Tuesday 19 January 2016

Petikan membincangkan impak negatif terhadap penggunaan internet

Antara natijahnya ialah masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas di samping mengubah cara manusia berkomunikasi yang boleh menimbulkan krisis.  Selain dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral  dan bahan imperialisme yang meruntuhkan nilai-nilai murni bangsa, internet juga menyebabkan pelangggaran hak cipta penerbitan tanpa izin pemegang hak ciptaanya. Internet juga menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan.  Seperkara lagi, internet turut menjadikan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Antara cara-cara mengawalnya ialah memantau dan menghadkan penggunaan internet oleh  ibu bapa.  Selain itu, kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang jenayah siber serta menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral.

Kesimpulannya, penyalah gunaan internet ini perlu dibendung dan semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya.

                                                                                                              [ 120 patah perkataan ]

No comments:

Post a Comment