Monday 11 January 2016

Berita Re-Orientasi Pelajar lama menggunkan Bahasa Melayu Tinggi I


BANGI, Selasa – Peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi impian setiap insan yang bergelar pelajar apatah lagi jika dapat direalisasikan di Kolej Pusat  PERMATApintar Negara, Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.  Situasi ini menjadi realisasi kepada 210 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri semula di Kolej PERMATApintar untuk sesi persekolahan bagi tahun 2016.  

Sempena menyambut semula kedatangan pelajar lama ini,  pihak PERMATApintar telah mengadakan program minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai Hari Re-orentasi Pelajar Lama.

Program yang di adakan di auditorium, dimulai dengan cetusan informasi daripada  Puan Pengarah iaitu Prof. Datuk Dr. Noriah Bt. Mohd Ishak.  ‘Mindset’ telah  menjadi tajuk ceramah beliau.  Tidak ketinggalan juga,  Prof. Dr. Rorlinda Bt. Yusof selaku Penyelas Hal Ehwal Pelajar turut sama menyampaikan ceramah berkaitan etika dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai pelajar di PERMATA. 

Aktiviti pada sebelah petangnya lebih menjurus kepada taklimat daripada bidang kauseling oleh beberapa orang kaunselor.  Aktiviti penutup bagi hari Re-orentasi kali ini ialah taklimat ringkas daripada penyelaras kokurikulum, En. Mior Muhammad Saiful Nizan. Pelajar diminta mengemaskini pilihan kokurikulum mereka secara online. 
(152 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment