Saturday, 19 April 2014

Jurnal - Jumaat (18 April 2014)



Pagi ini seperti biasa saya akan bangun pukul 6.00pagi dan seperti biasa juga memang liat.Setelah solat saya baring untuk tidur semula.Tapi mata ini pejam sahaja tidur tidak.Saya lihat jam hampir pukul  6.30pagi saya segera pergi ke dewan makan untuk bersarapan.20 minit kemudian saya pulang ke asrama.  Niat di hati hendak bersiap pergi ke sekolah.  Pagi ini hujan.Saya memakai baju melayu kerana hari ini hari Jumaat. Setelah siap bersamping.  Saya pergi ke bilik Zoey dan Amir untuk mengejutkan mereka untuk ke sekolah. Kemudian saya terus ke bilik semula untuk mengambi beg sekolah. 

Saya terus sahaja ke perhimpunan pagi seperti biasa. Waktu Sejarah, saya diberitahu hari ini cikgu tiada kerana ada urusan. Saya menyambung tugasan bahasa Jepun dan buka jurnal sekejap untuk menyambung cerita pada hari Khamis yang belum siap sedikit sahaja lagi.  Setelah itu, kami diberitahu kelas  Matematik juga tiada hari ini.Saya seronok sebab boleh sambung semula buat tugasan saya.  Setelah hampir pukul 10.00 saya ke dewan makan untuk bersarapan.Saya makan popia dan donut.

Setelah rehat, saya naik ke kelas semula. Waktu matapelajaran Falsafah, cikgu telah memberi komen tugasan yang telah saya hantar.  Cikgu memberitahu tugasan saya bagus tapi tidak cukup kuku.Cikgu pun kata Hakim sorang sahaja yang baru hantar dan Hakim dapat 10 markah daripada 20.Lagi 10 tu, Hakim kena kukuhkan hujah.Selepas itu, waktu Spritual Circle,kena baca Al Mathurat dan selepas itu tiba waktu makan tengah hari.

Setelah makan, saya balik ke asrama.Saya lihat ayah Zoey, uncle Man sudah sampai untuk mengajak saya ke masjid solat Jumaat.Saya telah ke masjid UKM bersama ayah Zoey.Saya pulang juga bersama mereka.Setelah itu saya ambil kesempatan untuk tidur sebentar sebelum berjumpa dengan cikgu M. Nor.Setelah itu saya ada latihan nasyid di makmal Muzik.Hari ini saya main alat muzik kena komen. Sakit hati juga kerana sepatutnya mereka yang pandai itu bimbinglah saya bukannya memperlekehkan saya.Saya baru tukar main alat muzik itu kerana alat yang saya pandai telah dimainkan oleh rakan lain.Saya reda.

            Pulang dengan perasaan sakit hati tapi penuh semangat. Balik solat dan siapkan jurnal.Selesai  siapkan jurnal,rehat  sebentar  sebelum pergi ke dewan makan. Pada pukul 6:30 petang saya pergi mandi.Selepas itu, pergi makan. Di dewan makan,saya dapat tahu pasukan hoki dan softball dapat nombor 3. Balik dari dewan makan saya bersiap  untuk solat maghrib. Seleps solat Maghrib,ada bacaan hadith,sewaktu Syamil 1K2 membacakan hadis ,Ustaz menegurnya kerana tidak membaca keterangannya. Selepas  ceramah. solat Isyak, balik ke bilik dan siapkan jurnal dan buat tugasan English sedikit.Mata dah mengantuk, saya tidur hampir pukul 12 malam.          

                                         You miss 100% of the shots you don’t take 

No comments:

Post a Comment