Pandangan
saya tentang kehilangan pesawat MH 370
Benar kehilangan pesawat MH 370 yang sudah masuk lebih sebulan bermula 8 Mac 2014 lalu, boleh dianggap aneh dan ia mengegarkan dunia. Para pemimpin dan ketua-ketua jabatan tertentu negara kita sendiri sudah pening dan bingung memikirkannya. Setakat ini tidak ada apa-apa 'solusi' berhubung kehilangan pesawat B777-200 itu. MISTERI MH370 MENGGEMPARKAN DUNIA! Kita semakin hari semakin lemas dengan isu MH 370. Banyak isu-isu penting yang lain karam dan tenggelam disebabkan MH370.
Dari satu
sudut kehilangan membingungkan semua orang itu telah membantu usaha
memperkenalkan negara ini di mata dunia. Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014,
turut mendapat kesan kelabaan dari kejadian itu. Kenapa tidak, dalam sekelip
mata saja nama Malaysia menjadi pertuturan negara-negara di seluruh dunia.
Orang makin mengenali dan pandai menyebut perkataan MALAYSIA dan nama Malaysia
Airline System juga menjadi sebutan.
Tetapi sayangnya kehebatan nama negara kita dalam warna dan variasi yang tidak begitu menyenangkan. Negara kita mendapat kesan langsung atas tragedi itu. Kesan yang kita dapat ialah kesan negatif dan tidak berapa elok untuk sesebuah negara. Reputasi pembangunan dan kemajuan negara kita sedikit terjejas.
Tetapi sayangnya kehebatan nama negara kita dalam warna dan variasi yang tidak begitu menyenangkan. Negara kita mendapat kesan langsung atas tragedi itu. Kesan yang kita dapat ialah kesan negatif dan tidak berapa elok untuk sesebuah negara. Reputasi pembangunan dan kemajuan negara kita sedikit terjejas.
Bilakah kali terakhir pesawat itu
dikesan?
Penerbangan
MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal
trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.
Gambar
dalam imej radar yang menujukkan kedudukan terakhir pesawat MH730 sebelum
hilang.
Pesawat
ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau,
Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga
Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China.
Tiada
isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai
cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Siapa yang berada di dalam
penerbangan MH370?
Pesawat
MAS hilang terhempas membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak
kapal (krew) yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara. Senarai bilangan penumpang dan krew yang terlibat
dalam kehilangan pesawat MH730 mengikut negara adalah seperti di bawah :-
gerakan mengesan dan menyelamat MH 370?
Pesawat MH370 Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia telah
terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara di Malaysia pada awal
pagi Sabtu lalu dan menyebabkan gerakan mencari dan menyelamat besar-besar
telah dilakukan melibatkan pelbagai negara.
Berikut adalah senarai negara-negara yang terlibat secara rasmi dan penuh dalam usaha mencari dan mengesan MH370 yang dipercayai dilarikan oleh individu atau kumpulan yang mempunyai kepakaran mengawal kapal yang tinggi.
Selain Malaysia, gerakan
besar-besaran ini juga turut dibantu oleh Malaysia, Australia,
Bangladesh, Brunei,China, France, India, Indonesia, Japan, Kazakhstan, Kyrgyzstan,
Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan,
Philippines, Russia, Singapore, South Korea, Thailand, Turkmenistan, UAE, UK,
US, Uzbekistan, dan Vietnam.
Kerajaan
Malaysia mengerahkan pelbagai agensi dalam misi mencari dan menyelamat pesawat
MH730 yang masih gagal dikesan. Operasi
pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang
udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim
dan polis dari negara-negara yang terlibat.
Kesimpulan
padangan saya daripada apa yang saya baca
tentang sebab kehilangan MH 370.
Setiap
manusia termasuk saya pastinya inginkan penjelasan terutamanya seperti krisis
MH370 yang sukar untuk dijelaskan. Disebabkan
kekurangan maklumat, ramai yang mempunyai teori-teori masing-masing seperti
teori rampasan sehingga yang pelik seperti rampasan makhluk asing begitu jugalah saya.
Berikut adalah beberapa pandangan daripada pembacaan saya:
1. Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi/palsu. Dua penumpang yang ditemui telah menaiki MH370 menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri. Sebenarnya sama ada dua orang penumpang berkenaan yang dikenali dengan nama Pouria Nour Muhammad Merdad dan Delavar Seyed Muhammad Reza masih belum sahih apakah mereka menaiki pesawat berkenaan, dan apa lagi bertanggungjawab dengan kehilangan itu. Jadi tanggapan buruk dan negatif kepada keduanya yang membawa kesan buruk ke atas negara kita dan MAS, tidak perlu diperbesar-besarkan atau 'gampang gelong' membuat kesimpulan yang mereka adalah pengganas.
