Tuesday, 10 October 2017

MSSD U18 ( 23 Februari 2017 )

Pertama kalinya untuk tahun 2017 ini, kita berjumpa dalam tugasan refleksi ketika saya kini telah mencecahkan kaki dalam kelas tahap 1.  Tajuk tugasan yang telah diberi ada saya kali ini iaitu faedah atau kelebihan yang saya perolehi sewaktu menyertai pertandingan ragbi peringkat daerah Ulu Langat (MSSD) bermula 23 hingga 25 Januari 2017.  
            
Tahun 2017 ini, Kolej PERMATApintarTM telah menghantar satu pasukan pemain raghbi ke peringkat daerah.   Kami hanya berkesempatan berlatih selama hampir 2 minggu sahaja.  Pasukan kami telah dipimpin oleh  seorang  jurulatih iaitu Cikgu Khusairi Anwar.  Kami telah berhabis-habisan pagi dan petang berlatih untuk meraih kemenangan pada hari perlawanan kelak.
Sejak saya menyertai pasukan ragbi kolej ini, banyak perkara yang dapat saya belajar dan membentuk diri saya lebih matang dan bertanggungjawab.  Kami sepasukan seperti adik beradik yang saling perlu dan memerlukan agar kami dapat meraih kemenangan. Sifat bantu membantu antara satu sama lain juga dapat dilihat dalam pasukan kami. Jika seseorang daripada ahli pasukan kami yang ada tercedera atau sakit semasa berlatih atau perlawanan, kami akan sama-sama membantu dan merawat apa yang patut.  Selain itu, saya belajar untuk lebih menepati dan menghargai waktu dan masa. Sebagai contoh, jika saya terlewat kerana jika saya lambat, saya akan ketinggalan dan saya akan didenda, dan disini menunjukkan menepati masa sangatlah perlu. Semangat dan nilai seperti ini perlu ada dan disemai untuk mencapai apa yang dihajati dalam berpasukan. Di samping itu faedah yang sememangnya tidak dapat disangkal dalam penglibatan saya  bersama pasukan ragbi ini ialah dapat menyihatkan badan seterusnya kearah mendapatkan berat badan yang ideal bagi diri saya.  Peluh yang keluar ketika bermain dapat menghilangkan toksik badan dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit.







Perlawanan kami telah diadakan di SMK Sultan Abdul Aziz Shah ( SAAS ).  Hari pertama perlawanan, Kolej PERMATApintarTM telah dijadualkan dalam perlawanan ketiga.  Kami  akan  menentang SM Jalan 4. Malangnya perlawanan pertama kami ini akhirnya tidak menyebelah kepada kami dengan mata 0 – 14.  Walaupun kami mengalami kekalahan, sifat saling mempercayai dan yakin dalam berpasukan, semuanya tidak mematahkan semangat kami untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.  Perlawanan kedua pada sebelah petang,kami telah bertemu dengan SM Bandar Baru Bangi.  Alhamdulillah, perlawanan ini akhirnya membuktikan semangat berpasukan yang ada dalam perlawanan ini akhirnya membuahkan kemenangan yang membanggakan kepada kami dengan mata 17-7.  Pada perlawanan hari pertama ini juga, saya dapat menanamkan sifat kerjasama dan tanggunjawab dalam pasukan dengan mengendalikan urusan pengangkutan dan penyediaan air batu kepada pasukan saya selain saya sendiri bermain dalam keadaan kaki saya yang sakit. Kesakitan saya tidak dirasai ketika bermain sebaliknya teramat sakit apabila saya telah pulang ke asrama dan di dalam bilik apabila berehat.  Jurulatih kami juga kerap mengingatkan kami agar semangat sepasukan  perlu sentiasa diterapkan agar apa yang diperlukan atau diharapkan dapat dilaksanakan dengan segera.


Perlawanan pada hari kedua kami telah berlawan dalam 3 perlawanan.  2 perlawanan telah menyebelahi kami dengan kemenangan dan membawa kami terpilih untuk masuk ke pusingan akhir pada esok hari.  Hari kedua kami pulang ke kolej dengan semangat yang berkobar-kobar untuk esok hari.  Kami berhajat agar perlawanan  pada pusingan akhir dapat membuahkan sesuatu yang membanggakan kepada kami seterusnya kepada kolej PERMATApintarTM.  Akhirnya, pada perlawanan akhir, kami berjaya merangkul juara bagi kumpulan Bowl.  Kesimpulannya, penglibatan saya dalam pasukan ragbi telah melatih diri saya lebih berdisiplin dan berkeyakinan.  Semangat perpaduan dan ukhuwah yang rapat di antara ahli pasukan tersangatlah kukuh. Dengan  itulah kemenangan pasukan akan dapat dikecapai.


No comments:

Post a Comment