisma
Hujan panas permainan hari, susah senang permainan hidup,... langit pula tidak selalunya cerah. Menjengah senario ekonomi negara
pada tahun lepas, yakni 2015, Malaysia diuji lagi dengan pelbagai cabaran
yang tidak terduga dan berada di luar kawalan kita.
5. Inversi
Hakikatnya ringgit
kini di rendah nilai daripada yang
sewajarnya, seraya tidak mencerminkan asas-asas ekonomi negara. Oleh itu,
ringgit dijangka akan lebih menggambarkan kekuatan sebenar asas ekonomi apabila
keadaan pasaran kewangan global kembali stabil kelak, dan harga minyak kembali
kepada paras yang lebih munasabah.
6. Personafikasi
Menyedari hakikat
ini, demi menggalas amanah sebagai Ketua Kerajaan yang
bertanggungjawab, bersama Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri,
pada hari ini, kita mengambil tindakan proaktif untuk membuat pengumuman bagi
melaksanakan langkah-langkah pengubahsuaian terhadap Bajet 2016.
7. Asonansi
Malah,
dengan berkat usaha dan doa kita bersama,
mudah-mudahan pertumbuhan
ekonomi domestik akan
terus kekal kukuh, dan berdaya tahan,
serta mampu
menghadapi ketidaktentuan
ekonomi global.
8. Aliterasi
Kedua, Program
Khas Kejuruteraan bagi 200 orang
pelajar ke Jepun,
Korea, Jerman dan Perancis.
9. Hybrid
Selanjutnya, bagi
mempastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, Program MyBrain15, Skim
Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan
diteruskan.
10. Apakop
Tidak cukup sekadar pakej-pakej itu, selanjutnya, selepas sahaja saya
mengambil tampuk kepimpinan Negara, pelbagai prakarsa telah Kerajaan rencana
dan laksanakan, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN
sehingga kini.
No comments:
Post a Comment