Thursday 14 April 2016

JURNAL ISNIN ( 11 APRIL 2016 )

Hari ini hari perhimpunan rasmi.  Oleh itu, saya perlu bersiap awal untuk ke perhimpunan.  Sewaktu perhimpunan, seorang penulis wakil sebuah majalah telah datang untuk membuat liputan terhadap kolej PERMATA untuk dimuatkan di dalam dalam majalah tersebut. Beberapa orang pelajar Level 2 yang berkebolehan telah dipilih untuk diwawancara. 

Selepas perhimpunan, kami bergerak ke kelas Sejarah.  Sewaktu sejarah, kumpulan saya termasuk Amer dan Faten telah memperbentangkan perbentangan kami iaitu perbentangan kedua kumpulan kami setelah minggu lepas Faten gagal  untuk menerangkan bahagiannya dengan baik.  Alhamdulillah, kumpulan kami tidak perlu memperbentangkannya semula lagi. 

            Selepas rehat, saya ke kelas BI dan seterusnya ke kelas Bio.  Sewaktu kelas Bio, cikgu telah memberitahu saya bahawa eksperimen ujian air kencing akan diadakan selepas hari sukan iaitu 2 minggu dari hari ini. 

Pada petang ini, saya telah meminta bantuan Mursyid untuk menemankan saya  ke pejabat untuk mengambil tangga.  Tujuan saya ialah untuk membersihkan kipas bilik saya yang dah kotor.  Mursyid dengan senang hati menemankan saya.  Bak kata pepatah, ‘ sambil meyelam minum air ’ , beberapa orang rakan saya telah menyuruh saya membersihkan kipas bilik mereka juga.  Mereka telah memberikan saguhati kepada saya atas kerja yang saya telah lakukan.  Saya terima dengan ikhlasnya. Pada pukul 4.30 petang, saya telah memulangkan semula tangga itu.

Petang ini, saya telah bermain ping pong sebagai persediaan saya untuk perlawanan ping pong pada minggu hadapan. Alhamdulillah, kemahiran saya semakin baik.

No comments:

Post a Comment