Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di
tempat awam boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak
jenaka. Bagi pelajar yang baru belajar mengeja atau orang asing yang
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kesalahan seperti di
bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka
melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang.
Wednesday, 12 November 2014
Kisah sedih - Hargailah Pengorbanan Ibu dan Bapa Kita
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan
lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli
untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar –
laptop yang mana yang ok?”.
Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.
Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”.
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin…
HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.
sumber dari Facebook

Koleksi Cerita Lucu - Kisah Si Jojo & Jin.
Sewaktu berjalan-jalan di Pulau Pangkor, Jojo terjumpa sebuah teko
berwarna perak terdampar di tepi pantai. Jojo pergi ke arah teko
tersebut dan terus menggosok-gosok
teko tersebut lalu...PLING! Maka keluarlah seekor jin berperut buncit. Jin itu ketawa kahkahkah, sambil berkata "Wahai manusia, oleh kerana engkau telah menyelamatkan aku dari
dalam teko ini, aku benarkan kau membuat satu permintaan! Nescaya akan aku tunaikan!"
"Yakah?" jawab Jojo seolah tidak percaya kata-kata jin perut buncit tersebut.
"Adakah engkau tidak percaya kata-kataku wahai manusia?" tanya jin dengan nada marah.
"Bukan tak percaya. Sedangkan tadi aku yang selamatkan kau dari dalam teko, inikan pula kau nak tunaikan permintaan aku! jawab Jojo terus belalu pergi.

Cerpen Jenaka - Lawak kat sekolah
Ni pengalaman kawan aku masa kat sekolah rendah dulu. Ini cerita betul tau,
ade sorang budak kat kelaskawan aku ni nama dia Kamaruddin, masa tu kelas
BM, cikgu tu plak cikgu kelas kita orang, so masa tu cikgu tanya
kamaruddin,
Cikgu: Din tinggal ko sorang je lagi yang tak bayar yuran ni, bila nak bayar ni?
Pastu kamaruddin pun dengan selamba pergi ke depan sambil cakap kat cikgu.
Din: Saya nak bayar la ni cikgu
Kamaruddin ni pun kuarkan la beg duit yg die baru beli, dengan selambanya dia keluarkan kad american experess yang kertas tu untuk bayar yuran, habis satu kelas gelak kan dia, dengan cikgu sekali sakit perut, si Kamaruddin ni pulak mati-mati cakap benda tu boleh beli barang, sampai sekarang kami panggil si Kamaruddin tu, Din American Express...

Cerpen Jenaka - Alim Tapi Nampak Telur
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut
manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah
sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba
di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu. Ayam : Kambing,
pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Monday, 27 October 2014
Surat Kiriman Rasmi
Muhamad Al Hakim Bin ‘Asri
No 55 Jalan Lingkaran Puteri 2,
Taman Bandar Baru Tangkak,
85000 Johor,Ledang
Johor Darul Takzim
Yang Berbahagia,
Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor,
Penaung Program Permata
62505 Putrajaya 1
MEI 2002
Puan
JEMPUTAN KE
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IC GATE DI PUSAT PEMATAPINTAR NEGARA
Berhubung perkara di atas,saya sebagai pelajar Permata Pintar,ingin memohon kerjasama Datin untuk Merasmikan Program IC Gate seterusnya merasmikan AUDITORIUM Pusat Permatapintar Negara.
2. Kami
memohon untuk merasmikan program tersebut seperti mana berikut:
Nama Program: IC GATE
Tarikh :18 Disember
2014
Hari :Khamis
Masa :8.00 pagi
hingga 5 petang
Tempat : Auditorium
Pesatpermata Pintar Negara,Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Bersama-sama
ini,saya sediakan cadangan laporan yang telah kami sediakan.
Keperihatinan dan pertimbangan yang
sewajarnya daripada Datin Seri terhadap jemputan ini amatlah dihargai dan
didahului dengamn ucapan ribuan terima kasih. Sekian.
MUHAMAD AL HAKIM BIN ‘ASRI
Pelajar Permatapintar Negara
No 55 Jalan Lingkaran Puteri 2,
Taman Bandar Baru Tangkak,
85000 Johor,Ledang
Johor Darul Takzim
Monday, 20 October 2014
Gelaran atau pangilan kehormat
Dalam pergaulan dgn masyarakat yg lebih besar,pangkat dan status merupakan faktor penting dlm menentukan bahasa sapaan yg di gunakan.
