Pada hari ini, seperti biasa saya
dikejutkan awal oleh Akmal Haron. Pagi
ini, pagi yang dinanti-nantikan oleh pasukan raghbi saya dan rakan-rakan kerana
hari ini kami akan menghadiri perlawanan raghbi peringkat daerah. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah
hidup saya untuk bermain ragbi malah seterusnya bermain hingga di peringkat
MSSD. Saya bingkas bangun dari tilam
dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bermain dan seterusnya merangkul kemenangan. Selepas mandi dan solat, saya memakai baju
Ragbi yang telah diberikan. Ini
menambahkan lagi semangat saya seolah-olah menjulang setinggi burj khalifa. Setelah siap, saya segera turun ke compoud
menolong apa yang patut sebelum ke audi untuk menaiki bas. Tepat jam 6.30 pagi, bas pun sampai.
Perlawanan
Ragbi untuk MSSD Hulu Langat kali ini diadakan di UPM padang B. Di dalam bas, Kapten kami iaitu Akmal Haron
menggesa kami supaya jangan tidur kerana takut kita akan mamai sewaktu bermain
memandangkan kami merupakan perlawanan pembukaan. Jesteru itu, kami membuat akiviti yang bising
di dalam bas seperti menyanyi sambil memasang lagu dan berbual-bual. Saya pula duduk bersama Mursyid bermain game
di dalam Tab saya. Setelah sampai, kami
disambut oleh Coach, Miss Sue dan Cikgu Azrina.
Selepas itu, kami memanaskan badan dan membuat latihan ‘ handling
’. Selepas beberapa minit kemudian, nama
pasukan kami disebut. Dengan segera,kami pun berkumpul di depan coach untuk
mendapat dan mendengat kata-kata terakhir daripada beliau sebelum perlawanan
kami bermula.
Perlawanan
pasukan kami yang pertama ialah menentang Sekolah Damai Perdana. Saya bermain di separuh masa kedua. Memang agak gentar kerana badan mereka semua
besar, tetapi rupa-rupanya tidak disangka saya telah berjaya jatuhkan seorang
daripada ahli pasukan mereka. Tetapi
malangnya, bukan rezei kami, kami kalah dengan 1 try sahaja iaitu 7-0. Selepas itu, kami pulang ke tempat
berehat. Coach mengatakan kami masih’
blur’ dalam padang. Selepas mendengar
kata-kata itu, kami ingin membuktikan kepada coach yang kami tidak ‘blur’ seperti
yang diucapkan oleh beliau sebentar tadi dan akhirnya untuk perlawanan kedua,
kami dapat mengalahkan sekolah SAAS
dengan mata 25-7. Dengan kemenangan
ini akhirnya pasukan kami dapat bermain
lagi untuk hari esok.
Kami
pulang ke PERMATA dengan hati yang gembira.
Di dalam bas sewaktu pulang, semua pemain tidur dan pada anggapan saya
kami semua bemimpikan johan untuk permainan seterusnya. Kami sampai di PERMATA kira-kira pukul 5.30
petang.
Seperti
biasa apabila esok menjelang sukan, saya dan rakan-rakan serumah sibuk membuat
persiapan untuk pasukan rumah Topaz.
Walaupun penat bermain di siang hari tetapi saya seronok dapat menyumbangkan
tenaga untuk rumah Topaz.
No comments:
Post a Comment