Wednesday 12 November 2014

Kesalahan bahasa Melayu pada tanda ingatan, papan tanda, dan iklan.

Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata  dalam bahasa Melayu di tempat awam boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kesalahan seperti di bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang.

Slide1
Slide2
 Slide3

Kisah sedih - Hargailah Pengorbanan Ibu dan Bapa Kita

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”.
Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.
Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”.
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…
HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

sumber dari Facebook

Koleksi Cerita Lucu - Kisah Si Jojo & Jin.

Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko tersebut dan terus menggosok-gosok
teko tersebut lalu...PLING! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit. Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata "Wahai manusia, oleh kerana engkau telah menyelamatkan aku dari
dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"
"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.
"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.
"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku! jawab Jojo terus belalu pergi.

Cerpen Jenaka - Lawak kat sekolah

Ni pengalaman kawan aku masa kat sekolah rendah dulu. Ini cerita betul tau, ade sorang budak kat kelaskawan  aku ni nama dia Kamaruddin, masa tu  kelas BM, cikgu tu plak cikgu kelas kita orang, so masa tu cikgu tanya kamaruddin,
Cikgu: Din tinggal ko sorang je lagi yang tak bayar yuran ni, bila nak bayar ni?

Pastu kamaruddin pun dengan selamba pergi ke depan sambil cakap kat cikgu.

Din: Saya nak bayar la ni cikgu

Kamaruddin ni pun kuarkan la beg duit yg die baru beli, dengan selambanya dia keluarkan kad american experess yang kertas tu untuk bayar yuran, habis satu kelas gelak kan dia, dengan cikgu sekali sakit perut, si Kamaruddin ni pulak mati-mati cakap benda tu boleh beli barang, sampai sekarang kami panggil si Kamaruddin tu, Din American Express...

Cerpen Jenaka - Alim Tapi Nampak Telur

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu. Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...