Bahasa yg di gunakan hendaklah mempunyai unsur sopan,hormat, dan budi bahasa yg tinggi.Gelaran atau pangilan kehormat berdasarkan pangkat ataupun meliputi;
Gelaran keturunan
Gelaran anugerah
Gelaran ikhtisas.
Gelaran Warisan.
Gelaran warisan di sebut juga gelaran keturunan.Terbahagi kpd 4 jenis,iaitu;
►Gelaran warisan drp raja-raja.
Contoh;Raja=Perak,Selangor.
Tunku/Ungku=Johor,Kedah.
►gelaran warisan drp keturunan orang besar-besar.
Contoh;Abang =sarawak.
Datu=sabah
►Gelaran drp keturunan Nabi Muhamad s.a.w.
Contoh;Syed,Syaid,
►Gelaran warisan yg berada di luar malaysia
Contoh;Raden=Jawa,Sultan=Arab
Gelaran kurnian ikhtisas.
Di perolehi sebagai hasil kejayaan seseorang dalam bidang akedemik atau ikhtisas.contoh;
Gelaran keagamaan.
Gelaran ini biasanya di kurniakan kepada orang yg beragama islam seperti orang yg menunaikan fardhu haji dan orang yg berpengetahuan dalam bidang agama.contoh;
Haji @ hajah=utk lelaki @ perempuan yg menunaikan fardhu haji di Mekah.
Lebai=utk lelaki yg berpengetahuan dlm bidang agama islam.
Gabungan gelaran
Gabungan kurniaan kerajaan,warisan dan ikhtisas mestilah mendahului semua gelaran lain.Contoh;
Kekeluargaan+keagamaan=Mak Haji,Pak Haji.
Pergaulan tak bersahaja + keagamaan=Tuan Haji.
kekeluargaan+warisan=Pak Ungku.
Warisan+Keagamaan=Tengku Hajah Hermayantie,Raja Haji Alimin.
Kurnian kerajaan+ikhtisas+warisan+keagamaan=Tan Sri Profesor Raja Haji Osman.
Wednesday, 8 October 2014
Pra Bajet 2015
PASIR SALAK: Tiga aspek iaitu pertumbuhan ekonomi,
meningkatkan kedudukan fiskal dan peningkatan kos sara hidup menjadi
fokus utama dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10
Oktober ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah.
Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji ketiga-tiga aspek tersebut supaya ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.3 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Apabila membuat belanjawan, kita tidak boleh melakukannya secara 'adhoc'. Kami akan memastikan terdapat kesinambungan daripada sebelum ini, semasa dan akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak di sini, Ahad
Katanya usaha untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi yang mampan menjadi faktor utama supaya matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.
"Selain itu, kita mahu mempastikan kedudukan fiskal adalah kukuh dari segi pendapatan.
"Ia mesti mampan, dan ini bermakna LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Jabatan Kastam dan agensi lain adalah kukuh dan pendapatan bertambah untuk pembangunan negara," katanya.
Katanya belanjawan pada kali ini juga memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dengan melengkapi mereka dengan kemahiran tinggi.
Beliau berkata nisbah gaji pekerja di negara ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ialah 33 peratus dan negara perlu mencapai 40 peratus dan ke atas untuk menjadi negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020.
Ahmad Husni berkata untuk memastikan Bajet 2015 memenuhi kehendak rakyat, beberapa pandangan yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan individu dipertimbangkan.
"Kita akan mengkaji mana-mana cadangan atau pandangan yang boleh membawa manfaat untuk meningkatkan ekonomi negara ke peringkat lebih tinggi," katanya
Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/21/bajet-2015/

Petua Jimat Petrol
Tahukah anda bahawa ada jalan untuk jimat minyak kereta tanpa kurangkan jarak dan kekerapan perjalanan anda sebagaimana biasa?
Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan yang lebih baik, selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.
Sebagai rakyat biasa kita tak ada kuasa untuk ubah keputusan kerajaan yang berpendapat masanya telah tiba untuk naikkan harga minyak.
Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.30 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.
Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar dari poket.
Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:
Selamat memandu dan bergembiralah dengan aktiviti jimat minyak kereta!!! Hidup perlu diteruskan.
Sumber : By Hann Liew.
Semua orang yang ada kenderaan sendiri dah tahu yang harga minyak kereta naik. Tak ada pilihan yang lebih baik, selain dari berusaha cari jalan untuk jimat minyak kereta.
Sebagai rakyat biasa kita tak ada kuasa untuk ubah keputusan kerajaan yang berpendapat masanya telah tiba untuk naikkan harga minyak.
