Friday, 1 April 2016

JURNAL RABU ( 30 MAC 2016 )

Hari yang sangat dinantikan oleh saya kerana hari ini ada mata peljaran PJK kerana saya tidak sabar untuk bermain dedgeball bersama kawan-kawan sekelas.  Tetapi malangnya, hari ini tuah tidak  menyebelah saya, mungkin kerana pada hari ini saya tidak membaca Al-Mathurat selepas waktu solat subuh.  Setiap perlawanan dodgeball hari ini saya telah kalah.  Berbeza seperti minggu lepas, saya sentiasa menang tanpa kalah .  Selepas bertarung dalam kumpulan saya sendiri, cikgu Kamarul telah mengajak kami untuk berlawan dengan Foundation 2 pula iaitu kelas 2K4.  Kami bersetuju dan  pada waktu inilah semangat saya berkobar-kobar seperti api marak yang hendak menjilat bangunan.  Pada pusingan pertama, saya telah bermain dengan hebat sehingga pelajar lelaki hanya saya seorang yang tidak terkeluar bersama 3 orang pelajar perempuan.  Tetapi malangnya, sewaktu 3 orang terakhir, saya telah terkena bola tersebut dan saya telah terkeluar.  Ketika ini satu peristiwa yang melucukan telah berlaku tanpa saya sedari.  Sewaktu saya terkeluar dan hendak berlari, rupa-rupanya kaki saya telah terbelit di jaring dan membawa sama jaring tersebut sehingga jaring tersebut putus.  Saya tidak sedar pun jaring itu melekat pada kasut saya.  Kawan-kawan begitu mentertawakan tingkah laku saya itu termasuk cikgu Kamarul.  Malunya saya terasa.

Kami mereruskan permaianan bagi perlawanan ke dua.  Perlawanan kedua ini membuatkan hati saya berkobar-kobar untuk menang setelah kalah untuk perlawanan yang pertama tadi.   Oleh sebab itu, saya telah membaling  bola dengan kuat sekali kepada musuh saya.  Tidak menghiraukan pelajar tersebut lelaki atau perempuan.  Malangnya  satu balingan saya telah terkena kepada seorang pelajar perempuang memandangkan pelajar lelaki yang menjadi sasaran saya berjaya mengelakakkan dirinya.Baling yang kuat itu terkena pada muka seorang perempuan yang berkaca mata. Baiklah cermin matanya  tidak pecah tetapi dia hampir menangis kerana sasaran tersebut sakit terkena mukanya yang telah menjadi kemerahan. Saya telah memohon maaf kepadanya atas arahan cikgu Kamarul. Alhamdulillah, dia telah memaafkan saya dengan hati yang terbuka.  Tenaga saya telah kehilangan banyak dan untuk meneruskan perjuangan saya demi kelas 3K3,saya dengan semangat dan sokongan rakan,  telah sedaya upaya mengerahkan tenaga saya dengan habis-habisan untuk menang.  Saya telah berjaya membunuh semua lelaki di pihak musuh walaupun saya telah dibunuh oleh lelaki tangkas itu kerana setiap pemain yang telah terkeluar akan mengelilingi kotak musuh untuk membantu pasukannya. Akibat permainan ini juga,  tangan saya tiba-tiba tidak boleh bergerak,  kawan-kawan  memberitahu kemungkinan tisu saya terkoyak. Saya telah meletakkan air batu untuk meredakan kesakitan.   Akhirnya perlawanan tersebut dikira seri dengan gueen kami berjaya dibunuh setelah pasukan musuh memberikan bola tersebut kepada pemain yag telah keluar untuk membunuh queen kami. 


Pada mala mini, perkara yang memang diharapkan tidak terlaksana, akhirnya  terpaksa kami akur dan patuh.  Kelas prep telah dimulakan pada pukul 8 sehingg 10 malam.  Sebenarnya malam ini kami ada latihan ghazal tetapi telah dimaklumkan semula oleh cikgu terpaksa ditangguhkan kerana beliau tidak dapat hadir.

No comments:

Post a Comment