Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko
berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko
tersebut dan terus menggosok-gosok
teko tersebut lalu...PLING! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit.
Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata "Wahai manusia, oleh kerana
engkau telah menyelamatkan aku dari
dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"
"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.
"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.
"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam
teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku! jawab Jojo terus
belalu pergi.
No comments:
Post a Comment