Pantun Teka-teki
Dari jauh
sudah ternampak,
Tinggi di awan tidak berkepak,
Bagai hendak menjulang langit,
Tegak lurus bukannya bukit.
(menara)
Pelbagai jenis bukannya antik,
Dipakai orang
bukannya subang,
Ada yang buruk ada yang cantik,
Tersemat di baju
sebagai lambang.
(lencana)
Kuat dan lurus bukannya kental,
Jikalau putus
boleh ganti,
Apakah benda panjang berpintal,
Banyak gunanya
sudahlah pasti.
(tali)
Tiada berkaki tiada beroda,
Dalam ar ia
bergerak,
Sejak dahulu sudahlah ada,
Sangat berguna tak
kira jarak.
(perahu)
Jika tuan
membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang ;
Kalau Tuan
bijak pintar;
Ular apa membelit pinggang?
(Tali Pinggang)
Ada mata tidak dapat melihat
Biasanya is seperti sengat,
Tetapi ia bukannya jahat
Dengan si benang
dia bersahabat (jarum)
Suatu benda mirip manusia
Takutkan burung
adalah tugasnya,
Di sawah lazimnya digunakan ia,
Cuba teka siapa
ia? (orang-orang)
Di laman rumah ada rumput
Ditepi rumah ada
paya,
Sekali pandang macam siput,
Bergerak di atas
jalan raya.
(lori pembancuh simen)
Bunga raya bunga cina,
Sejenis buah
menjadi raja,
Kulitnya tajam berdiri pula,
Kalau pandai
cubalah teka.(durian)
Sekali dilihat boleh diagak,
Dipakai sepasang
bukannya tiga,
Silalah jawab jikalau bijak,
Apakah benda
dipakai telinga. (subang)
Nukilan:Muhamad Al Hakim 'Asri
(Sekolah Permata Pintar Negara)
No comments:
Post a Comment