Tuesday, 25 March 2014

Pantun Teka-teki

Pantun Teka-teki
Dari jauh sudah ternampak,
Tinggi di awan tidak berkepak,                  
Bagai hendak menjulang langit,
Tegak lurus bukannya bukit.
 (menara)
               
Pelbagai jenis bukannya antik,
                Dipakai orang bukannya subang,
Ada yang buruk ada yang cantik,
                Tersemat di baju sebagai lambang.
(lencana)
Kuat dan lurus bukannya kental,
                Jikalau putus boleh ganti,
Apakah benda panjang berpintal,
                Banyak gunanya sudahlah pasti.
(tali)
Tiada berkaki tiada beroda,
                Dalam ar ia bergerak,
Sejak dahulu sudahlah ada,
                Sangat berguna tak kira jarak.                   
                                             (perahu)                                                                                                                                                             
Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang ;
Kalau Tuan bijak pintar;
Ular apa membelit pinggang?
(Tali Pinggang)

Ada mata tidak dapat melihat
Biasanya is seperti sengat,
Tetapi ia bukannya jahat
                Dengan si benang dia bersahabat (jarum)

Suatu benda mirip manusia
                Takutkan burung adalah tugasnya,
Di sawah lazimnya digunakan ia,
                Cuba teka siapa ia?          (orang-orang)

Di laman rumah ada rumput
                Ditepi rumah ada paya,
Sekali pandang macam siput,
                Bergerak di atas jalan raya.
(lori pembancuh simen)

Bunga raya bunga cina,
                Sejenis buah menjadi raja,
Kulitnya tajam berdiri pula,
                Kalau pandai cubalah teka.(durian)

Sekali dilihat boleh diagak,
                Dipakai sepasang bukannya tiga,
Silalah  jawab jikalau bijak,
                Apakah benda dipakai telinga. (subang)


Nukilan:Muhamad Al Hakim 'Asri
            (Sekolah Permata Pintar Negara)

Pantun Malaysia



Pantun Malaysia

Gula Melaka dari seberang,  
     Lemak tidak manis pun tidak,
Mengapa dipuji negara orang,
     Negara sendiri dikenal tidak.

Sarat  perahu bermuat pianag,
    Singgah berlabuh di Kuala Daik,
Tarikan di Malaysia pasti dikenang,
    Alamnya cantik, rakyatnya baik.

Gelang kaki di kaki kiri,
    Gelang tangan di tangan kanan,
Sungguh cantik negaraku ini,
    Setiap ketika dalam ingatan.

Bangun pagi setiap hari,
   Bawa pelancong riuh berkocak,
Menara KLCC segak berdiri,
   Dari bawah hingga ke puncak.

Anak sembilang dalam kuali,
   Masak berebcah serai berlada,
Pelancong rindu datang kembali,
   Kerana Malaysia hati tergoda.
 
Malam hari mimpi pelik,
   Jatuh bulan atas riba,
Kuala Lumpur sibuk selalu celik,
   Pelbagai ragam pelbagai bangsa.

Bunga terbesar bunga rafflesia,
    Menjadi teman Si Periuk Kera,
Nilai yang pasti satu Malaysia,
    Kesetiaan kepada raja dan negara.

Sehari suntuk bersengkang mata,
    Mencari ilmu sepanjang hayat,
Satu Malaysia sebulat kata,
     Bukti sepakat pemimpin dan rakyat.

Molek berkebaya Si Anak Dara,
    Berlenggang-lengguk penuh tarikan,
Strategi utama penyatuan negara,
      Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Hening subuh azan bergema,
   Liatnya hendak membuka mata,
Pemimpin cemerlang berganding bersama,
   Makmurkan Malaysia negara tercinta.


 Nukilan:Muhamad Al Hakim Bin 'Asri
               (Sekolah Permata Pintar Negara)


























Pantun Jenaka



Pantun Jenaka

Bersiar-siar bersama kakak,
     Di tepi jalan terlihat kepompong,
Adik tertawa terbahak-bahak,
     Melihat ayam makan kedondong.

Menyusur perlahan Si Ular Sawa,
    Menjadi tarikan Si Burung Helang,
Kalau hendak hati tertawa,
    Tariklah bibir ke arah belakang.

Lebuhraya kota bersegi
    Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
     Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
    Masuk rumah bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
    Melihat adik bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
     Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
    Belacan setongkol dibedal juga

















Limau purut di tepi rawa,
     Buah diambil belum masak,
Sakitnya perut menahan tawa,
    Melihat kucing duduk berbedak.

Ikan gabus dirawa-rawa,
    Ikan belut tersangkut dijaring,
Perutku sakit menahan ketawa,
     Gigi palsu loncat ke piring.

Bapa pendekar mengait jala
    Pegang tali melintuk-liuk
Kesian pengerusi menggaru kepala
    Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
     Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh anak helang
    Nampak lembu pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
     Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
    Kucing di dapur pening kepala


Nukilan:Muhamad Al Hakim 'Asri

Pantun Ilmu



Pantun Ilmu

Jika pergi ke pekan Alor Setar,

       Jangan lupa ke pekan Rabu,

Jika kita kepingin pintar,
      Jangan lupa  menuntut ilmu.  
                             

Menjala puyu terkena keli,
     Tok Mudin  seronok di kampung sebelah;
Tiada ilmu meranalah diri,
       Bagaikan pokok tidak berbuah.


Jika kita makan petai,
      jangan lupa makan duku,

Jika kita ingin pandai,
     Rajin-rajinlah baca buku.



Anak ayam turun sembilan,
      Mati satu tinggal delapan,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
      Tapi jangan sampai putus harapan.



Anak gadis di atas perahu,

      Mendayung perahu menuju seberang,

Hidup kita mesti berilmu,

      Barulah hidup disanjung orang.



Berlari si anak tidak berbaju,

      Berlari menuju ke tengah jalan,

Berusahalah gigih mencari ilmu,

      Demi kebaikan masa hadapan.

 

Tanah tandus penuh batu,
      Tanah subur selalu di gembur,
Jika orang banyak berilmu,
     Sihat walafiat panjang umur.



Pen  hitam untuk menulis,
      Pensil warna untuk melukis,
Ilmu dipelajari tak pernah habis,
      Turun temurun ke setiap waris.



Buah mengkudu buat hidangan,

    Mari dihidang di atas pinggan,

Tuntutlah ilmu jauh di perantauan,

     Menjadi panduan masa hadapan.



Mari Kita mendaki gunung,

       Jangan lupa pakai sepatu,

Menuntut ilmu janganlah bermenung,

       Asalkan pandai menggunakan waktu.