Tidurku
dimulai dengan kesakitan badan. Sudah
dua hari aku mula membuat ‘ workout ’ atau bina badan kerana aku mula sedar
implikasi obesity. Harapan aku suatu
hari nanti aku akan jadi sado. Dengan
berbekal kudrat yang sedikit lemah walaupun baru bangun dari tidur, saya bangun untuk ke surau. Tetapi, pagi ini seperti mendengar bisikan
syaitan di telinga saya tidak jadi ke surau.
Saya hanya bersembahayang di dalam bilik. Setelah selesai solat subuh, saya teringat
tugasan kumpulan bahasa Inggeris yang perlu dihantar hari ini dan masih belum
siap. Oleh itu, saya segera menyiapkan tugasan untuk bahagian saya. Saya tahu, seperti kebiasaan, Aqil dan
Mursyid akan singgah ke bilik saya setiap selepas solat subuh. Bolehlah nanti saya akan meminta Aqil
menyambung untuk menyiapkan bahagian dia selebihnya.
Seperti
jangkaan saya, tepat sekali Aqil singgah ke bilik saya dan terus bertanyakan
tugasan tersebut. Saya menunjukkan laptop di atas meja dan tanpa disuruh, dia menyambung
untuk menyiapkan tugasan bahagian dia pula. Setelah selesai, saya pergi untuk
print tugasan itu. Tetapi kali ini
mengambil masa kerana laptop saya tidak dapat ‘ detect printer ’. Saya terpaksa bergegas bersiap untuk ke perhimpunan.
Waktu
PJ, kami telah bermain badminton. Kami
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh Cikgu. Saya satu kumpulan
dengan Muaz dan telah bertemu dengan kumpulan Aqil dan Syed.
Kumpulan saya telah menang. Huhu,
bosan juga asyik menang sahaja, just kidding.
Setelah waktu PJ< kami ke kelas Muzik. Kami belajar rekorder menggunakan lagu kanak-kanak
‘Kacang’. Apabila kami bermain lagu ini,
kami teringat balik zaman kanak-kanak kerana ketika itulah cerita Kacang ini
berkumandang. Jurnal hanya ini tamat
sehingga ini sahaja. Tiada apa yang menarik hendak diceritakan lagi..
No comments:
Post a Comment