Tuesday, 29 April 2014

Jurnal-Isnin (28 April 2014)

         
                Hari ini macam biasa semua pelajar akan berkumpul untuk ke perhimpunan.Apabila hari Isnin sahaja, saya akan sedih sebab tidak dapat memakai uniform Permata yang lengkap seperti rakan-rakan lain.Seluar yang diberi kepada saya untuk menggantikan yang koyak telah diberi tapi tidak muat untuk saya.Terpaksalah saya pakai seluar lain dahulu.

              Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 6.05 pagi. Niat saya pada pagi ini ialah bangun untuk melaungkan azan seperti hari itu, Saya terus ke surau. Alangkah terkejutnya saya,jemaah pada hari ini hanya empat orang sahaja. Dua orang sedang baca doa manakala dua orang sedang solat dan saya baru sahaja nak mula  solat. Selepas solat,saya ke dewan makan. Menunya ialah mi dan sosej. Selepas makan,saya ke bilik mandi untuk mandi. Selepas mandi,saya bersiap lalu ke perhimpunan Isnin.

               Hari ini, semasa perhimpunan,beberapa pasukan yang mewakili Permata telah menerima pingat bagi kemenangan yang telah dicapai.Terdapat tiga kumpulan iaitu  kumpulan softball,hoki dan taekwando telah menerima pingat yang dimenangi. Walaupun saya tidak terlibat dan menyertainya,saya tetap turut gembira dan bangga atas kejayaan yang dimenangi oleh wakil Permata kerana kami adalah satu keluarga.

              Seperti biasa, selepas perhimpunan,saya ke kelas jati diri. Hari ini,kami menjawab soalan kuiz. Selepas waktu jati diri,kami ke dewan makan. Saya telah makan popia dua keping,mi sedikit dan susu horlick. Selepas makan,saya ke kelas English. Disebabkan cikgu tiada kerana cuti pembedahan,saya membuat jurnal.  Selepas tamatnya waktu English,kami bergerak ke kelas seterusnya iaitu kelas Bahasa Melayu. Kami ditugaskan supaya membuat puisi/sajak berkenaan kekejaman Zionis. Kami juga ditugaskan untuk membuat tugasan yang berada di blog cikgu. Selepas waktu Bahasa Melayu,saya dan rakan sekelas ke dewan makan untuk makan. Selepas makan,saya balik ke bilik lalu solat. Selepas saya solat saya tidur. Saya tidur pada pukul 1.25 petang sehingga 2.20 petang. 

                Selepas itu,saya ke kelas Biologi. Pelajaran hari ini kami bermain di luar kelas dan di dalam kelas. Selepas waktu Biologi,saya ke kelas Fizik. Di dalam kelas Fizik,kami masih belajar pelajaran hari itu kerana tajuk linear motion agak mengelirukan. Selepas waktu Fizik,saya ke dewan makan. Selepas makan,saya ke asrama lalu solat. Selepas solat,saya telah pergi bermain ping-pong. Perlawanan hari ini sangat seronok kerana saya dapat menewaskan lebih 8 orang. Antara lawan yang kuat  dapat saya kalahkan ialah Zuhdi,Mursyid,Tey Kay Yang dan Wardina. Apabila berjumpa dengan Mursyid buat kali ketiga,pada waktu itulah saya tewas dalam ‘Deuce’ . Pada pukul 6.30 petang,saya telah ke dewan makan bersama Izwan untuk makan. Menunya ialah ikan masak lemak cili api dan telur. 

              Selepas makan,saya balik ke bilik lalu bersiap untuk ke surau. Saya turun ke surau pada pukul 7.00 malam kerana tidak sabar hendak melaungkan azan. Sekarang,hati saya berasa tenang selepas saya sudah dapat peluang melaungkan azan lagi-lagi waktu subuh. Selepas saya azan,saya ke dewan serbaguna untuk solat. Seperti biasa,kami solat maghrib,bacaan hadith,pengisian ilmu,solat isya dan ke prep. Di prep,saya telah membuat jurnal dan vocabulary. Sehabisnya prep,saya pulang ke hostel dan tidur.Sememangnya apabila balik prep saya tidak dapat melakukan tugasan yang banyak selain bersihkan badan dan baca sekejap sebelum tidur.

  Pendidikan adalah senjata paling mematikan, karena dengan itu Anda dapat mengubah    dunia

No comments:

Post a Comment