Tuesday, 25 March 2014

Pantun Malaysia



Pantun Malaysia

Gula Melaka dari seberang,  
     Lemak tidak manis pun tidak,
Mengapa dipuji negara orang,
     Negara sendiri dikenal tidak.

Sarat  perahu bermuat pianag,
    Singgah berlabuh di Kuala Daik,
Tarikan di Malaysia pasti dikenang,
    Alamnya cantik, rakyatnya baik.

Gelang kaki di kaki kiri,
    Gelang tangan di tangan kanan,
Sungguh cantik negaraku ini,
    Setiap ketika dalam ingatan.

Bangun pagi setiap hari,
   Bawa pelancong riuh berkocak,
Menara KLCC segak berdiri,
   Dari bawah hingga ke puncak.

Anak sembilang dalam kuali,
   Masak berebcah serai berlada,
Pelancong rindu datang kembali,
   Kerana Malaysia hati tergoda.
 
Malam hari mimpi pelik,
   Jatuh bulan atas riba,
Kuala Lumpur sibuk selalu celik,
   Pelbagai ragam pelbagai bangsa.

Bunga terbesar bunga rafflesia,
    Menjadi teman Si Periuk Kera,
Nilai yang pasti satu Malaysia,
    Kesetiaan kepada raja dan negara.

Sehari suntuk bersengkang mata,
    Mencari ilmu sepanjang hayat,
Satu Malaysia sebulat kata,
     Bukti sepakat pemimpin dan rakyat.

Molek berkebaya Si Anak Dara,
    Berlenggang-lengguk penuh tarikan,
Strategi utama penyatuan negara,
      Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Hening subuh azan bergema,
   Liatnya hendak membuka mata,
Pemimpin cemerlang berganding bersama,
   Makmurkan Malaysia negara tercinta.


 Nukilan:Muhamad Al Hakim Bin 'Asri
               (Sekolah Permata Pintar Negara)


























No comments:

Post a Comment