Saturday, 30 April 2016

JURNAL RABU ( 27 APRIL 2016 )

                Pagi ini, pagi yang amat memenatkan sekali.  Kami telah pulang ke asrama pada pukul 2.15 pagi. Saya dan semua pemain ragbi perlu menghadirkan diri ke perlawanan seterusnya lagi hari ini.

Seperti hari-hari sebelumnya, kami bertolak ke UPM pada pukul 6.30 pagi  setelah bas sampai.  Sesampai di UPM, kami dimaklumkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan kedua.  Kami terus warming up. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan suku akhir, jika kami menang, kami masuk ke separuh akhir cup dan jika kami kalah, kami perlu lawan untuk separuh akhir plat.  Perlawanan kami kali ini ialah pasukan juara untuk 2 tahun lepas.  Tetapi itu bukan penghalang bagi kami.  Saya telah masuk sekejap untuk kali ini memandangkan kaki saya yang telah tercedera semasa perlawanan semalam dan semasa acara tarik tali. Saya bermain dengan ibu jari saya berbalut setelah menerima rawatan daripada pasukan PBSM malam tadi.

            Perlawanan separuh masa pertama, memang kelihatan pasukan kami sangat keletihan.  Faktor tidak cukup tidur dan rehat kerana acara kemuncak Hari Sukan malam tadi mungkin juga penyebabnya. Kemungkinan itu jugalah, kami telah kalah dengan ketika bertemu dengan KOSAS.  Ini menyebabkan kami tidak dapat masuk ke Cup, tetapi hanya layak masuk plat.  Perlawanan kedua kami hari ini adalah dengan SMK Bandar Baru Bangi.  Kekalahan kami di awal tadi bukanlah kekalahan yang berkekalan, kekalahan di awal tadilah yang menyebabkan kami menang dengan sekolah Bandar Baru Bangi dengan mata 19-0.  Tidak dapat digambarkan kegembiraan pasukan kami apabila layak masuk hingga ke peringkat akhir bagi tahun ini  walaupun plat sahaja. 


Dengan kemenangan ini pasukan kami akan berentap lagi buat terakhir esok.  Cocah telah mengucapkan tahniah dan mengharapkan kami melakukan yang terbaik untuk perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment