Friday 1 April 2016

JURNAL SELASA ( 29 MAC 2016 )

Bertemu lagi kita di arena jurnal ini kawan-kawan.

Akal saya pada hari ini ditajamkan dengan mata pelajaran BM à BIO à ENGLISH à MATHEMATICS.  Apa yang menarik untuk hari ini ialah, kami diperkenlkan dengan guru Mathematics  bagi Asas 3 ini iaitu Cikgu Elena Zafrul , 21 tahun yang juga bekas pelajar kolej ini. Baru-baru ini, beliau telah memberi TALK berkaitan pengalaman beliau semasa menuntut di Iowa Universiti, United States dalam bidang Mathematics dan rahsia kejayaannya.  Beliau merupakan antara pelajar yang terbaik di Malaysia dan di PERMATApintar.  Tanpa disangka, beliau telah ditawarkan menjadi guru di tempat beliau beliau belajar sebelum ini.  Dimaklumkan juga secara bidan terjun beliau akan mengajar kami dan menggantikan guru kami iaitu Cikgu Amira kerana Cikgu Amira telah melanjutkan pelajaran beliau di peringkat PHD.  Kami telah dimaklumkan juga bahawa beliau merupakan salah seorang pelajar yang berjaya ditawarkan tanpa melalui pendidikan Master terus ke peringkat PHD dalam bidang Mathematic.  Saya sangat mengkagumi beliau dan berdoa suatu hari nanti akan seperti beliau.  In Sha Allah.  Pembelajaran hari pertama dengan beliau amat hambar sekali.  Mungkin hari pertama agaknya dan harapan saya agar hari-hari berikutnya akan berubah.  Saya cuba untuk memeriahkan suasana pembelajaran hari ini dengan cuba membuat lawak dan mengalan kerana saya terasa mengantuk.  Tetapi beliau nampak tidak tersenyum dan kalau tersenyumpn seperti terpaksa , mungkin untuk tidak menggoreskan hati pelajar kelas saya. Sebenarnya kami begitu tertekan memandangkan tajuk pada hari ini berkaitan Statistic III. Beliau telah menghabiskan tajuk tersebut walaupun tajuk tersebut telah dimaklumkan oleh beliau  merupakan tajuk yang susah dan banyak.  Dengan perasaan terpaksa dan cuba-cuba memahami saya dan kawan-kawan belajar tajuk tersebut pada hari ini.

Tengah hari ini, saya telah tertidur sebenar.  Alhamdulillah kerana keprihatian kawan-kawan saya, saya telah dikejutkan oleh Aqil dan Muaz untuk mengajak saya ke kelas bersama-sama.  Melihatkan jam telah menunjukkan 2.33 petang saya bergegas dengan pantas bersiap.   Sewaktu turun dari tangga asrama, dari jauh kami telah melihat cikgu dalam perjalanan ke kelas.  Oleh sebeb itu, kami telah berlari sepantas yang boleh tanpa menghiraukan orang lain. Ini memandangkan waktu pembelajaran petang ini ialah waktu Cikgu Mohd Nor. Kami sangat khuatir akan di CIMR oleh beliau.  Akhirnya, Alhamdulillah, kami telah selamat sampai sebelum cikgu masuk.   Saya dan kawan-kawan sekelas berasa sangat beruntung kerana Cikgu Mohd Nor menjadi guru kami.  Beliau merupakan seorang guru yang memahami, berfikiran ‘open minded’ dan ‘sporting’ namun tegas.  Hari ini  kami telah melaksanakan eksperimen membuat garam.  Kami gembira kerana cikgu memberitahu keputusan kelas kami ialah kelas yang paling banyak garam yang dihasilkan dengan menggunakan sukatan yang telah ditetapkan. 

Setelah kelas Kimia, 3K3 telah ke kelas Seni Persembahan. Kami telah melakukan prkatis untuk meningkatkan kemahiran bermain Ghazal bagi lagu Ya Salam untuk dipersembahkan dalam majlis Young And Junior Conference yang disertai oleh Sekolah MTD, SAS dan MRSM Ulul Albab. Pada waktu prep, kami meneruskan lagi latihan dan telah dihadiri oleh Cikgu Hafiz.  Kami berlatih sehingga hamper jam 11.00 malam.  Kami menunaikan solat Isyak di dalam Bilik Muzik. Latihan kali ini, saya telah diberikah tugasan untuk bermain kompang sola dengan cara bertingkah.  Tangan saya terasa begitu sakit akibat latihan tersebut.  Mala mini saya tidur dengan keadaan yang kurang lena kerana menahan kesakitan.  Doa saya semoga esok hari tangan saya akan beransur pulih.

No comments:

Post a Comment