Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan
lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli
untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar –
laptop yang mana yang ok?”.
Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang
paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat
nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”.
Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.
Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit
tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang
lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan –
aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai,
tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi
tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama
je”, aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke
nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang
kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih
mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan
menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” –
“Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa
geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop
untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari
cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti
kerut wajah bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis
resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang
bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong –
habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit
kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira.
Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit
tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”.
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira
duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku
membayangkan dari
mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya –
penuh harapan.Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya
bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut
awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati
sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang
ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan
rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Amin…
HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.
sumber dari Facebook
No comments:
Post a Comment