Tuesday, 15 April 2014

Jurnal - Isnin (14 April 2014)





Pada hari ini,saya telah bangun agak lewat sedikit iaitu pada pukul 6:55 pagi dan bergegas untuk  solat. Selepas bangun,saya mengemas katil saya seperti mana saya mengemas katil saya setiap hari dan saya juga mendapat khabar bahawa fellow akan membuat spotcheck pada hari ini. Selepas itu,saya mandi. Pagi ini, saya bersemangat dengan memakai pakaian seragam Permata untuk ke sekolah. Sebenarnya kecewa sedikit kerana seluar Permata yang baru saya dapat telah terkoyak minggu lalu dan masih belum saya perolehi. Saya segera ke dewan makan untuk makan. Hari ini menunya ialah mi goreng,sosej dan nugget.  10 minit kemudian,saya terus ke tapak perhimpunan untuk perhimpunan rasmi  Permata. Prof. Noriah telah mengucapkan tahniah dan berbangga kepada semua pelajar Permata Pintar kerana telah berjaya membersihkan bilik dan asama masing-masing. Dalam ucapannya juga,beliau berharap agar perkara ini dapat berterusan. 


Selesainya perhimpunan tadi,saya dan murid Foundation 1 yang lain terus ke  bilik gerakan pelajar untuk pelajaran Self Development yang diketuai oleh DR. Rorlinda. Hari ini kami belajar mengenai Emotional. Dr. Rorlinda telah menegaskan bahawa orang yang berjaya dari segi  EQ adalah mereka yang bijak mengawal dan mengetahui emosi sendiri.


Pada pukul 10:00 pagi,saya dan murid-murid foundation 1  ke dewan makan semula untuk  minum pagi. Setelah makan,saya terus ke kelas Miss Diana untuk pelajaran English. Hari ini hari jadi  Miss Diana . Saya telah memberikan 5 biji gula-gula sebagai hadiah hari jadinya. Hari ini saya telah  belajar ‘SPM Language’. Di samping itu,Miss Diana telah mengajar kami cara-cara untuk memperbaiki pertuturan dalam English. Setelah satu jam bersama Miss Diana,kelas saya ke Makmal Bahasa untuk mengikuti matapelajaran Bahasa Melayu pula. Cikgu Mior memberi tugasan kepada kami. 

Kami diminta untuk membuat journal. Selain itu,Cikgu Mior meminta kami menyiapkan tugasan berkenaan pandangan anda tentang kehilangan pesawat MH370. Selepas selesainya waktu Bahasa Melayu,kami terus ke Dewan Makan untuk makan tengah hari. Selepas makan,saya ke asrama dan berehat seketika sambil menunggu azan Zuhur. Selepas saya solat,saya menyiapkan journal  saya untuk  kerja Bahasa Melayu. Dalam pukul 2:20 petang,saya bersiap untuk ke kelas seterusnya.


Kelas petang pada hari ini ialah kelas Biology. Hari ini kami membuat eksperimen. Bahan yang digunakan ialah potato dan crucose. Di samping kami membuat eksperimen,kami dapat mempelajari apakah itu ‘Hypertonic,Hypotonic and Isotonic’. Selepas waktu Biology,kami ke kelas Fizik. Di kelas Fizik,kami diajar membuat  graph berdasarkan data yang telah diambil dalam uji kaji pendulum. Di dalam kelas itu juga,kami diarahkan untuk membuat lab report. Selepas habis kelas Fizik,maka berakhirlah kelas untuk hari ini. Selepas habis kelas,saya terus ke bilik dan menukar baju saya lalu saya bergegas ke Blok Pentadbiran untuk berjumpa dengan Prof. Noriah. 

Tujuan saya berjumpa dengan Dato’ Dr Prof. Noriah ialah untuk memulangkan bukunya yang dia telah diberi pinjam kepada saya sewaktu Ustaz Zulkifli datang memberikan ceramah kepada Pelajar Permata Pintar Negara. Selepas saya berjumpa dengannya,saya pulang hostel dan terus membuat kerja Bahasa Melayu iaitu ‘Apakah pandangan anda tentang kehilangan pesawat MH370’. Pada pukul 6:45,saya turun ke dewan makan untuk  makan malam. Setelah makan malam,saya pulang ke bilik untuk mengambil barang saya untuk dibawa ke prep. Setelah itu,saya ke dewan seberguna untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. 


Setelah selesai, saya terus ke kelas prep saya dan menyiapkan journal yang tinggal hanya beberapa perenggan sahaja. Selama 15 minit saya menyiapkan journal,saya terus menyiapkan kerja berkaitan MH370. Saya rasa seronok apabila membuat tugasan kehilangan pesawat MH370.  Banyak rupanya yang saya boleh tahu apabila diberi tugasan ini. Selesainya prep,saya balik ke asrama dan menyiapan tugasan chemistry berkumpulan bersama Muaz.  Penat dan mengantuk rasanya.  Saya menyiapkan chemistry hampir pukul 12.30 malam.  Setelah siap saya segera menyiapkan tugasan Bahasa Melayu iaitu Jurnal dan pandangan tentang kehilangan MH 370 untuk dimasukkan kedalam blog.  Malam ini saya tidur memang lewat hampir pukul 1.30 pagi.

- Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve-
                                    

No comments:

Post a Comment