Pada hari ini,saya bangun agak
lewat. Saya rasa badan saya lemah.Tangan saya menyentuh dahi dan terasa
panas.Saya letakkan tangan saya depan mulut dan menghembusnya.Terasa bahang
panas nafas saya.Berat sungguh untuk berdiri.Saya gagahkan juga.Saya ke pantri
untuk mengambil wudhu’ lalu masuk ke bilik dan solat. Setelah itu, dengan
langkah yang longlai saya kuatkan juga ke bilik mandi.Harapan saya setelah saya
mandi tentu panas badan saya surut.Hari ini ada merentas desa.Jadi saya kena
juga kuatkan semangat.Inilah kali pertama saya akan menyertai larian merintas
desa diPermata.Walaupun badan ini memang rasa lemah saya tetap seronokkan hati
untuk sama-sama menyertai larian merintas desa itu.
Pada pukul 7.30 pagi,saya turun ke dewan serbaguna untuk aktiviti memanaskan
badan. Selepas itu,kami bersedia untuk merentas desa. Mula-mula,level 1 dan
level 2 lelaki yang bergerak dahulu diikuti foundation 1 lelaki.Kemudian
barulah pelajar perempuan bermula level 1,level 2 dan foundation 1. Saya
berlari bersama Hafiz. Permulaan berlari, saya telah terasa hendak muntah tapi
saya cuba melupakannya.Saya tidak berlari tetapi berjalan sahaja. Walaupun begitu,
dada ini rasa berat dan penat untuk bernafas.Saya tetap masih berjalan tapi
semakin mahu terasa hendak termuntah.Tiba-tiba Cikgu Zaim menahan saya dari
depan dan menyuruh saya supaya berhenti. Cikgu Zaim menyuruh saya menaik kereta
kawannya lalu kawannya menghantar saya pulang ke dewan serbarguna. Selepas
itu,saya berehat.Tapi saya rasa bersyukur kerana dapat juga mengelurkan peluh
supaya panas badan saya kurang. Selama kira-kira 15 minit kemudian,sampailah
dua orang pelajar foundation 1 iaitu Syed dan Kamal berlumba di garisan
penamat. Pemenangnya ialah Syed.
Selepas acara merentas desa tamat,saya terdengar Muhammad Nabil memberitahu kepada rakan lain bahawa saya telah putus asa. Sedihnya hati saya, kerana dia tanpa usul periksa telah menuduh dan mengata saya.Saya bersabar lalu ke dewan makan. Apabila sampai di dewan makan, makanan masih belum tersedia. Kerana tidak larat saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik.Sampai di bilik,saya berehat sekejap untuk menghilangkan peluh dan mandi.Setelah itu,saya ke dewan makan semula dan dalam pukul 10.15 saya balik semula ke bilik.Saya rasa badan ini begitu lemah sekali dan matapun panas dan susah untuk buka.Saya pun baring atas katil dan tertidur.
Selepas acara merentas desa tamat,saya terdengar Muhammad Nabil memberitahu kepada rakan lain bahawa saya telah putus asa. Sedihnya hati saya, kerana dia tanpa usul periksa telah menuduh dan mengata saya.Saya bersabar lalu ke dewan makan. Apabila sampai di dewan makan, makanan masih belum tersedia. Kerana tidak larat saya mengambil keputusan untuk pulang ke bilik.Sampai di bilik,saya berehat sekejap untuk menghilangkan peluh dan mandi.Setelah itu,saya ke dewan makan semula dan dalam pukul 10.15 saya balik semula ke bilik.Saya rasa badan ini begitu lemah sekali dan matapun panas dan susah untuk buka.Saya pun baring atas katil dan tertidur.
Pada pukul 12.45 tengah hari,tiba-tiba saya terdengar deringan
telefon.Rupa-rupanya ibu saya menelefon saya.Dengan malas dan tidak berdaya dia
menyuruh saya agar bangun dan turun ke bawah kerana mereka sudah sampai.
Selepas itu,saya bangun lalu ke pantri membasuh muka lalu turun ke bawah untuk
menjumpai mereka. Selepas itu,kami ke Masjid UKM bersama ayah,ibu dan kakak.Pada
pukul 2.15,saya pulang kembali ke Permata lalu kami makan bersama di pondok . Makanan
yang dibawa oleh ibu saya ialah makanan kegemaran saya iaitu rendang daging.Baiklah
ibu saya bawa hidangan tengah hari buat kami sekeluarga.Hari ini saya memang
tidak larat untuk ke dewan makan. Selepas makan,saya bersiap untuk pulang.Kali
ini saya tidak pulang ke rumah tetapi saya sekeluarga ke rumah pak cik sebelah
ayah.Esok kakak saya ada temuduga di Kolej MARA Banting.Sebelum itu, saya
menyiapkan sedikit lagi tugasan Kimia dan Biologi yang perlu dihantar hari ini
juga.
Kami tiba di rumah pakcik saya lebih kurang pukul 8.45 malam.Kebetulan
malam itu,pak cik saya mengadakan kenduri bacaan Yasin. Setelah memasukkan
barang-barang ke dalam bilik, saya yang kepenatan cuba juga kuatkan diri untuk
menolong apa yang patut.Tapi saya masuk semula ke dalam bilik untuk mandi dan
solat.Saya menjengah ke luar dan lihat ramai tetamu telah pulang.Pak cik dan
ayah mengajak saya makan.Tapi menu mi hoon yang dihidangkan adalah menu yang
kurang saya gemari.Jadi saya hanya makan nuget ayam sahaja.Sebelum tidur saya
buka laptop dan menyiap sedikit tugasan video Jepun.Hampir 12.30 malam saya pun
tidur.
Life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it.
No comments:
Post a Comment