Alhamdulillah kerana pada pagi
ini saya dimaklumkan bahawa semua pelajar perlu ke auditorium bagi menghadiri
suatu program berkaitan dengan IT. Oleh
itu, pembelajaran kami di kelas ditunda. Kami telah diarahkan membawa laptop masing-masing.
Program ini begitu menarik minat saya.
Saya sangat teruja mengikutinya.
Kami didedahkan dengan teknik belajar menggunakan Kahoot, todays meet, voice
thread dan membuat presentation menggunakan video scrib dan bermacam-macam
lagi. Program ini ditamatkan lebih
kurang pada pukul 12 tengah hari.
Seperti biasa hari
Jumaat kami pelajar lelaki akan menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM. Sebelum ke solat, saya pergi ke dewan makan
untuk menikmati makan tengah hari. Saya
dan beberapa pelajar lelaki lain menunggu dengan tenang kehadiran bas didewan
serbagaguna walaupun dalam cuaca yang panas.
Itu adalah tanggungjawab saya sebagai pelajar Islam iaitu menunaikan
solat walau dalam keadaan apa sekali pun tidak boleh ditinggalkan.
Petang ini saya berada
di dalam bilik kerana waktu prep tiada.
Saya mengambil kesempatan menyiapkan tugasan saya yang belum
disempurnakan termasuklah jurnal ini.
Sejak pulang bermalam minggu lepas, saya tidak berkesempatan membaca
novel yang telah dibeli oleh ibu saya daripada rakannya seorang penulis melalui
pos semasa cuti sekolah yang lepas.
Malam ini saya dapat menyambung semula membaca novel tersebut sebelum
saya tertidur.
No comments:
Post a Comment