Tuesday, 22 April 2014

Jurnal - Isnin (21 April 2014)



                Pada hari ini,saya telah bangun pada pukul 6.35 pagi. Seperti biasa saya, solat tetapi hari ini saya tidak turun makan awal kerana saya mahu membersihkan bilik kerana hari ini saya dimaklumkan akan dijalankan ‘spotcheck’. Walaupun bilik saya sudah bersih tetapi saya mengemas juga sedikit-sedikit mana yang boleh dikemas. Pada pukul 7.15pagi, saya ke dewan  untuk makan. Kira-kira pukul 7.25 pagi pula saya bersama kawan sekelas pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan rasmi. Pada minggu ini, kelas saya iaitu 1K3 yang akan menguruskan atur cara majlis. 

                Semasa perhimpunan, Prof Madya Dr. Mohd Arif mengucapkan tahniah kepada Pelajar Permata Pintar kerana dapat membuat dewan ini besih walaupun semalam diadakan Hari Keusahawanan. Selepas perhimpunan, kami pergi ke bilik gerakan pelajar untuk  mempelajari ‘Self Development’. Hari ini kami belajar cara-cara mengenali emosi seseorang  yang sedang marah ,sedih,malu,takut dan gembira. Kami juga telah menonton suatu cerita lalu kami perlu menghuraikan apakah emosi tersebut,bagaimanakah mahu mengawal dan pelbagai lagi soalan. Pada pukul 10.30 baru kami keluar untuk makan ke dewan makan walaupun kami tahu waktu makan sudah habis. Alhamdulillah, Dr. Rorlinda sudah membenarkan kami untuk ke dewan makan. 

Selepas makan,saya ke kelas English. Kami telah dikhabarkan oleh cikgu bahawa pada hari ini,kami ada ujian English. Kami telah diberikan masa dalam lima belas minit sahaja. Kerana masa yang singkat dan soalannya agak susah,ini telah menyebabkan saya tidak sempat menjawab tiga soalan itu.Kerana itulah saya mendapat 7/10  Selepas waktu English,kami ke makmal bahasa untuk mempelajari Bahasa Melayu. Rupanya,cikgu masih bercuti sempena hari perkahwinannya. Sewaktu ketiadaan cikgu,saya telah membuat tugasan  Kimia dan jurnal. Selepas  30 minit melakukannya,saya telah melayari laman internet dan bermain game buat masa yang agak singkat juga.Saya dimaklumkan cikgu akan naik ke sekolah pada hari Khamis nanti. Pada pukul 12.37 tengah hari,saya turun ke dewan makan untuk makan. Seperti biasa, selepas makan,saya ke bilik dan niat utama saya untuk tidur bagi memberi tenaga semula sebelum ke kelas petang.

                Pada petang ini,saya susah hendak tidur lalu saya mengajak Kay Yang, 1K1 untuk datang ke bilik sambil membawa telefonnya kerana saya mahu main game head soccer di HP nya kerana dia sudah mempunyai Character yang ‘Power’. Selama kira-kira 10 minit,saya terus mengantuk lalu tidur manakala dia bermain tab saya kerana dia menolong saya untuk ‘unlock chracter’ yang ‘power’. Pada pukul 2:15 saya bangun. Saya ke kelas agak lewat kerana saya sakit perut. Biologi adalah kelas pada petang ini. Kelas pada petang in, kami akan  menyambung lab report ditambahkan dengan membuat graph negatif. Selepas waktu Biologi, kami terus ke kelas Fizik yang berada di tingkat atas. Linear motion adalah pelajaran yang kami belajar pada hari ini.

                 Antaranya bagaimana hendak mendapat ‘Velocity’ ialah ‘Displacement over Time taken’ Selepas waktu Fizik,saya balik ke bilik lalu solat dan terus tidur. Sewaktu hendak bangun tidur,tiba-tiba badan saya rasa tidak bermaya untuk bangun,saya terus menyentuh  dahi saya yang panas. Saya tengok jam,jam sudah menunjukkan 6:40 petang tetapi saya terus sambung tidur sambil menyelubungi badan dengan selimut. Pada pukul 7:05,abang sebilik  saya membangunkan saya.Saya kuatkan semangat walaupun memang berat rasa badan ini tetapi saya gagahkan juga. Saya terus  minum air masak dua cawan. Saya ke tandas dengan keadaan menggigil. Saya hanya mandi menggunakan sabun badan sahaja. Saya tidak membasuh kepala,hanya basahkan sedikit sahaja dengan air. Selepas itu,saya baru teringat bahawa kelas 1K3 perlu mengangkat sejadah ke dewan. Saya cuba berjalan ke sana sini agar peluh keluar sambil dalam keadaan lapar. Sebelum mengangkat,saya ke dewan makan dan saya lihat hanya ada nasi dan ikan sahaja,lauk lain sudah habis. Saya mengambil lalu saya menjadikan kicap sebagai kuah untuk  lauk ini. 

                Pada pukul 7.15malam saya ke surau untuk mengambil sejadah,tetapi rupanya ia sudah diangkat. Saya berlari ke Dewan Seberguna,akhirnya peluh keluar,baru rasa lega sedikit . Selepas solat Maghrib,ada bacaan hadis,mereka memberi peluang kepada saya untuk baca. Selepas membaca  hadis.Saya begitu gembira kerana mereka memuji saya kerana saya baca lain daripada orang lain kerana saya memberikan hujah sebelum membacanya. Selepas itu, kami ditayangkan video. Video ialah ‘Dunia Akhir Zaman’ .

           Di dalam video tersebut,ia menyatakan bahawa zaman paleolitik,Mesolitik,Neolitik zaman gangsa dan Zaman Logam adalah tidak benar. Dalang yang telah membuat kita tertipu itu ialah Charles Darwin. Dia juga telah membuat satu teori bahawa kita berasal daripada beruk dan Nabi Muhammad selepas Zaman Logam. Saya besetuju dengan video itu,tetapi,janganlah kita menulis di kertas peperiksaan bahawa semua itu bohong. Dapat markah kosong nanti. Selepas itu,kami menunaikan solat Isyak. Selepas solat Isyak,saya terus berlari ke bilik lalu terus ke tandas kerana tidak tahan. Hampir 10 mint di tandas. Selepas itu,saya bergegas ke bilik untuk ke prep. Saya menyambung membuat jurnal saya yang agak panjang ditinggalkan. Setelah habis prep,saya balik ke bilik lalu tidur.

          -If people are trying to be your down,it only means that you are above them-

No comments:

Post a Comment