Perlukah hidup kita dimulakan dengan tangisan. Tangisan ini ada maknanya tersendiri. Tangisan bayi yang lahir ke dunia diibaratkan
adalah berpunca daripada gangguan syaitan.
Mungkin manusia berkata, ‘ Tidak !’
terhadap gangguan syaitan itu.
Begitulah erti tangisan.
Manakala ahli perubatan pula menjelaskan bahawa tangisan
pertama perlu untuk mengepam oksigen. Di
mana tangisan itu adalah untuk mengepam oksigen ke paru-paru yang baru
berfungsi. Apapun makna dan tafsirannya,
hidup memang dimulakan dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan
diakhiri dengan tangisan. Tidak ada manusia yang lahir dengan ketawa !
Begitulah mukaddimah saya untuk jurnal hari ini. Hari ini memang hari yang penuh cabaran bagi
saya. Tangan saya yang sakit sudah
beransur baik dengan izin Allah dan
mungkin juga dibantu oleh usaha saya menggunakan ais batu. Hari ini, waktu pertama pembelajaran kelas saya ialah self
development. Sewaktu kelas tersebut, Dr Rorlinda telah membuat pelbagai
aktiviti yang sangat menarik. Waktu
Mathematic bersama cikgu baru iaitu cikgu Elena kali ini, saya dapat simpulkan
ada sedikit perubahan berbanding sebelum ini kelas pertama beliau yang sangat
senyap dan hambar.SAya berharap kelas-kelas tersebut cikgu Elena dapat menambat
hati kami untuk minat belajar dengan beliau memandangkan matapelajaran
Mathematic ini amat penting kepada kami. Pada mulanya, saya rasa agak susah
tajuk yang diajar oleh beliau, tetapi saya telah membuat ulang kaji terlebih
dahulu kerana memandangkan esok saya juga telah dimaklumkan ada post test.
Rupa-rupanya tidaklah begitu sukar cuma mungkin cara pengajaran cikgu yang kurang untuk saya mudah memahami . In sha Allah semuanya kerana saya terpaksa
berusaha sendiri dan lebih untuk berjaya lebih ke hadapan.
No comments:
Post a Comment