Monday, 1 August 2016

Latihan Bahasa Melayu

A.

                                 i.            Guru mata pelajaran Matematik kelas kami sentiasa berpakaian kemas kerana pemakaian yang kemas melambangkan personaliti seseorang.

                               ii.            Beliau sedang mengemaskan barang-barang yang berselerak di dalam  biliknya dengan bersungguh-sungguh

                              iii.            Guru itu sedang mengajarkan teknik menulis huruf dengan betul bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid pemulihan

                             iv.             

                               v.            Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pejuang kemerdekaan negara.


B.

                             I.               Beberapa buah buku tradisional masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahujn 2000-2006.

                           II.               Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang

                         III.               Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

C.
Ayat yang Salah
                                I.            Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.

                              II.            Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduiduk sekitarnya.

                            III.            Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
Ayat yang betul
                                I.            Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memasyarakatkan Bahasa Melayu.

                              II.            Setiap pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya

                            III.            Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun



D. 

                              i.               Susun atur perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian daripada pekerja syarikat tersebut.

                            ii.               Keseluruhan penduduk  di kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim menyemai padi.

                           iii.               Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat ‘sesetengah/ setengah-setengah’ pihak yang membuat spekulasi tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.






No comments:

Post a Comment