Alhamdulillah
pagi ini panjang umurkan dan bertambah usiaku.
Didoakan semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Seperti pagi-pagi hari sebelumnya, ustaz Khir
akan membangunkan semua pelajar lelaki. Begitu
besar pahalanya untuk mengajar kami berjemaah Subuh di surau. Tetapi malangnya, pagi ini saya begitu sukar
untuk bangun dari tilam yang begitu empuk terasa. Bagaikan sebuah magnet telah menarik saya
kuat agar berada sentiasa di atas tilam tetapi atas dasar takut kepada
pencipta, saya lupakan semua itu. Selesainya
solat dan bersarapan saya ke bilik mengemaskan diri dan bersiap untuk menunaikan
tanggungjawab saya sebagai pelajar iaitu menuntut ilmu.
Pembelajaran
saya Self Development à Math à Sej à Philosophy. Hari ini, tiada apa yang
menarik sangat. Cuma saya mahu berkongsi
sebuah cerita buat semua yang boleh saya anggap seramlah juga. Pada sesi pembelajaran petang iaitu waktu PAI,
kelas kami tiada cikgu. Saya, dan
beberapa orang rakan sekelas seperti Aqil, Amer, Afiq, Syed dan Muaz telah berbual-bual
kosong sebentar. Muaz telah mengambil
peluang bercerita tentang cerita hantu di sekolah seorang pelajar Level 2 di
sekolah lamanya. Dia menceritakan,
pelajar yang terkena gangguan berikutan telah bermain sprit of the coins. Mereka telah bermain permainan tersebut
selama dua malam berturut-turut. Kesokannya,
di sekolah tersebut, terdapat program asrama terbuka. Mereka dikehendaki membersihkan asrama. Asrama
pelajar tersebut berada betul-betul di hujung blok. Ketika pelajar tersebut menyapu sampah
kira-kira 12.45 malam di koridor, pelajar tersebut telah ternampak seorang
lelaki berada di atas atap blok sebelah. Tanpa perasaan ragu-ragu, pelajar
tersebut telah memanggil lelaki itu agar turun.
Kawan baik pelajar itu menghampirinya. Pelajar itu menceritakan apa yang
dia lihat tetapi kawan-kawannya menganggap itu satu gurauan kerana mereka tidak
melihat kelibat seseorang pun di atas bangunan itu. Tetapi untuk menjadikan satu permainan mereka
turut serta memanggil dengan menjerit-jerit. Beberapa minit kemudian,
kawan-kawan pelajar tadi terasa kelainan seperti sesuatu yang luar biasa. Mereka segera menarik pelajar tadi dan
membawanya pulang ke bilik. Satu minggu kemudian merupakan minggu balik
bermalam. Hanya tinggal 13 orang sahaja di asrama. Pada pukul 11.30 malam, pelajar tersebut didapati
telah hilang. Kawan-kawannya telah
berbahagi kumpulan untuk mencari. Akhirnya mereka telah menjumpai pelajar
tersebut di dalam sebuah kelas yang hujung di tingkat atas. Pelajar tersebut yang menyedari kedatangan
kawan-kawannya telah melompat dari tingkat atas sekali melalui tingkap dan
terus lari ke stadium. Mereka mengejar
pelajar tersebut sehingga di stadium. Mereka
tetap berusaha untuk menangkap pelajar itu walaupun sukar. Akhirnya hampir sejam, seorang pelajar
sprinter peringkat Malaysia yang turut sama telah berjaya mengangkap pelajar
tadi. Rupa-rupanya, kejadian yang
terjadi itu didapati adalah akibat daripada bermain game sprit of the coins, dan
pelajar itu yang terlalu finatik dengan permainan tersebut telah dirasuk.
Setelah pulang ke asrama, saya cuba pula untuk mengenali permainan tersebut
melalui laman web. Daripada pembacaan
saya, rupa-rupanya permainan ini agak
senang dan perlu bermain selepas pukul 12 malam.
Hari
ini terasa begitu penat dengan cuaca yang panas. Saya cuba untuk mengulang kaji pelajaran
sebelum tidur tetapi rupa-rupanya terlelap juga.
No comments:
Post a Comment