Assalamualaikum,apa
khabar. Sihat tak?Sekarang,saya cuba nak ubah gaya karya jurnal saya. Sebelum
ni saya rasa sama je, skema sangat.,Mesti bosan. Ok,hari ini,saya telah bangun pada
pukul 5.50 pagi.Saya terus pergi ke dewan makan untuk makan supaya saya tak
perlu bergesa-gesa untuk ke perhimpunan. Setelah saya sampai di dewan makan,rupa-rupanya
makanan masih belum tersedia,hanya sosej sahaja yang ada dan yang lain belum
lagi. Tiba-tiba,terdengar suara azan subuh,saya terus ke surau.
Selama
15 minit menunggu,tetapi saya dan abang Azhar sahaja yang ada. Tunggu punya lah
tunggu rakan yang lain untuk berjemaah, jadi saya pun menawarkan diri saya
untuk azan di asrama supaya pelajar lelaki dengar. Kebetulan speaker rosak.Dalam
perjalanan nak azan, hati kecil saya berkata “Alhamdulillah,ini adalah buat
pertama kalinya setelah hampir tiga bulan aku di Permata dapat juga akhirnya
melaungkan azan pada waktu subuh”.Saya berharap setelah saya azan adalah
rakan-rakan yang lain terbangun dan sama-sama ke surau berjemaah.
Alhamdulillah,sewaktu saya azan,ada juga orang yang berjalan menuju ke surau
dan ada juga bilik yang menyala lampunya. Walaupun saya tahu ada diantara bilik
yang masih belum menyala lampunya,tetapi saya tetap gembira kerana dapat mengejutkan mereka untuk solat
berjemaah,walaupun ada yang solat dalam bilik sahaja.
Selepas itu,saya turun ke surau. Kami menunggu
selama 5 minit lagi dan jemaah semakin ramai. Selepas solat Subuh,saya ke dewan
makan untuk makan.Nak tahun menu apa yang belum terhidang tadi?Rupa-rupanya makaroni
dan sosej. Selepas makan,saya pulang ke bilik dengan hati yang tenang dan
gembira. Sesampainya di bilik,saya mengemas katil saya yang sudah saya biarkan
tanpa berkemas buat seketika waktu setelah bangun tadi. Sesudah mengemasnya,saya
ke bilik mandi untuk mandi. Selepas mandi,saya bersiap untuk ke perhimpunan.
Sebelum
saya ke perhimpunan,saya ke bilik Zoey untuk membangunkannya tidur. Saya lihat,
macam biasa rupanya dia masih tidur bersama laptop yang terbuka dengan
permainan Minecraft.Tapi tak apalah kerana itulah minatnya.Sewaktu saya
membangunkannya,dia menghalau saya dan menengking saya,Sedihnya saya kerana dia
bukan berterima kasih kepada saya kerana telah membangunkannya yang memang
telah lewat untuk ke tapak perhimpunan. Sebaliknya dia telah menunjukkan
sikapnya yang negatif tapi saya bersabar sahaja kerana ada hikmahnya.
Selepas
itu,rakan sebilik dia bagi tahu saya kemungkinan zoey sudah tidak mandi pagi lebih dari dua
hari kerana dia tidur hingga pukul 1 atau 2.Jadi sebab itlah dia bangun lambat
dan tidak dapat menunaikan solat subuh.Saya bersama dengan abang kerana hendak
membangunkan Zoey saya dan abang sebilik telah terlambat ke
perhimpunan.Terkejut saya.Tapi selamatlah juga kerana ada ramai lagi yang lambat,jadi
tidakllah saya malu sangat.
Selepas
perhimpunan,kami ke kelas Agama Islam. Hari ini, cikgu tiada kerana cikgu
kurang sihat,Nak tahu hari ini apa terjadi di dalam kelas? Zoey telah menolak
meja saya sehingga menyebabkan senak pada perut saya.Geram betul saya kerana
tiba-tiba dia bersikap begitu.Jadi saya menolak balik. Selepas itu, saya
beredar kerana malas nak layan dan membesar-besarkan perkara ini.