Berikut adalah beberapa pandangan daripada pembacaan saya:
1. Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi/palsu. Dua penumpang yang ditemui telah menaiki MH370 menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri. Sebenarnya sama ada dua orang penumpang berkenaan yang dikenali dengan nama Pouria Nour Muhammad Merdad dan Delavar Seyed Muhammad Reza masih belum sahih apakah mereka menaiki pesawat berkenaan, dan apa lagi bertanggungjawab dengan kehilangan itu. Jadi tanggapan buruk dan negatif kepada keduanya yang membawa kesan buruk ke atas negara kita dan MAS, tidak perlu diperbesar-besarkan atau 'gampang gelong' membuat kesimpulan yang mereka adalah pengganas.
Persoalannya, adakah pasport
dicuri berkaitan dengan kehilangan pesawat? Kehadiran 2 penumpang dengan
pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada
isu pemerdagangan manusia.
Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Kita hanya boleh menjawab soalan ini jikalau kotak hitam pesawat itu ditemui.
2. Adakah kemungkinan berlakunya serangan
pengganas?
Pihak MAS tidak menolak
sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar
penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa
ini. Apabila
melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi
sempadan Asia tenggara,, CIA bantu
dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.
Namun
diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.
Kenapa
CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa
media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.
US cuba
menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...
MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.
Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.Yang pasti pesawat tidak terhempas dan tidak dirampas.
3. Saya
juga difahamkan ada kemungkinan kehilangan ini disebabkan oleh dimensi lain. Contohnya, bagaimana jika lohong hitam (atau
'black hole') menyebabkan kehilangan MH370?
Sebelum penemuan sebuah 'objek ' di Lautan Hindi, pembaca berita CNN Don
Lemon bertanya kepada tetamu jemputannya jika lohong hitam itu mungkin menyedut
pesawat tersebut dan ia kini dalam dimensi lain. Lohong hitam kecil akan menyedut
seluruh alam semesta, jadi kita tahu ia tidak berlaku . Mungkin juga boleh dikaitkan dengan kehilangan misteri seperti dengan makhluk
asing. Sesetengah orang mendakwa
bahawa UFO dikesan pada radar sebelum kehilangan pesawat itu.
4. MH370
cuba berpatah balik ke KLIA sebelum pergerakkannya hilang dari radar, adakah
pesawat mengalami masalah? Berdasarkan rakaman radar Tentera
Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat
kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya
terputus.
Namun,
sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan
pesawat tersebut cuba berpatah balik. Keadaan
cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih
daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981.
Malaysia
Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula
merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden.
Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada
tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula.
Kali terakhir pemeriksaan dilakukan
adalah pada 10 hari lalu sebelum penerbangan.
Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90
darjah. Sekiranya pesawat terbang terus,
kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam
pesawat. Semasa flight hilang dari radar
pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit
kawalan trafik di negara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini
menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang
udara Malaysia..Mengapa?? Jalan yang
mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia
lokasi itu? Masih menjadi tanda tanya....
5. Pemasalahan ini juga dikaitan dengan
seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita. Siapakah dia?
Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat
tersebut. Beliau adalah seorang pilot
yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS.
Beliau sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan
MAS.
Untuk
menentukan hala tujuan pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh
mengawalnya. Pesawat ini bukanlah pesawat
komersial buatan US daripada syarikat Boeing.
Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot
lain dalam MAS.
Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing di
landasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Beliau pernah mendaratkan Boeing bersaiz
besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu. Di sini sudah ada satu petunjuk bahawa
pesawat ini sudahpun ditarget oleh individu tertentu. Kerana apa?
Saya rasa kerana pesawat ini membawa pelbagai aset berharga, antaranya
Kapten Zaharie sendiri dan sekiranya pesawat dikehendaki melakukan misi terahsia
maka kepakaran Kapten Zaharie sangat-sangat diperlukan. Saya tidak mengandaikan Kapten Zaharie
terlibat sevara langsung sekiranya laporan pesawat dirampas adalah benar. Sebaliknya Kapten Zaharie adalah seorang yang
baik dan sedang menjalan tugasnya dengan patuh dan taat.
RUMUSAN TERKINI PANDANGAN SAYA
2) Empat orang China yang mempunyai kepakaran dalam bidang kimia dan biologi di dalam pesawat.
3) 27 anak Malaysia yang berada di dalam pesawat adalah dari syarikat motorola yang pakar dalam IT.
4) Boeing 777 sebelum bertolak ke beijing baru kembali dari Pakistan.
5) Pasport 2 orang yang hilang tidak di report pada interpol.
6) Semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia.
7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yang tidak dapat dijangkau.
8) 4 Bilionair China berada di dalam flight tersebut
No comments:
Post a Comment