Seperti
pagi semalam, pada pukul 6.50 pagi saya
perlu ke stadium untuk menjalani latihan fitness ragbi. Pagi ini kami perlu berlari 6 pusingan. Pada mulanya, saya sudah mahu pasrah, tetapi
Shail dan seorang pemain ragbi yang lain telah datang menemankan saya dan
berlari bersama untuk sama-sama saya menghabiskan pusingan terakhir. Alhamdulillah, saya berjaya melakukan 6 pusingan
tersebut sehingga habis. Memang betul kata-kata
mereka, penat berlari itu hanya sementarsa sahaja, selepas itu akan hilang
sudah rasa penat itu.
Setelah
itu, saya dimaklumkan bahawa hari ini hari sukantara untuk balapan. Oleh itu, saya perlu berlari 100m untuk
menyumbangkan mata bagi rumah pasukan saya.
Keputusan yang sudah diketahui, rupa-rupanya saya mendapat tempat
terakhir dalam larian tersebut. Bagi
saya, ini juga merupakan kejayaan kerana saya berjaya berusaha berlari ke
garisan penamat walaupun tidak dapat menyumbangkan mata.
Kira-kira pada pukul 9.55 pagi , setelah
aktiviti sukantara tersebut habis, saya dan rakan batch pergi makanKemudian kami ke dewan sebarguna
untuk perlawanan ‘ semi final ’ double dan single bagi acara perlawanan ping
pong pula. Mula-mula sekali, perlawanan
beregu bagi saya ialah bersama kumpulan rumah rumah Emerald ( Hijau ) untuk
melayakkan diri ke final. Alhamdulillah
saya dan pasangan telah memenanginya dan layaklah ke final. Setelah berehat, saya perlu bertanding lagi
tapi kali ini bagi perlawanan single. Saya telah bertemu dengan ahli pasukan rumah
Emerald iaitu Karamie. Alhamdulillah juga saya telah menang dengan
mata 11-6, 11-9. Saya begitu berterima
kasih kepada roomade saya, abang Fawas,, Aqil, Muaz, Mamu dan Don yang telah
bersungguh-sungguh memberikan sokongan dan sorakan tanpa henti sewaktu saya
bermain sehinggakan pasukan lawan kelihatan ‘down’ dan akhirnya saya
menang. Akhirnya tahun ini saya berjaya
ke peringkat final bagi single dan beregu dalam perlawanan ping pong. Kali ini
saya akan bertemu dengan kumpulan saya sendiri, Topaz. Harapan saya semoga tahun ini saya akan
berjaya mengekalkan lagi kejuaraan saya pada tahun lepas, In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment