Saturday, 30 April 2016

JURNAL JUMAAT 29 APRIL 2016 )

                Hari ini tiada apa yang menarik, Pagi ini begitu liat sekali saya hendak bangun sendiri kemungkinan sudah beberapa hari saya dibangunkan oleh Akmal.   Tetapi saya gagahkan juga. Keletihan minggu ini begitu terasa dan masih belum hilang. 

Dengan langkah yang tidak bersemangat saya perlu juga ke kelas.  Waktu pertama kami ialah Fizik.  Hari ini kami terpaksa mengikuti post test.  Setelah itu kelas Mathematic dan Kimia.   Semasa kelas Kimia hari ini, kami tidak belajar.  Cikgu Mad Nor telah mengambil kesempatan  membincangkan topik tentang saya dan bergurau dengan saya.  Saya tahu Cikgu Mad Nor memang suka mengalan-alan dan bergurau dengan saya.  Saya tak kisah sangat kerana dengan inilah, ukhuwah saya makin rapat dengan cikgu Mad Nor 

Berbagai-bagai cikgu cerita pasal saya.  Kebetulan pula kaki saya kena cagu dan telah tercedera ketika acara tarik tali dan bermain raghbi, cikgu telah menakut-nakutkan saya. Hampir selama sejam ini, hampir semua topik pasal saya.  Selepas itu,, saya telah pergi ke PK dan Afiq telah menemani saya.  Saya dan Afiq dibawa oleh Cikgu Aisyah untuk ke PK.  Semasa di PK juga doktor telah membuatkan saya takut kerana memberitahu untuk baik saya perlu membuang kuku.  Saya tidak mahu kerana saya fikir saya akan bersama ibu dan ayah jika perlu berbuat begitu.  Memandangkan minggu ini kami dibernarkan pulang, saya akan ke klinik di kampung saya sahaja untuk mendapatkan rawatan.


            Pulang dari PK,  saya telah makan dan bersiap untuk ke solat Jumaat.  Saya begitu gembira kerana petang ini saya akan pulang ke kampung dan tahun ini sekali lagi dapat bersama-sama ibu dan ayah menyambut hari kelahiran saya nanti pada 1 Mei,Ahad ini.  

No comments:

Post a Comment