Pagi ini,
saya bangun pada pukul 5.50 dengan dikejutkan oleh ibu saya yang telah begitu
lama tidak menggunakan telefon bimbit untuk mengejutkan saya. Hari ini kami pelajar Asas 3 akan ke PERMATA
Insan USIM untuk mendengar ceramah oleh seorang penceramah terkenal
antarabangsa iaitu Dr Zakir Naik. Sudah
tentu nama penceramah ini tidak lagi asing bagi majoriti rakyat Malaysia kerana
beliau telah berjaya mengislamkan ramai orang sewaktu ceramah beliau dan
menjawab pelbagai persoalan yang ramai orang sendiri tak terfikir nak jawab dan
beliau berjaya menjawab dan membuatkan orang lain tak boleh berdebat dengan
beliau.
Selepas saya bangun, bingkas saya
mandi dan seusai mandi, saya bersiapkan diri dan terus pergi ke dewan makan untuk
makan. Tetapi, rupa-rupanya, kami sudah
dibungkuskan makanannya dan kami akan makan di dalam bas. Oleh itu, saya dan rakan saya pergi ke tempat
berkumnpul yang telah diberitahu. Sebeum
memasuki bas, Karamie telah mengedarkan makanan yang sudah dibungkus sebenar
tadi kepada kami dan kami pun menaiki bas.
Di dalam bas, saya telah mengambil tempat di belakang sekali kerana saya
mahu tidur dan saya telah menjagakan tempat Mursyid, tetapi kerana kelewatan
Mursyid lambat masuk dalam bas, Izwan telah duduk di sebelah saya. Tak apalah.
Dan dalam jam 7.45, kami sampai di PERMATAinsan USIM. Ini merupakan kali pertama saya melihat
Kompleks PERMATAinsan. Corak binaan
kompleksnya berteraskan keislaman, cuma nampak sesak kerana antara 1 blok
pembelajaran dan 1 blok pembelajaran lain dekat.
Kami pun turun daripada bas. Kami bergerak ke Dewan mereka. Dan kami pun disambut oleh pelajar
PERMATAinsan. Dan kami mengambil tempat
duduk. Setelah menunggu 15 minit, Dr
Zakir Naik pun tiba. Dan mulalah ceramah
beliau. Dalam pukul 10.30, ceramah
beliau tamat. Dan sesi fotographi pun
dimulakan dengan PERMATAinsan seterusnya kami.
Dan kami pun pulang ke UKM. Di
dalam bas, saya tidur. Apabila bangun,
tahu-tahu, sudah berada di depan Auditorium.
Dan jam menunjukkan pukul 11.25.
masih ada satu kelas terakhir yang kami perlu datang. Kelas saya iaialah Muzik. Saya berfikiran mungkin Dr Ridzuwan tidak hadir
kerana tadi di PERMATAinsan, beliau ada.
Oleh demikian, saya Afiq dan Syed balik ke asrama. Dan sampai di asrama, kami pun berpecah. Oleh itu, saya pulang ke bilik dan
tidur. Saya bangun dikejutkan oleh Aqil
kerana menyuruh saya solat. Saya tengok
jam sudah pukul 3.30. saya bergegas
ambik wuduk dan solat. Selepas itu, saya
tanya dia bahawa muzik ada kelas ke tidak, dia kata ada. Kiranya, saya tidak hadir ke kelas
Muzik. Saya ingatkan tak ada kelas sebab
Dr Ridzuwan di USIM. Dan saya tanya
kepada Syed dan Afiq, mereka pun sama tidak pergi. Tak apalah, lain kali jangan tidur.
Itu sahaja cerita menarik untuk hari
ini.
No comments:
Post a Comment