Selepas
waktu Agama Islam,kami ke kelas Sejarah. Hari ini,kami kena present tugasan
yang telah diberi hari itu. Saya telah membentangkan tugasan bagi kumpulan
saya.Hari ini saya dapat satu pujian yang sangat mengembirakan hati saya.Cikgu
memuji saya kerana saya seorang yang pandai dan berani bercakap dan membuat
perbentang di hadapan kelas. Cikgu juga sempat menegur kumpulan yang membuat
perbentangan yang kurang jelas suaranya seperti perlahan.Sebelum saya ke kelas
seterusnya,saya ingin bertanya kepada cikgu adakah betul zaman paleolitik,zaman
mesolitik,zaman neolitik,zaman gangsa dan zaman logam tidak pernah wujud kerana
baru-baru ini ketika di surau telah ditayangkan video ‘Dunia Akhir Zaman’ . Tetapi,tiba-tiba
Amer pula menegur saya supaya tidak perlu bertanyakan soalan itu.
Hari
ini,saya tidak ke dewan makan kerana sudah kenyang,saya pergi ke makmal Biologi.
Selepas tunggu dalam beberapa minit,rupanya kelas Bio tiada. Tiba-tiba Zoey
datang. Saya ingin bergurau dengannya.Saya sempat bergurau dengannya tetapi
kata-kata saya telah menyinggungnya.Saya kata siapa kencing tak tutup pintu,dia
datang lalu menendang saya dan membawa lari beg saya. Selepas waktu itu,saya ke
Makmal Komputer lalu membuat jurnal di sana sampai pukul 11:30. Kemudian,saya ke
kelas Bahasa Melayu di Makmal Bahasa. Pada hari ini,kami telah diajar cara
membuat novel dan kami ditugaskan untuk membuat 5 novel dan minimum 3 dan
maksimum lebih 3. Sebelum kami diajar membuat Novel,cikgu telah menyemak blog kami untuk memastikan jurnal dibuat setiap hari. Tiba-tiba,rupanya ada orang yang tidak pernah membuat langsung iaitu Zoey Zeffey. CIkgu telah memoton markahnya. Sebenarnya,Zoey tidak pernah mendengar apa yang diajar oleh cikgu sewaktu Bahasa Melayu,sebaliknya dia bermain 'Minecraft' sewaktu cikgu mengajar. Rupanya,hari itu dia telah 'download' pada komputer yang telah selalu dia duduk tu.
Selepas
waktu BM,saya turun bersama Cikgu Mior dan kawan saya Hafiz. Selepas itu,kami
berpecah. Kami ke dewan makan dan Cikgu Mior ke blok Pensyarah. Menu pada hari
ini ialah ayam rendang.Emmmmmmm sedapnyaaaa. Sehingga menjilat jari. Saya balik
ke bilik lalu solat dan membuat jurnal. Petang ini saya tidak tidur. Pada pukul
2:17 petang ,rakan sebilik saya telah mengambil kain mandinya lalu
menghembuskan hingusnya, ini telah menyebabkan saya rasa nak termuntah.
Selepas
itu,saya ke kelas bahasa Jepun bersama Harith 1K1. Di kelas bahasa Jepun,saya
telah belajar sedikit Katakana. Sebelum kelas bahasa Jepun berakhir,ketua
darjah 1K3 memberitahu bahawa pada pukul 5:15 petang nanti akan ada ‘story telling’
bagi yang belum mempersembahkannya.
Selepas giliran saya , saya pergi ke makmal muzik untuk mini orckestra pula
tetapi malangnya apabila saya sampai tiada kelas. Penat naik tingkat 3 .
Selepas itu,saya balik ke bilik lalu mengambil bed ping pong dan mengambil
jaring. Kemudian,saya pergi ke dewan seberguna untuk bermain. Sewaktu
perlawanan antara saya dan dia , saya memberi
bola yang tidak pernah orang lain dapat tangkis tetapi dia berjaya. Perlawanan hari ini saya kalah 11- 8.
Selepas mandi,saya ke dewan untuk solat maghrib dan
isyak. Selepas solat, walaupun saya demam saya tetap pergi ke kelas prep. Saya
menyambung buat lab report chemistry. Selepas prep,saya balik ke bilik,siapkan
sedikit jurnal dan tidur.Semoga demam saya sembuh hendaknya.
-The most difficult thing is the decision to act, the rest is merely tenacity-
No comments:
Post a Comment