A.
i.
Guru mata pelajaran Matematik kelas kami
sentiasa berpakaian kemas kerana pemakaian yang kemas melambangkan personaliti seseorang.
ii.
Beliau sedang mengemaskan barang-barang yang
berselerak di dalam biliknya dengan
bersungguh-sungguh
iii.
Guru itu sedang mengajarkan teknik menulis huruf
dengan betul bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid pemulihan
iv.
v.
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan
tokoh pejuang kemerdekaan negara.
B.
I.
Beberapa buah buku tradisional masakan
tradisional telah saya hasilkan antara tahujn 2000-2006.
II.
Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram
setiap petang
III.
Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh
pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
C.
Ayat yang Salah
I.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan
untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
II.
Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah
sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduiduk
sekitarnya.
III.
Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan
jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
Ayat yang betul
I.
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan
untuk mendukung usaha memasyarakatkan Bahasa Melayu.
II.
Setiap pelupusan sampah hendaklah sentiasa
dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya
III.
Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan
jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun
D.
i.
Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu
dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.
ii.
Keseluruhan penduduk di kampung itu akan bergotong-royong apabila
tiba musim menyemai padi.
iii.
Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat
‘sesetengah/ setengah-setengah’ pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan
kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.