Tuesday 19 April 2016

JURNAL KHAMIS ( 14 APRIL 2016 )

Hari ini merupakan hari yang malang.  Saya tertangkap tidak pergi subuh oleh ustaz Khair.  Rotan yang mengerikan itu akhirnya melekat di punggung saya.  Ini mungkin pengajaran untuk saya.  Dengan segera  saya terus solat dan terus bersiap untuk ke kelas. 
Kelas pertama hari ini ialah Self Development.  Di kelas self development, kami ditugaskan untuk  menulis keburukan diri masing-masing.  Kami jugaa perlu mencari pasangan kerana pasangan itu pula akan menulis keburukan diri saya.  Saya telah berpasangan dengan Amer.  Amer telah menulis 5 keburukan tentang diri saya iaitu,  1. Suka mengalan cikgu 2. Makan dalam kelas ketika cikgu mengajar ajar 3. Suka buat lawak tidak sesuai waktu atau  ketika keadaan tidak mengizinkan  4. Suka meminta cikgu mengubah tarikh menghantar tugasan walaupun cikgu telah kata muktamad (tujuan sebenar saya ialah menolong kawan-kawan) 5. Suka mengajuk  Dr. Rorlinda.  Semua kenyataan kawan saya itu saya akui dan akan cuba untuk mengubahnya.

Kini tiba waktu pembelajaran Mathematics.  Hari ini kami belajar tajuk Line And Angles in Plane.  Tajuk ini hanya ada dua subtopik sahaja.  Subtopik pertama senang manakala subtopik kedua susah.  Tetapi Alhamdulillah,  saya dapat memahaminya apabila saya bertanyakan soalan demi soalan dengan cikgu dan kawan-kawan.  Selepas itu, kami pergi rehat.  Semasa kelas Sejarah, seperti biasa kami telah diberikan kumpulan dengan  tajuk perbentangan masing-masing. Kami akan masuk tajuk baru.  Kali ini ahli kumpulan saya yang lain ialah  Amer dan Nadia.  Tajuk perbentangan kami ialah Konflik Arab-Israel.  Malangnya kali ini kumpulan saya mendapat tajuk pertama .  Apakan daya, kuasa bukan di tangan saya. 


Mala ini saya telah menyaksikan suatu kejadian yang boleh dikatakan ngeri juga bagi saya. Ketika dalam pukul 11.45 malam sewaktu saya keluar daripada bilik untuk masak maggi, saya terlihat sorang pelajar moral telah terhuyung haying dengan menutup bahagian kepalanya.  Kebetulan ketika itu bekas roommade saya Akmal Haron sedang bermain dengan rumitnya di luar bilik mereka.   Apabila saya dan Akmal melihat, darah berlumuran kami secara segera terus bertindak.  Akmal terus berlari memanggil cikgu dan saya pula berlari memanggil exco kebajikan untuk meminta medical box.  Tidak berapa minit kemudian, cikgu Faddzhil telah sampai danterkejut. Beliau segera memberikan bantuan. Ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk refleksi hari ini.

No comments:

Post a Comment