Tuesday, 15 April 2014

Jurnal - Selasa (15 April 2014)


 Pagi ini saya bangun pagi hampir sebelum pukul 6.00 pagi.  Setelah solat subuh,saya segera menyiapkan sedikit lagi tugasan Chemistry untuk dibentangkan hari ini. Sebenarnya pagi ini liat untuk bangun tapi hendak siapkan tugasan Chemistry saya terpaksa bangun awal juga.Saya turun ke dewan makan untuk bersarapan pada pukul 7.00pagi.Hari ini menunya ialah lontong.


                Waktu pertama hari ini ialah matapelajaran PJK.  Cikgu Rezwan tiada kerana Cikgu Rezwana ada latihan sofball.  Saya mengambil kesempatan membuat tugasan Chemistry lagi. Nak tambah dan betulkan sikit-sikit tugasan itu. Waktu English, Miss Diana pun tiada.  Jadi saya menyambung lagi tugasan Chimistry lagi.  Saya dimaklumkan Miss Diana tiada kerana ke pertandingan ‘public speacking’.  Waktu minum pagi saya turun semula ke dewan makan.

                Hari ini semasa matepelajaran Matematik, saya telah belajar Algebric Expressions ii. Saya cuba memahami tajuk yang diajar supaya tidak ketinggalan.Hampir dua jam kami belajar matematik,akhirnya waktu makan saya terus ke dewan makan semula.Hari ini saya makan dengan cepat kerana dalam hati hendak balik ke bilik hendak tidur.  Badan rasa terlalu penat dan mata mengantuk sangat.  Saya terus buka pintu dan baring di atas katil.Sebelum itu, saya telah mengunci jam loceng agar saya bangun pukul 1.50 tengah hari.Saya bangun, solat dan mula membuat jurnal untuk hari ini.Setelah pukul 2.20 petang saya bersiap untuk kelas ke kelas petang.

                Waktu petang adalah matapeljaran Chemistry.  Saya telah siap tugasan bersama dengan Muaz. Saya sedih rupa-rupanya tugasan kumpulan saya dan Muaz salah tajuk.  Saya kecewa kerana telah bersusah payah buat hingga larut malam dan sambung lagi ke pagi tapi rupanya ada kesilapan.  Tapi saya kuatkan semangat kerana kita belajar daripada kesilapan.Setelah habis waktu Chimistry, kami mengikut kelas seni persembahan.  Saya diberi pilihan watak Mak atau orang Perak.  

                Habis, sahaja kelas petang ini, saya terus balik ke bilik.Mula-mula ingat hendak tidur semula tapi teringatkan banyak tugasan yang tidak siap saya tidak jadi hendak tidur.Saya cuba membuat semula tugasan Chismistry.Kumpulan saya diminta bentang pada hari Rabu. Setelah hampir siap saya menyambung semula buat jurnal.  Saya ke dewan makan setelah melihat jam sudah lebih 6.30 petang. Balik dewan makan, saya sambung semula buat jurnal.Saya menyaipkan diri untuk ke surau dan prep.

                Malam ini, semasa prep saya menyiapkan biologi.  Saya juga menyiapkan sedikit sahaja tugasan matematik. Malam ini semasa prep saya rasa sungguh mengantuk sekali dan tidak dapat beri tumpuan langsung.  Habis waktu prep saya terus balik ke asrama.  Saya terus kebilik dan menyiapkan diri tukar baju tidur.  Saya sambung semula siapkan jurnal.  Setelah siap, saya terus tidur kerana terlalu mengantuk.
                            -Strive not to be a success, but rather to be of value-

No comments:

Post a Comment