Hari ini, hari
Isnin. Hari ini merupakan hari perhimpunan
rasmi buat semua pelajar Kolej PERMATApintarTM bersama semua guru. Ketika ini kami akan memakai pakaian uniform rasmi PERMATA. Walaupun saya kurang selesa memakai pakaian
tersebut, tetapi saya terpakasa akur kerana saya terikat dengan peraturan sebagai
seorang peajar. Pada hari ini, saya
telah lewat sedikit ke tapak perhimpunan kerana saya terlewat mengemas bilik. Hari ini akan diumumkan pemenang bagi kempen
Hey I’m not Rubbish yang telah diadakan pada minggu lepas. Malangnya pengumuman tersebut amat
mengecewakan kerana kelas saya tidak
memenanginya dan amat menyedihkan lagi keputusan kali ini tidak meletakkan satu
pun kemenangan ke atas kelas Asas 3.
Kemungkinan usaha kami belum mencukupi dan rezeki belum memihak kepada
kami.
Selepas perhimpunan,
kelas saya bergerak ke kelas Sejarah. Hari
ini kumpulan saya yang terakhir akan membuat perbentangan. Malam tadi saya telah membuat persiapan untuk perbentangan bahagian saya. Rupa-rupanya hari ini malang buat kali dua
saya jumpa. Kali ini salah seorang ahli kumpulan saya, Faten tidak bersedia
dengan bahagian yang telah diamanahkan kepadanya. Dia hanya membaca slide dan tidak dapat
menerangkan dengan lebih jelas. Oleh
itu, kumpulan saya terpaksa membuat semula perbentangan tersebut. Saya tidak
dapat menolongnya kerana saya hanya membuat persediaan untuk bahagian saya sahaja.
Hari ini waktu Biologi
kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan ketika waktu itu juga.Kami
dimaklumkan Cikgu Biologi tidak dapat masuk ke kelas kerana atas urusan.
Alhamdulillah saya dapat menyempurnakannya.
Waktu malam pula, saya
menjalani aktiviti biasa iaitu ke auditorium untuk latihan ghazal.Saya begitu
seronok ketika latihan walaupun penat hinggakan tapak tangan saya merah dan
sakit memukul kompang. Yang penting saya suka. Yeyyyyy…..
Good Hakim
ReplyDeleteGood Hakim
ReplyDelete