Pertama
kalinya untuk tahun 2017 ini, kita berjumpa dalam tugasan refleksi ketika saya
kini telah mencecahkan kaki dalam kelas tahap 1. Tajuk tugasan yang telah diberi ada saya kali
ini iaitu faedah atau kelebihan yang saya perolehi sewaktu menyertai
pertandingan ragbi peringkat daerah Ulu Langat (MSSD) bermula 23 hingga 25
Januari 2017.
Tahun
2017 ini, Kolej PERMATApintarTM telah menghantar satu pasukan pemain
raghbi ke peringkat daerah. Kami hanya
berkesempatan berlatih selama hampir 2 minggu sahaja. Pasukan kami telah dipimpin oleh seorang jurulatih iaitu Cikgu Khusairi Anwar. Kami telah berhabis-habisan pagi dan petang
berlatih untuk meraih kemenangan pada hari perlawanan kelak.
Perlawanan
kami telah diadakan di SMK Sultan Abdul Aziz Shah ( SAAS ). Hari pertama perlawanan, Kolej PERMATApintarTM
telah dijadualkan dalam perlawanan ketiga.
Kami akan menentang SM Jalan 4. Malangnya perlawanan
pertama kami ini akhirnya tidak menyebelah kepada kami dengan mata 0 – 14. Walaupun kami mengalami kekalahan, sifat
saling mempercayai dan yakin dalam berpasukan, semuanya tidak mematahkan
semangat kami untuk bermain dalam perlawanan seterusnya. Perlawanan kedua pada sebelah petang,kami
telah bertemu dengan SM Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah, perlawanan ini akhirnya membuktikan semangat berpasukan
yang ada dalam perlawanan ini akhirnya membuahkan kemenangan yang membanggakan
kepada kami dengan mata 17-7. Pada
perlawanan hari pertama ini juga, saya dapat menanamkan sifat kerjasama dan
tanggunjawab dalam pasukan dengan mengendalikan urusan pengangkutan dan
penyediaan air batu kepada pasukan saya selain saya sendiri bermain dalam
keadaan kaki saya yang sakit. Kesakitan saya tidak dirasai ketika bermain
sebaliknya teramat sakit apabila saya telah pulang ke asrama dan di dalam bilik
apabila berehat. Jurulatih kami juga
kerap mengingatkan kami agar semangat sepasukan
perlu sentiasa diterapkan agar apa yang diperlukan atau diharapkan dapat
dilaksanakan dengan segera.
Perlawanan pada hari kedua kami telah berlawan dalam 3
perlawanan. 2 perlawanan telah
menyebelahi kami dengan kemenangan dan membawa kami terpilih untuk masuk ke
pusingan akhir pada esok hari. Hari
kedua kami pulang ke kolej dengan semangat yang berkobar-kobar untuk esok
hari. Kami berhajat agar perlawanan pada pusingan akhir dapat membuahkan sesuatu
yang membanggakan kepada kami seterusnya kepada kolej PERMATApintarTM. Akhirnya, pada perlawanan akhir, kami
berjaya merangkul juara bagi kumpulan Bowl.
Kesimpulannya, penglibatan saya dalam pasukan ragbi telah melatih diri
saya lebih berdisiplin dan berkeyakinan.
Semangat perpaduan dan ukhuwah yang rapat di antara ahli pasukan tersangatlah
kukuh. Dengan itulah kemenangan pasukan
akan dapat dikecapai.