Wednesday 20 April 2016

JURNAL JUMAAT ( 15 APRIL 2016 )

Hari ini merupakan minggu terakhir sekolah untuk minggu ini.  Pada petang ini juga akan diadakan program kem jambori badan beruniform PERMATA.  Oleh itu, petang ini kami perlu ke Audi untuk perasmian penyerahan  pelajar kepada jurulatih badan beruniform masing-masing.  Sebelum saya menerangkan lanjutan cerita ini, saya mahu menceritakan dahulu  aktiviti kami pada pagi Jumaat ini.

            Pada pagi ini, kelas fizik tiada kerana urusan penyambungan pembelajaran PHD cikgu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.  .  Oleh itu, kami membuat aktiviti masing-masing.  Sewaktu kelas Mathematics,  kami mengambil kesempatan mengenali cikgu dengan lebih dekat kerana topik pembelajaran kami dengan beliau sebelum ini telah banyak yang dipelajari. Ini mungkin juga kerana beliau mengajar kami telalu laju dan banyak.  Kami dimaklumkan hanya tinggal satu topik yang perlu kami belajar.  Kami mengambil kesempatan juga untuk mendengar pengalaman beliau berada di perantauan menuntu ilmu bersama rakan-rakan yang pelabagai Negara. Ketika inlah kami baru tahu ibu beliau berasal dari Jepun.

Semasa kelas Kimia,cikgu telah membuat ‘ post test ‘ secara mengejut.  Setelah itu kami telah dimaklumkan agar segera ke dewan serbaguna untuk mendengar taklimat berkenaan kem jambori yang akan bermula petang ini.

Bermulalah semula catatan jurnal saya mengenai program kem jombori badan beruniform. Saya merupakan badan beruniform BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia ).  Aktiviti yang kami lakukan hanya ice breaking pada petang ini.  Kami juga telah dimaklumkan aktiviti  pada malam ini yang sangat ditunggu-tunggu  oleh saya iaitu perlawanan permainan dengan badan beruniform lain. Antara perlawanan yang menyeronokkan tersebut  ialah menaikkan tiang bendera, tiup bola ping pong, pijak tanpa mata, bersatu tegoh bercerai roboh, futsal kain pelikat dan akhirnya yang ditunggu-tunggu oleh saya  ialah perlawanan tarik tali.  Pada mala mini, saya telah menyertai acara  tiup bola ping pong dan tarik tali.

Semasa acara tarik tali, perlawanan pertama pasukan kami ialah menentang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).  Keputusannya kami kalah.  Tetapi peristiwa yang menyebabkan kami kecewa atas kekalahan tersebut, rupa-rupanya seorang ahli pasukan kami yang duduk di bahagian belakang sekali telah terbelit tali dilehernya.  Pasukan BBSM akhirnya mendapat tempat ketiga.


            Mala ini saya tidur dalam keadaan kesakitan kerana kaki saya telah berdarah kerana dipijak tanpa sengaja dalam perlawanan tarik tali tadi.  Saya perlu tidur lena untuk menumpul tenaga bagi menyambung kem jambori ini sehingga hari Ahad penutupnya.

No comments:

Post a Comment