Wednesday, 16 April 2014

Jurnal - Rabu (16 April 2014)



                Hari ini hendak bangun pagi masih liat.  Penat semalam masih ada.  Saya bangun pukul 6.00pagi tapi sambung tidur lagi pukul 6.30 pagi.  Saya segera solat dan pergi ke dewan makan.  Saya makan mi teow dan sosej.  Setelah makan, saya balik semula ke bilik untuk bersiap pergi ke sekolah.  Saya cuba menyiapkan sedikit sahaja soalan matematik.

                Hampir pukul 7.30 pagi saya bergegas pergi ke perhimpunan.Pagi ini perhimpunan seperti biasa, tiada yang luar biasa.  Selepas itu, saya ke makmal komputer sewaktu matapelajaran Elektif.  Saya telah menyambung semula tugasan Chemistry.Saya juga telah belajar Matematik dengan Murthadza.  Saya dapat belajar tentang nombor.Setelah pukul 10.00 pagi, saya segera ke dewan makan.  Hari ini saya makan semula mi teow semula sebab terasa lapar pula. Setelah makan, saya ke makmal chesmistry.Cikgu Mohd Nor mengajar kami hari ini cara membuat laporan makmal.  Setelah waktu Muzik, kami pergi ke bilik Muzik.Hari ini kami tidak belajar kerana Dr. Ridzwan berbincang dengan Cikgu Fairuz mengenai ‘event sains’.

                Pada pukul 12.30 saya ke dewan makan semula untuk makan tengah hari.  Tapi sebelum sampai saya bertembung dengan seorang pelajar UITM .  Dia telah menegur saya bertanyakan bilik untuk  menjawab UKM 2 bagi permohonan biasiswa.  Saya telah membantu menunjukkan jalan ke bilik tersebut.  Setelah itu barulah saya menuju semula ke dewan makan untuk makan tengah hari. Hari ini saya tidak makan banyak kerana masih terasa kenyang makan mi teow tadi.  Saya segera ke asrama dan mendapatkan katil saya.  Saya memang rasa hendak tidur tetapi terpaksa tangguhkannya kerana hendak membuka laptop untuk membuat jurnal.  Saya dapat buat dua perenggan sahaja. Saya pun solat dan tidur sekejap.Pukul 2.15petang saya bangun dan bersiap untuk ke kelas.  

                Sampai di makmal fizik rupa-rupanya tiada kelas hari ini.  Kami buat kerja sendiri.  Setelah hampir pukul 3.30petang, saya pulang ke asrama.  Saya menyambung semula membuat jurnal.  Saya juga menyambung membuat kerja matematik.  Saya rasa macam bosan pula asyik duduk di dalam bilik.Hampir pukul 5 petang,saya keluar untuk bermain badminton.  Saya bermain sekejap sahaja kerana setelah itu, saya pergi bermain ping pong pula.  Hari ini saya menang hanya sekali sahaja.  Hampir pukul 6.30 saya ke dewan makan untuk makan.

                Sampai di asrama, saya membersihkan diri dan mandi.  Saya menyiapkan kelengkapan untuk dibawa ke kelas prep.Setelah masuk waktu Mahgrib,saya ke Dewan Serbaguna untuk menunaikan solat berjemaah.  Saya sempat bermain ‘chicken leg’ dengan kawan-kawan sementara menunggu masuk waktu Isya’. Perkara yang tidak dapat disangka dan melucukan di sini, sebelum hendak ke kelas prep seorang rakan telah terkencing dan saya telah terpijak air kencing itu.  Eee, betul-betul geram dibuatnya.  Saya segera keasrama untuk membasuh kaki saya.  

                Malam ini kami prep di dewan makan. Kelas kami telah digunakan untuk temuduga esok hari.  Waktu prep saya mengulangkaji pelajran sedikit dan sambung buat matematik. Setelah pukul 10.30 saya pulang ke asrama.  Setelah membersihkan diri dan menukar baju tidur, saya menyambung semula jurnal saya.  Setelah itu barulah saya tidur dalam pukul 12.00 malam.

- Two roads diverged in a wood, and I took the one less traveled by, and that has made all the difference.-

No comments:

Post a Comment