Sekarang harga Ron95 dan jadi RM2.30 seliter. Itu jenis minyak yang biasa kita guna sejak harga minyak asyik naik kebelakangan ini.
Apa yang kita boleh buat dalam menghadapi situasi ini adalah mengawal penggunaan petrol. Kita perlu jimat minyak kereta untuk jimatkan jumlah duit yang keluar dari poket.
Berikut 5 langkah mudah untuk jimat minyak kereta:
- Buka boot kereta dan kosongkan – Ini langkah mula yang cukup mudah dan penting untuk kita laksanakan. Ada orang yang suka sumbat macam-macam benda ke dalam boot keretanya. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk teruskan aktiviti tersebut. Untuk jimat minyak kereta, anda mesti kurangkan beban yang dibawa oleh kereta. Jika sukar untuk kurangkan berat badan sendiri, maka kurangkanlah berat bebanan barang yang dibawa oleh kereta anda. Kotak barang, set golf, besi buruk dan lain-lain sila humban keluar dengan segera.
- Jangan isi minyak penuh – Ya! anda lancarkan perjalanan kereta jika isi minyak separuh sahaja dari ‘full tank’. Berat akan berkurangan sebanyak 0.7 kilo setiap satu liter yang anda kurangkan. Jika kita kurangkan 10 liter, bermakna berat kereta berkurangan sebanyak 7 kilo!. Kita boleh jimat minyak kereta bila bebanan berkurangan.
- Masukkan angin ngam dengan tayar – Jangan biarkan walau sedikitpun tayar kempis untuk jimat minyak kereta. Tayar kempis membebankan enjin untuk tarik kereta berjalan. Baca panduan pada tayar atau pada spesifikasi kereta jumlah angin yang sesuai. Anda boleh lihat pada sticker dekat frame pintu kereta untuk ketahui had angin optimum.
- Pergi servis kereta ikut jadual – Jangan lupa buat tuning kereta ke tahap optimum yang sesuai setiap kali servis. Lancarkan engin dengan tukar minyak enjin ikut jadual. Kelancaran enjin membuatkan pembakaran optimum dan sekali gus anda boleh jimat minyak kereta. Di samping itu minyak enjin yang sesuai juga penting untuk kelancarannya. Semak dengan pakar atau pembuat kereta anda.
- Ubah cara memandu – Pastikan anda tak bawa laju dengan melihat rpm sentiasa di bawah 2500 rpm. Pakai gear tinggi dengan segera, tukar gear sebelum 1500 rpm. Gear tinggi menjimatkan minyak. Bila berhenti pula jangan mengejut. Selangkah demi selangkah adalah lebih baik. Ini bermakna jangan tekan minyak untuk laju bila nampak lampu orange dan terpaksa brake mengejut sebab tak lepas. Jangan main brake tanpa sebab, ini membebankan kereta, oleh itu berhati-hati dan peka banyak membantu.
Cukuplah setakat 5 petua mujarab di atas
untuk jimat minyak kereta. Jika anda amalkannya pasti boleh jimat
minyak kereta sehingga ke tahap 30%….tak percaya cuba sendiri dan
selepas itu berikan komen di bawah.
Sumber : By Hann Liew.
Takwim Peperiksaan
TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2014 | |
---|---|
UPSR | |
Ujian Bertulis |
9-11 September 2014 (Selasa - Khamis) |
SPM | |
Ujian Bertulis |
3 November - 2 Disember 2014 (Isnin - Selasa) |
STPM | |
Ujian Lisan | proses perbincangan |
Ujian Bertulis | proses perbincangan |
STAM | |
Ujian Lisan |
7-11 Julai 2014 (Isnin - Jumaat) |
Ujian Bertulis |
13-15 Oktober 2014 (Isnin - Rabu) 20-21 Oktober 2014 (Isnin - Selasa) |
SPM (ULANGAN) | |
Ujian Bertulis |
9-12 Jun 2014 (Isnin - Khamis) |
STPM 2014 | |
Peperiksaan Penggal 2 Ujian Lisan Bahasa Arab Peperiksaan Penggal 3 |
19 - 22 Mei 2014 22, 23, 24, 25 September dan 29, 30 September 2014 3, 4, 5, 6, November dan 10 November 2014 |
MUET SESI JULAI 2014 | |
Ujian Speaking Ujian Bertulis |
17, 18, 19 Jun dan 23, 24, 25 Jun 2014 5 Julai 2014 |
Sunday, 31 August 2014
Logo dan Tema Kemerdekaan Zaman Dahulu hingga kini
Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13
tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54
tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian
Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)