Pada
hari ini,saya telah bangun pada pukul 6:45 pagi. Setelah bangun,saya terus
mandi. Selepas mandi,saya memakai baju PJ. Jadinya,tidak perlu memakan masa
yang lama. Setelah itu,saya ke dewan makan. Menu sarapan pagi pada hari ini
ialah kuey teow dan nugget. Selepas makan,saya ke dewan makan untuk bersedia
kerana hari ini saya akan membacakan doa. Kini tibalah masanya untuk membaca
doa. Sewaktu turun dari atas pentas,mereka memuji saya kerana saya membaca doa
yang panjang.
Selepas perhimpunan, saya dan rakan
sekelas menunggu di dewan untuk waktu
Pendidikan Jasmani. Kerana ketiadaan cikgu,saya bermain sukan kesukaan saya
yang saya mahir iaitu ping pong. Saya telah bermain bersama Presiden sekolah,
Achmad Bakhtiar. Selama 20 minit bermain bersamanya,dia terus berhenti main
kerana cikgu PJ telah sampai. Jadi,saya dan kawan saya mengemas meja ping pong
lalu ke ke kelas PJ. Di kelas Pj,saya telah membuat jurnal.
Selepas itu,saya ke kelas sebelah untuk
matapelajaran English. Saya menyambung kerja saya. Pada pukul 10:00 pagi, kami
turun ke dewan makan untuk makan. Selepas makan,saya ke kelas Matematik.
Setelah beberapa minit,saya menelefon cikgu kerana hendak mengetahui ada kelas
atau tidak? Cikgu berkata dia akan sampai dalam beberapa minit lagi,dia
menyuruh kami menyiapkan kerja Math tajuk’ Algebraic Expression ii’. Beberapa
minit kemudian,dia sampai. Alhamdullilah,saya hanya salah 3 soalan sahaja
daripada 57 soalan. Selama dua jam berada di dala kelas,maka berakhirlah
P&P untuk waktu pagi. Sebelum balik,salah seorang kelas kami yang
‘homesick’ menangis kerana dia tidak
faham dan menyalahkan pelajar lelaki lain yang melemahkan semangatnya. Orangnya
ialah Hairul Hafiz . Selepas itu, kami pergi makan. Selepas makan,saya balik ke
bilik lalu tidur.
Pada
pukul 2:15 petang,saya bangun lalu terus
solat. Saya berangkat dari bilik pada 2:27 petang. Subjek Kimia adalah kelas
pada petang ini. Di dalam kelas ini, kami telah diajar elektron dan kami telah diberi latihan. Sewaktu Kimia,saya telah membawa coklat ke kelas. Hafiz meminta saya. Saya bukannya nak tak nak bagi,sebab coklat sedikit sahaja. Jadinya saya,terpaksa tipu sunat cakap sudah bar terakhir. Saya berharap dia tidak kedekut kerana hari itu saya telah meminta dia,tapi dia tak beri kerana hari tu dia ada banyak.
Selepas tamat waktu Kimia, kami ke dewan makan untuk makan. Selepas makan,saya balik
ke bilik. Saya menyiapkan sedikit jurnal. Selepas iu,saya telah membuat tugasan
subjek KImia. Pada pukul 5:35 petang saya tidur sebentar sehingga pukul 6:20
petang. Selepas itu,saya mandi dan bersiap untuk turun solat. Sewaktu prep,saya
mendapati bahawa hari ini komet boleh dilihat menggunakan teleskop. Selepas
prep,saya turun ke tepi surau untuk membeli murtabak maggi. Selepas itu,saya dibertahu
tahu bahawa tiada aktiviti melihat komet
dibatalkan kerana cuaca yang tidak
mengizinkan. Saya terus balik ke bilik dan menyiapkan jurnal. Selepas saya
menyiapkan jurnal ,saya terus tidur.
-Jika fikiran anda negatif, maka anda akan selalu melihat keindahan hidup sebagai penderitaan. Jika fikiran anda selalu positif, maka anda akan melihat segala musibah sebagai kenikmatan.-
-Jika fikiran anda negatif, maka anda akan selalu melihat keindahan hidup sebagai penderitaan. Jika fikiran anda selalu positif, maka anda akan melihat segala musibah sebagai kenikmatan.-
No comments:
Post a Comment