Assalamualaikum,
Hari ini minggu masuk
minggu kedua, saya terpaksa menyempurnakan jurnal ini walaupun sememangnya
berat untuk melaksanakannya. Tapi apakan
daya, tugasan ini juga penting untuk membantu peperiksaan bagi semester ini. Saya akan cuba juga untuk mendisiplin kan
diri ini supaya tidak menangguhkan kerja.
Pagi ini perjalanan hidupku
dikejutkan oleh diriku sendiri kerana aku mahu ke tandas. Selepas itu, seperti biasa saya akan
menunaikan solat berjemaah di surau.
Hari ini tiada apa yang banyak ingin saya cerita. Pembelajaran saya pada hari ini ialah Sejarah
à English à Biology . Memandangkan harii ini, guru-guru menghadiri
mesyuarat, kami hanya belajar Sejarah sahaja.
Kami pergi makan
tengah hari setelah sesi pembelajaran pagi tamat. Sewaktu kami makan tengah hari, kami
digemparkan dengan satu berita iaitu prep akan dijalankan pada pukul 8-10 malam
sementara itu waktu solat Isyak diganjakkan
pada pukul 10.15 malam. Sebagai seorang
pelajar sememangnya perlu akur terhadap sesuatu
peraturan yang ditetapkan. Namun
saya juga mempunyai pandangan sendiri.
Saya tidak faham dan mengerti sebab-sebab peraturan ini perlu
dilaksanakan. Daripada sudut pandangan
saya hanya satu sebab yang kurang bersesuaian iaitu waktu solat perlu
disegerakan dan tidak dilengah-lengahkan.
Saya berharap sangat agar ketetapan ini belum kesahihannya. Seperti sebelum ini, isu peraturan makan
berhidang di dewan makan yang diubah
kurang memuaskan hati para pelajar walaupun saya sudah menerimanya dengan hati yang terbuka.
Diharap isu ini pula tidak akan
menjadi isu hangat kelak seperti isu tersebut. Semoga pihak pentadbir dapat
memikirkan pandangan pelajar yang terpaksa mengharunginya di samping objektif
pihak pentadbir sendiri untuk menetapkan peraturan tersebut.
Petang ini saya hanya berada di dalam bilik
memandangkan waktu bahasa Arab saya ditangguhkan. Setelah solat, saya tertidur. Petangnya saya telah mengambil kesempatan pergi
bermain ping pong untuk menajamkan lagi teknik kemahiran saya bermain.
Saya bermain dengan Harith Hanafi.
Rutin biasa saya pada malam hari ialah
menunaikan solat berjemaah Mahgrib, mendengar ceramah kemudian solat
Isyak. Setelah itu ke kelas prep dan
pulang ke asrama menyiapkan sedikit
tugasan sebelum akan mengharungi hari-hari mendatang yang baru esok hari.
No comments:
Post a Comment