Pada
hari ini,saya dikejutkan oleh seorang abang senior yang mengajak saya dan abang
bilik saya ke surau. Pada mulanya,agak liat untuk bangun,tetapi mengenangkan
solat berjemaah hebat pahalanya, akhirnya saya pergi. Selepas solat subuh di surau,saya
ke dewan makan untuk mengambil sarapan. Lauknya hari ini agak sedap iaitu nasi
goreng berlaukkan telur. Selepas makan,saya ke bilik semula untuk mengemas
katil saya lalu saya terus ke tandas untuk mandi. Selepas mandi,saya telah diberikan
pendrive oleh Ketua Darjah agar memindahkan persentation Kimia saya atas arahan Cikgu Mad
Nor(Guru Kimia). Selepas itu ,saya bersiap untuk pergi ke perhimpunan pagi.
Sebelum saya pergi ke perhimpunan,saya pergi ke bilik Zoey untuk mengajaknya ke
perhimpunan,alangkah terkejut apabia saya melihat dia lena terbaring sambil
komputernya dalam keadaan terbuka. Saya terus mengejutkannya tetapi dia masih
tidak bangun. Jam telah menunjukkan 7:30,saya telah lambat ke perhimpunan lalu
saya terpasa meninggalkan Zoey kerana saya takut saya akan didenda.
Alhamdullilah,saya
masih tidak lambat kerana ada beberapa murid yang lain lambat juga,jadinya saya
tidak malu. Sewaktu di perhimppunan,kami membacakan Al-Fatihah kepada abang senior ‘Fast Treck’
yang akan menduduki temuduga Petronas pada pagi ini. Selepas itu,seorang abang
senior datang ke atas pentas bagi mengumumkan kelas yang akan diduduki buat sementara waktu atas sebab digunakan oleh
pihak Petronas bagi tujuan temuduga.
Selepas itu,kami terus ke kelas masing-masing.
Sewaktu perjalanan ke kelas,saya telah menerima mesej dari cikgu Agama Islam
kerana dia sibuk. Sewaktu matapelajaran Agama Islam, saya telah menyiapkan beberapa
tugasan saya yang belum siap. Selepas tamat waktu Agama Islam,kami ke kelas Sejarah.
Pada hari ini,kami telah diberikan tugasan berkumpulan. Tajuk kumpulan saya
ialah berkaitan Khulafa Ar-Rasyidin. Kumpulan kami memilih saya untuk
memperbentangkannya atas alasan kecekapan dan keberanian saya dalam perucapan. Selepas waktu Sejarah,kami
turun ke dewan makan. Selepas makan,saya ke Makmal Biologi 2. Hari ini,kami
diarahkan untuk membuat lab report berdasarkan ‘result’ yang telah direkodkan
pada eksperimen lepas. Setelah waktu Biologi habis,kami ke kelas sementara kami
untuk mempelajari Bahasa Melayu. Setelah beberapa minit menunggu kedatangan
cikgu,barulah kami tahu kami tidak dapat belajar Bahasa Melayu kerana ketiadaan
guru.
Selepas
itu,kami turun ke dewan makan untuk makan tengah hari. Di dewan makan,saya
berbual dengan seorang abang yang akan ditemuduga nanti. Dia berkata dia
mengambil bidang ‘Mechanical Engineering’ Selepas makan,saya ke bilik lalu saya
ke tandas untuk mandi dan saya balik ke bilik semula,lalu tidur. Jam loceng
yang saya kunci berbunyi tepat pada pukul 2:15. Saya bangun lalu ke pantri
untuk mengambil wudhu lalu solat. Selepas solat,saya bersiap untuk ke kelas Bahasa Jepun. Pada kelas kali ini,saya telah mengetahu sedikit sebanyak nombor Jepun dari 1
hingga 1000. Kami juga belajar cara memperkenalkan diri serta orang lain dan
kami belajar cara menyebut umur. Selama 2 jam belajar,maka tamatlah pembelajaran
pada hari ini. Saya balik ke bilik.
Pada
waktu petang,saya menyiapkan sedikit jurnal. Pada pukul 6:37,saya turun ke
dewan makan untuk makan malam. Selepas makan,saya ke biik semula untuk mandi.
Selepas mandi,saya turun ke dewan seberguna untuk solat. Selepas solat, kebiasaanya
ada bacaan hadith,saya berasa begitu kecewa kerana saya masih belum berpeluang
untuk membaca hadith. InsyaAllah, saya berharap masanya sampai juga nanti. Kemudia,aktiviti
malam ini ialah FORUM yang bertajuk dakwah dan ukhuwah. Selepas itu,kami
menunaikan solat Isyak sebelum ke prep. Sewaktu prep,saya telah
menyambung semula tugasan Jepun bersama
seorang kawan saya yang fasih dalam berbahasa Jepun. Selepas habis prep,saya ke
bilik lalu ke tandas dan terus menukar
baju tidur. Sebelum tidur macam biasa saya terpaksa menyiapkan
sedikit jurnal. Malam ini terlalu
mengantuk jadi jurnal yang sedikit lagi untuk hari ini sebenarnya saya sambung buat
pada hari Jumaat.
I attribute my success to this: I never gave or took any excuse
I attribute my success to this: I never gave or took any excuse
No comments:
Post a Comment