Hari yang begitu menggemberikan saya
kerana malam tadi saya telah menjadi juara beregu ping pong. Saya telah mengalahkan pasukan rumah Emerald
( Hijau ) iaitu Meor dan Zahir dengan 11-6, 11-8. Dengan kejuaraan ini bukan sahaja
membanggakan rumah sukan saya, tetapi saya dapat mematikan ego mereka kerana
mereka berdua memang selalu berlagak dan mereka terkenal dengan sikap berlagak yang
teramaat apabila menangi sesuatu.
Pengajaran di sini ialah jangan kita terlalu berlagak dengan kehebatan
diri kita kerana kemungkinan ada orang yang lebih hebat dari kita.Segalanya
telah ditentukan oleh Ilahi.
Opss maaf, saya sambung kembali
cerita saya bermula dari bangun tidur tadi.
Malam tadi, Aqil dan Mursyid telah tidur bersama di dalam bilik saya
kerana kami bercadang pagi-pagi nanti mudah untuk dikejutkan dan kami bertiga
akan ke padang untuk training rahhbi bersama-sama. Seperti pagi-pagi biasa sebelum ini, Akmal Haron telah mengejutkan
semua pemain Ragbi untuk berjogging di padang.
Tetapi tak tahulah, nafsu telah menguasai kami, rupa-rupanya kami telah menyambung
tidur semula. Apabila bangun, kami bertiga menyesal kerana
tidak turun berjogging. Kami telah
berazam agar kesilapan ini tidak berulang dan akan bangun pada pagi esok. Selepas itu, kami bertiga bersiap ke
kelas. Pembelajaran pagi ini bermula
dengan kelas Self Development dan disambung dengan kelas Math. Selepas rehat waktu kelas Sejarah.
Cikgu telah memberikan kumpulan untuk present dan saya telah mendapat
kumpulan dengan Amer dan Nadia dengan tajuk Konflik Arab Israel. Waktu kelas Philo, Dr.Sakinah telah memberi kami aiskrim
Magnum. Saya begitu suka dengan Dr.
Sakinah kerana sejak saya melangkah di PERMATA beliau memang rajin untuk memberi
makanan yang mahal dan sedap kepada pelajarnya.
Pada malam ini mengikut perancangan merupakan perlawanan final bagi
badminton dan ping pong.Saya akan bermain ping pong dan roomate saya bermain
badminton. Petang ini seperti biasa saya
dan rakan-rakan raghbi mengadakan latihan raghbi. Badan ini terasa begitu penat sekali tetapi
apakan daya saya terpaksa juga mengharunginya. Malam ini juga dimaklumkan saya perlu hadir
ke kelas Arab. Baiklah malam ini rupanya
perlawanan akhir ping pong ditangguhkan kerana Exco sukan perlu menghabiskan
perlawanan separuh akhir dahulu.
Minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan dan sibuk sekali. Tetapi itulah kelebihan berada di PERMATA
kerana saya perlu juga mengharunginya.
No comments:
Post a Comment