Saturday, 30 April 2016

JURNAL SELASA ( 26 APRIL 2016 )






                Seperti biasa. pagi ini juga saya dikejutkan oleh Akmal.  Hari ini di dalam bilik saya bukan saya seorang sahaja yang dikejutkan tetapi Aqil, Mursyid dan Nabil turut tidur bersama saya.  Ini tidak langsung telah memudahkan Akmal. Saya terus bergegas menyiapkan diri dan keperluan yang perlu dibawa sebelum berkumpul di Audi seperti yang diarahkan pada pukul 6.30 pagi. Kami menaiki bas dengan semangat berkobar-kobar.

Setelah sampai di UPM, perlawanan hari ini bagi pasukan kami ialah perlawanan ke tiga.  Oleh itu, kami sempat berehat menanti perlawanan tersebut. Sebelum tiba masa pasukan kami berlawan, coach mengarahkan kami melakukan aktiviti memanaskan badan.  Kami diarahkan mencari pasangan yang sama saiz.  Malangnya saya tiada pasangan dan menyebabkan terpaksan berpasangan dengan coach. Sewaktu meregangkan badan apatah lagi dengan coach, coach telah meregangkan saya dengan seregang-regangnya dan membuatkan saya telah melepasi tahap maksima diri saya.  Tetapi, selepas meregangkan, saya merasakan diri saya seperti ringan, senang bergerak dan senang melentur.  Itulah kelebihan kalau meregangkan badan dengan lakuan dan gerakan yang betul.

                Tiba masanya perlawanan bermula, kami berkumpul di depan coach dan seperti biasa akan mendengar kata-kaata akhir beliau serta membaca doa serta selawat.  Amanat coach juga dengan melangkah kaki kanan untuk masuk ke padang.    Lawan kami kali ini ialah sekolah Perimbun.  Seperti biasa, saya akan bermain pada separuh masa kedua.  Kali ini saya tidak dapat bermain sepenuhnya kerana kaki saya kebetulan memang sakit dan telah dipijak pula ketika bermain membuatkan sakit itu bertambah.  Alhamdulillah, kami telah memenangi dengan mata 22-0.  Dan hari ini, kami hanya ada satu perlawanan sahaja. 

Setelah kami sampai di PERMATA kira-kira pukul 11.30 pagi, saya bergegas ke padang kerana pada hari ini ada Hari Sukan.  Saya akan menyertai acara lontar peluru.  Saya segera bergegas ke padang kerana takut acara tersebut terlepas.  Rezeki saya tiba-tiba kedengaran suara di speaker diumukan acara lontar peluru , lompat tinggi dan acara balapan yang masih belum habis akan diadakan pada waktu petang.  Senang hati saya mendengarnya tapi penatnya beria-rialah saya berlari risaukan acara akan terlepas dengan dalam keadaan penat dan kaki sakit. 

Tepat jam 3.15 petang, saya telah bangun daripada tidur dan bersedia untuk menyertai acara lontar peluru.  Selepas itu, saya turun ke padang.  Kali ini saya berjaya ke pusingan akhir bersama Muaz dan Kamal. Tetapi  malangnya, saya hanya mendapat tempat ketiga.  Pada petang itu, saya juga telah mendapat piala bagi kedua-dua acara ping pong yang telah dimenangi.  Pada pukul 7.20 malam pula, kami naik untuk makan dan solat serta perlu hadir semula ke padang untuk acara kemuncak.  Malam ini turut hadir pelajar USIM.







                Sebelum pukul 8.00 malam , saya telah turun ke padang.  Malam ini saya telah dipilih untuk masuk acara tarik tali melawan pelajar USIM.  Saya dan Aizu sahaja terpilih mewakili faudation 3 kerana perlawanan ini hanya bagi pelajar di bawah umur 14 tahun yang boleh menyertainya.  Wakil PERMATA yang lain adalah dari faundation 1 dan 2.
Perlawanan kali ini, saya telah menjadi orang yang perlu berada dibelakang sekali ataupun anchor.  Pusingan pertama kami menang dan pusingan kedua kami kalah.  Pada pandangan kami , faktor kedudukan tempat pusingan kedua ialah di atas tanah yang berpasir telah menyebabkan kekalahan bagi kami. Ini menyebabkan kami perlu berlawan satu pusingan lagi bagi menentukan kemenangan.  Kebetulan rakan saya Muaz melihat reaksi saya yang begitu penat dan kaki saya telah berdarah dia telah menyarankan saya tidak duduk di bahagian belakang sekali.  Lega rasanya dan saya telah berpindah dengan duduk ketiga dari belakang.  Alhamdulillah,Kolej PERMATApintar telah menang.


                Akhirnya penamat Hari Sukan tahun ini yang mengembirakan saya ialah pengumuman pasukan Topaz telah menjuarai untuk acara balapan dan merangkul kejuaraan pasukan rumah sukan untuk tahun 2016.. Yeayyyyyyy. Hidup Topaz.

No comments:

Post a Comment