Hari ini satu program
telah dirancang kepada kami pelajar PERMATA iaitu kempen Hey I’m not rubbish. Saya begitu gembira. Kelas saya telah membuat
prototype Self-soating-money. Kami telah
memberikan kerjasama dalam sepasukan.
Sebelum solat Jumaat,
kami ada usrah. Ketua kumpulan, Naqib
ialah rumit saya sendiri iaitu abang Fawas. Saya amat suka berada di dalam
kumpulan beliau. Semasa usrah , kami
telah membicangkan tentang Hidayah: Petunjuk kebenaran. Saya telah tertarik dengan satu ayat yang disampaikan
oleh oleh rumit saya. Kita telah
diberikan hidayah khawa ( Pancaindera ).
Inilah kurniaan yang berupa pancaindera yang lima kepada kita. Dengan mata, kita boleh melihat, dengan lidah
dapat merasa, hidung menghidu, dengan telinga kita mendengar dan dengan
sentuhan kita dapat bertindak balas terhadap sesuatu. Dengan hidayah inilah kita dapat hidup untuk
merasa makanan, selamat daripada sesuatu bahaya fizikal, berjalan dan
sebagainya. Dengan hidayah Khawas, hidup
tidak lagi sekadar hidup, tetapi kita telah dapat menikamti hidup. Namun,
hidayah khawas juga terbatas. Pandangan
mata hanya boleh melihat yang tersurat.
Tetapi ia tidak mampu mentafsirkan apa yang dilihat. Kerana itu kerap kali manusia tertipu dengan
pandangan matanya. Kita selalu melihat
fatamorgana, dari jauh ia kelihatan seperti air yang tergenang, tetapi apabila
dekat barulah kita sedar ia hanya panas yang sangat membahang.
Begitulah, tidak
semua yang kita lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa, benar atau betul seperti
hakikatnya. Mata, tangan, telinga, lidah
boleh tertipu. Tafsiran adalah peting
bagi semua hidayah khawa itu. Ilmu yang
bernilai ini akan saya gunakan untuk menyuluh kehidupan saya yang
mendatang. Alhamdulillah akhirnya jurnal
untuk minggu ini dapat saya selesaikan dengan sempurna mengikut tempohnya. Jumpa lagi kawan-kawan pada jurnal minggu
hadapan dengan cerita yang lain.
No comments:
Post a Comment